Tular Khemah Terbang Di Kubur, Pemilik Video Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar

Tular Khemah Terbang Di Kubur, Pemilik Video Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar

loading...

Baru-baru ini tular video kejadian sebuah khemah terbang ligat ditiup angin di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Petaling Jaya.

Tular Khemah Terbang Di Kubur, Pemilik Video Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar



Tragedi tersebut mengakibatkan seorang penggali kubur, Mohd Nizam (mangsa) mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang bahu dan tulang pinggul serta tulang rusuknya patah tiga sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sana.

ARTIKEL MENARIK:Mandi Pantai Sehari Sebelum Nikah, Bakal Pengantin HiIang DiteIan Ombak
loading...


Rakaman video berdurasi 19 saat itu mengejutkan ramai pihak, tidak kurang juga timbul pelbagai persepsi dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, abang mangsa tampil memohon maaf kerana mendakwa video tersebut tersebar tanpa info lengkap sehingga berlaku salah faham.

“Saya Mohd Yusof bin Abdul Nasir ingin memohon maaf kepada keluarga arwah dan sesiapa yang terkesan dengan video di kubur yang telah saya siarkan semalam.

“Jujur tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, ia hanya untuk memohon doa untuk adik saya yang agak kritikal,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram hari ini.

Dakwa Yusof, niatnya memuat naik video itu ke Instagram adalah semata-mata untuk memohon warganet mendoakan adiknya yang cedera parah akibat ‘pukulan’ khemah itu.

Namun berlaku ‘missleading’ apabila rakaman itu sudah dimuat naik terlebih dahulu oleh seseorang di luar pengetahuannya serta tanpa maklumat lengkap.

“Saya (asalnya) siarkan hanya untuk adik saya, dia (orang itu) siarkan tidak pastilah untuk apa.

“Saya nak cerita keadaan adik saya yang patah tulang untuk warganet mendoakan kesembuhannya, (tapi) dia cuma ceritakan keadaan khemah terbang itu saja,” katanya selepas dihubungi Siakap Keli hari ini.

Berikutan tersebar tanpa info sebenar, perhatian warganet lebih tertumpu kepada punca khemah terbang berbanding isu adiknya sendiri.

Malah pelbagai persepsi ‘mistik’ pula turut timbul berkenaan kehadiran angin yang dianggap misteri kerana pokok-pokok sekeliling didakwa langsung tidak bergoyang.



Loading...
loading...


“Pada kami sekeluarga tentang kejadian angin itu adalah perkara biasa kerana keluarga kami dibesarkan dengan duit penggali kubur, dari ayah sampailah dua adik lelaki saya ialah penggali kubur,”

“Kalau nak cerita pasal yang ‘pelik’ banyak lagi yang pelik. Pasal angin itu adalah perkara biasa yang terjadi di kawasan lapang dan kubur..cuma itu hanyalah kebetulan dan kuasa Allah.

“Saya dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yang terlibat. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah,” ujarnya.

Menurut Yusof, adiknya kini masih dirawat di wad pusat perubatan tersebut setelah menjalani pembedahan, manakala keadaan kesihatannya pula sudah bertambah baik setakat ini.

Sumber: Instagram  via Siakap Keli



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post