Tular Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Luahan sedih wani comel di IG Story undang sebak di kalangan warganet

Tular Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Luahan sedih wani comel di IG Story undang sebak di kalangan warganet

loading...

Wanita yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel berkongsi luahan hatinya mengenai insan sekeliling yang banyak berjasa dalam kehidupannya.Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia berasa bertuah apabila dirinya didatangkan dengan insan yang benar-benar ikhlas ingin membantunya.

Tular Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Luahan sedih wani comel di IG Story undang sebak di kalangan warganet



“Aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik dan tak pernah berkasar dengan aku. Sanggup dari jauh bersusah-payah ambil aku.“Aku rasa seperti duduk dengan kakak dan abang aku sendiri. Aku dijaga bak adik kandung sendiri,” luahnya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL MENARIK:Tular isu pihak polis laporkan kejadian tersebut disebabkan terlelap. Adik Syafiq Ahmad pula tampil dedah perkara sebenar yang berlaku
loading...


Bahkan menurut Wani, ketika kedatangannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini, dia dilayan cukup baik.Biarpun berdepan dengan kekurangan fizikal akibat masalah berat badan melampau, dirinya sedikit pun tidak berasa terasing.“Dibawa berjalan-jalan tengok KLCC, bawa aku pergi makan, belikan aku kasut, beli barang keperluan aku tanpa berkira sama ada mahal atau murah.


“Tak pernah sikit pun malu bawa aku keluar walau aku gemuk, pakaian buruk.“Aku ingat lagi masa masuk KLCC pertama kali aku naik tangga bergerak dan aku jatuh. Abang-abang dan kakak-kakak akulah yang pegang tangan aku dan tarik aku,” ceritanya.Pada masa sama, Wani turut memanjatkan rasa syukur dengan semua insan yang banyak membantunya selama ini.

“Ya Allah, terima kasih temukan aku dengan insan-insan hebat ini. Semoga rezeki mereka melimpah ruah di dunia dan di akhirat,” katanya.Terdahulu, Wani yang berasal dari Jerantut, Pahang, dibawa ke Kuala Lumpur bagi mengadakan sidang media berhubung masalah mengenai dakwaan pelnggaran perjanjian kontrak produk kurus bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya akibat masalah jangkitan kuman di paru-paru.Sebelum ini, kisah Wani pernah meraih tumpuan umum ekoran masalah berat badannya yang mencecah 300 kilogram sehingga dirinya tidak mampu berjalan.

Gadis yang mempunyai masalah obes1iti, Wani Chomel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas.Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangk1itan kum4n di paru-paru.“Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hospital. Wani mengadu sakit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.

“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani.“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangk1itan kuman. Wani akan ditah4n di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya kepada Gempak.Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat.“Wani pun tidak tahu bila akan keluar dari wad, kami sudah tidak boleh bertemu dengan dia, atas nasihat doktor,” katanya.Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dian1aya pengasas kosmetik.

Wani mendakwa berasa terti1pu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Tular Isu Wanie Comel Minta Pampasan Sehinggakan Raih Perhatian Warganet. Sekali Isteri Alif Syukri Beri Kenyataan Padu Ekoran Isu Tersebut

Baru baru ini, ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah mengambil iktibar atas pelbagai isu dan kontroversi yang timbul membabitkan suaminya sebelum ini.Menurut Shahidah, apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar.

Meskipun berdepan dengan pelbagai isu panas, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ia ujian dari Allah.“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikm belakang.

“Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen salah serang pengikut di laman Instagram.Shahidah jawab komen seorang pengikut.Dalam komen tersebut, warganet meminta Shahidah lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak.

“Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni… sedih tengok lepas satu-satu,” tulis pengikut itu.Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyi daripada kntroversi dan pelbagai isu hangat.Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Shahidah sentiasa berada di belakang suami berdepan ujian dan dugaan.Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram menganggap tudhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh usahawan kosmetik itu pada Isnin ini.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tular Kes Wani Dan DS Alif Syukri Baru Baru Ini. Berikut 10 Kronologi Ringkas Punca Berlakunya Kes Ini Sehingga Meraih Perhatian Warganet

Ringkasan cerita. 1. Wani minta tolong TokLip utk overcome obes1ty. 2. TokLip sedia bantu through pemakanan kesihatan dia. Pada masa yg sama, Wani kena jadi dia punya duta produk TokLip. Tak pasti cakap mulut atau ada hitam putih. Wani claim dia dijanjikan ribu riban tapi dapat tak sampai satu riban..

3. Tapi keadaan Wani makin teruk. Doktor Nik bagitau the only option, operasi bu4ng usus. TokLip dah inform kat FB pasal operasi ni kpd public. Dan TokLip sanggup bayar kos operasi, anggaran rm30k+++4. Wani sakit balik. Dia nak duit yg katanya dijanjikan TokLip dalam kontrak. Caranya bawak kes saman masuk Court. Tak dapat dipastikan mana dia cekau lawyer. Buka file jer dah standby satu riban.. atau ada ker lawyer yg berani nak amik kes dia free, menang nanti baru duit share dgn Wani.. Tapi kes ni macam susah menang jer..


Apa yg TokLip bohong Wani?1. Kos operasi dia tanggung.2. Kos tindakan susulan lepas buat BS dia tanggung. Kos trainer, kos makan minum accomodation bagai..Ini tindakan Wani.1. Masa buat tindakan susulan dia nangis2 nak balik rindu mak.

2. Tak amik peduli pasal disiplin penjagaan / pengawalan berat / overweight.3. Declare tak makan pun makanan TokLip..4. Declare tak mau terikat dgn kontrak TokLip 5. Minta tolong NGO utk bantu urusan sam4n TokLip.Agak-agak la penaja nak bayar ker kalau peserta tak fulfill kehendak penaja?

Wani bukan C. Ronaldo / Roger Federer / Rafael Nadal / Salah / Messi / Kento Momota.itu orang sign jer contract mesti mau jota-jota.. itu pun masih subject to TnC. hasil tulisan  Tuan -bro_krtetapi video di bawah ini apa yang keluar daripada mulut wanie ni dah macam twisted,korang nilaikn lah sendiri dan ini kenyataan ds Alif tentang ini,dan beliau kata ,isnin ni esok akan terangkan semuanya

Wani Comel Dikatakan Ada Individu Yang Dorong Dia Untuk Jatuhkan Dato Aliff Syukri. Dato Aliff Tampil Bersuara Bongkarkan Benda Buat Ramai Yang Tergamam.

SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tdhn wanita itu berniat jahat.

Datuk Seri Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram miliknya menganggap tdhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk mersakkan nama baiknya. Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019. “Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.

Wani mendakwa dirinya diperdya oleh usahawan kosmetik.

“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang, ” katanya. Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani. Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan. Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan operasi pintasan usus itu.



Loading...
loading...


Aliff tanggung kos operasi pintasan usus Wani pada tahun 2019.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak sman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik… untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, ” sindirnya. Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.

Dato Aliff juga memuat naik satu lagi status berkenaan “Melayu jatuhkan Melayu” “Good morning smua ramai betul melayu nak jatuhkan melayu..korang rasa siapa ekk org tuu.seronok sy baca komen warganet bkn apa warganet sekrang bijak2.. siapa yg bijak cer komen di bawah”


Tidak dipastikan siapakah individu yang di maksudkan oleh Dato Aliff yang di lihat cuba menjatuhkan beliau. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

Dalam pada itu, seorang pendakwah kontroversi di kenali sebagai Abu Syafiq turut memuat naik isu yang sama di IG beliau. Dia di lihat cuba membela Wani Chomel dengan menawarkan khidmat peguam “Saya difahamkan Wani Chomel mungkin akan disaman. Saya tidak pasti apakah sebabnya. Namun saya mahu ingatkan pihak yang mahu menyaman Wani agar muhasabah diri sendiri dahulu.

