Upah orang lain RM80 untuk proses & jual ketum, lebih 10 anggota polis ditahan

Upah orang lain RM80 untuk proses & jual ketum, lebih 10 anggota polis ditahan

loading...

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesan penglibatan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum, kata Pengarahnya Datuk Zamri Yahya.

Upah orang lain RM80 untuk proses & jual ketum, lebih 10 anggota polis ditahan



Beliau berkata, kegiatan itu dikesan apabila terdapat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahguna berek kediaman yang dijadikan tempat memproses dan menjual air ketum.

ARTIKEL MENARIK: Guru tadika curi bedak muka bernilai RM60.70 dipenjara 10 hari, denda RM1,500
loading...


"Kejadian ini amat membimbangkan kerana pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkenaan tidak pernah berlaku dan tidak pernah dikesan sebelum ini.


"Jika dahulu terdapat laporan pengambilan ketum dalam kalangan anggota namun kini beralih kepada kegiatan menjual dan memproses dengan mereka turut mengupah orang lain dengan bayaran sekitar RM80 sehari untuk menjualnya," katanya kepada Bernama.


Menurut beliau, beberapa siri tangkapan dibuat terhadap lebih 10 anggota polis disyaki terbabit dengan aktiviti memproses dan menjual air ketum menerusi beberapa serbuan hasil risikan lanjut, baru-baru ini.



Loading...
loading...


"Anggota berpangkat Sarjan dan ke bawah itu ditahan di dua lokasi di sini dan di berek Polis Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak yang dijadikan tempat memproses air ketum berkenaan.


"Mereka mencari pelanggan dan menjualnya untuk mendapat duit sampingan biarpun menerima gaji bulanan menjalankan tugas hakiki polis," katanya.


Pada masa sama, Zamri memaklumkan tangkapan lain turut dibuat terhadap anggota polis kerana penglibatan menyalahguna kereta peronda (MPV) polis bagi tujuan menyeludup ketum ke Thailand.


"Susulan itu, polis giat mengadakan siasatan untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan mereka dalam permasalahan ini. Ini berjaya ditemui tidak termasuk yang belum dibongkarkan," katanya.


Menurut Zamri, kesemua anggota terbabit berdepan tindakan digantung tugas atau ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah.


Sumber: Bernama
Kredit - The Reporter



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post