Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:05 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:Terkini Menteri Kewangan bersuara lantang dedahkan keputusan rayuan bpn 2.0 dah boleh disemak harini. Dapatkan pautan untuk semak disini.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Perlis
Kedah: (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
Negeri Sembilan: (Jelebu)
Johor: (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
Sarawak: Sibu (Selangau) dan Bintulu
Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia pic.twitter.com/sobPMRctQk
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 12, 2020
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin keluar mahu pun melakukan aktiviti pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysiaKredit - Siakap Keli.
Post a Comment