“Wani bukan orang senang. Kamu mungkin kaya. Boleh guna duit dan segala kemudahan. Tapi ingat Allah Ada. Tu jek. Ingat ye. Allah ada. “Jika Wani disman kerana hanya meluahkan kesedihan diri kerana merasakan dirinya diperguna insya Allah pihak saya akan turut bantu beliau atas dasar hamba yang susah. Cukup-cukup kenakan orang. Bertaubatlah!” tulis Abu Syafiq lagi


Apa kah Abu Syafiq yang di maksdukan oleh Dato Aliff? Sama-sama kita nantikan episode kisah ini pada isnin nanti, kerana menurut Dato Aliff dia akan mengdakan sidang media khas untuk memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang melibatkan beliau dan Wani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat via Slamber Media

Lepas Je Adik Wanie Buat Sidang Media Bongkarkan Sesuatu. Kali Ni Dato Aliff Pula Tampil Bagi Respon Padu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dato Aliff Buat Ramai Yang Tergamam.

PETALING JAYA – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kil0gram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tudhan teranya dan dimanlpulasi.

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah prroduk pelangsingan badan tetapi saya perlu menjalani operasi pada bahagian perut terlebih dahulu.

“Selepas menjalani operasi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak. “Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan k0ntrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebentar tadi. 

Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani operasi bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembayaan yang dijanjikan. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui statvs serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan. “Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM 1,000 selepas terlbat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.

Pada sidang akhbar tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya telah dimarahl hanya kerana telah menerima bantvan daripada pihak lain,” ujarnya

Tampil membuka mulut, Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menu.ntut pampasan dan habvan yang telah dijanjikan selain ingin memb.atalkan k0ntrak yang telah ditandatangani.

“Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikritik dan dicaci warganet dengan tuduhan tidak berasas. “Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya. Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Kena Selalu Berbuat Baik Dengan Mertua Sebab Ini. Aliff Syukri Buat Kejutan Hadiahkan Mak Mertua Dengan Kereta Impian. Sampai Macam Ni Sekali Dia Bagi Kejutan.

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.

“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. “Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya. Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.

“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.  “Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff. “Rasa terharu masa mak mentua peluk Datuk, mengalir air mata teman. “Terbaiklah Datuk, memang manantu yang baik. “Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki datuk bahagiakan mak mentua,” komen sebahagian warganet.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.  Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Muat Naik Gambar Lama Tapi Hidung Yang Dipertikai. Sekali Dato Aliff Syukri Tampil Bagi Respon Memang Win. Sampai Macam Ni Sekali Dia Respon.

PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan warganet mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya. Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.

Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya. “Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama… penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja. “Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti… baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak,” katanya. Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.

Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung. “Hidung lain… Datuk buat hidung ke? “Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.

“Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan operasi Datuk buat, dia pernah kemal4ngan dan alami keced3raan teruk pada muka!” komen pengikut. Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.

“Terjumpa gambar lama… ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133… masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Terpaksa Jalan Guna Tongkat Disebabkan Ini. Akhirnya Ibu Aliff Syukri Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Terpaksa Jalan Guna Tongkat.

Ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim mengalami kelukaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan cara tidak betul. Tambah Bonda Rozita, kelukaan lama pada buku lali sewaktu remaja memberi kesan yang lebih buruk kepada kakinya.

“kelukaan buku lali masa muda bawa kesan buruk. Saya sangka aktif bersenam masa berusia akan jadikan saya sihat organ dan hormon, tapi saya lupa perlu menjaga ligemen dan ankle.“Saya berselipar, hiking meloncat-loncat aktif di atas batu jeram sungai tu sangat merbahaya dan beri kesan buruk pada buku lali.

 “Lepas ni Bonda kena cermat jaga kaki, tak boleh jalan laju,”katanya. Bonda Rozita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berada di hospital dan sedang menjalani rawatan.

Menceritakan kembali bagaimana pada mulanya dia menyedari kelukaa itu, Bonda Rozita beritahu buku lalinya membengkak. “Saya tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya , tapi rasa ada benda tak kena sebab buku lali saya bengkak.

