Akhir-akhir ini berlakunya peningkatan kes Co.vid-19 yang drastik di negara kita.
Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 terp.aksa dilaksanakan di enam buah negeri bagi melandaiakan semula kes Co.vid-19. Tidak berakhir di situ, muncul pelbagai kluster baharu yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak kerajaan membenarkannya semula.
ARTIKEL MENARIK:Tersebar Video Pengantin Nikah Di Sebelah Mayat Ayah Pengantin Wanita, Ia Atas Pemintaan Keluarga Disebabkan Hal Ini
Terbaru lapor Astro Awani, seramai 21 orang positif Co.vid-19 yang dikenal pasti menerusi Klu.ster Kampung Lebu.
Klu.ster Kampung Lebu
Sekadar gambar hiasan
Kluster Kampung Lebu dikenal pasti antara salah satu daripada enam kluster yang berjaya dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster ini dikaitkan dengan kenduri perkahwinan dan tahlil yang melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122,732) telah dilaporkan positif CO.VID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif CO.VID-19.
Nama kluster ini diberikan sempena dengan lokasi majlis perkahwin tersebut yang diadakan di Kampung Lebu Bentong. Sehingga semalam, seramai 80 invidivu telah disaring.
Infografik
Sumber: Astro Awani via Ohbulan via Slamber Media
Post a Comment