“Puas saya cari punca dan jumpa kawan-kawan dalam kalangan doktor.  Saya mulakan rawatan holistic dan cek cairan merah. Saya risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen.

“Namun saya tetap nak tahu apa sakit sebenar, kemudian saya ke hospital buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Keputusannya nampak kesan teruk cedera yang lama ada dua kali di dalam penyambung kaki ligament buku lali.

“Saya ingat masa umur 20 tahun saya termasuk dalam telaga buta dan pernah terseliuh teruk pada umur 28 tahun,” ceritanya lagi. Bonda Rozita berkata apa yang berlaku menjadi iktibar pada dirinya supaya lebih berhati-hati.

“Apa yang jadi pada saya adalah iktibar pada semua orang terutama warga emas. Doktor kata hiking tak bagus kalau buat dengan postur badan yang tak betul dan jangan berselipar. “Orang tua jangan aktif melompat-lompat kesan buruk ligamen dalam buku lali akan cedera,” katanya lagi. Bonda Rozita kini mengusahakan penginapan Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor.

Selepas Pemergian Bekas Pekerja Datin Shahida Semalam Bonda Rozita Tiba Tiba Respon Di Ruangan Komen Ig Datin Shahida. Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Bonda Rozita Punya Komen. 

” Duukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatuIIah..”Demikian perkongsian Datin Shahida yang juga isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan pemergian bekas pembantu peribadi mereka.

Difahamkan Ghazi dilaporkan pergi menghadap illahi pagi smalam. Datin Shahida yang berkongsi berita seedih itu dengan memuat naik ucapan tkziah dan mendoakan agar rh nya dicucuri rahmat. Menurut Shahida, beliau menyanyangi Ghazi dan menganggapnya seperti adik sendiri.

” Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan rhnya agar dicucuri rahmat, diampunkan dsanya, dilapangkan, ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh… ” Saya akan rindu awak Ghazi, saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak..” tulis Datin Shahida

Dapat respon dari Bonda Rozita

Sementara itu perkongsian Shahida itu turut mendapat respon dari ibu mentuanya, Bonda Rozita.Menurut Rozita, beliau berasa terkejut dengan berita tersebut memandangkan usia Ghazi yang masih muda dan mengingatkna tentang pemergian yang tidak mengira usia.

” Mak sangat terkejut ida ghazi , teguran untuk kita yang masih hidup umur tak kira usia sihat apa yang skit yang didahulukan ataupun dilambatkan. ” Sebenarnya hidup menuju pemergian tujuan dihidupkan ialah mencari amal sebanyak mungkin.. ” Semoga dia ditempat kena golongan orang beriman dan peringatan dan terus beringat untuk kita hidup..” tulis Rozita

Sementara itu, usahawan kntr0versi Nur Sajad turut berbongsi berita tersebut di Instagram beliau. Sambil memuatnaik gambar bersama Ghazi, Sajd mendoakan kesejahteraan dan menarik perhatian pengikutnya. ” Salam tkzia, Al-Fatihah buat rakan ku Ghazi_ml ….semoga Di tempatkan di kalangan orang beriman.. Salam tkziah” tulis Sajad

Punca penykit arwh diceritakan rakan

Terdahulu, seorang lagi bekas pembantu yang mesra dipanggil Kak Mel turut berkongsi mengenai keadaan arwh yang sedang tnat disebabkan apeendiks peecah dan kuuman telah mereebak ke bahagian paru-paru. ” Semoga Ghazi_ml di beri keajaiban.. pagi tadi saya dapat call dari abg Ghazi bahawa beliau tengah teenat sekarang.. di sebabkan apeendiks beliau peecah dan kuuman dah mereebak ke paru2 beliau..

” Semoga beliau di beri kekuatan… dan kesembuuhan.. akak pun ingin memohon maaf jika selama kita bersama menjalankan tugasan.. akak ada terkasaar bahasa dan menguuris hati.. halalkan makan minum.. akak pun maafkan segala kesalaahan ko dik” tulis Kak Mel


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post