TERKINI: Empat Kluster Dikenalpasti Hari Ini Termasuk Di Daerah Klang, Cheras dan Titiwangsa

TERKINI: Empat Kluster Dikenalpasti Hari Ini Termasuk Di Daerah Klang, Cheras dan Titiwangsa

loading...

Menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, terdapat sebanyak empat kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini iaitu Kluster Batu Tiga, Kluster Jalan Domis, Kluster Andalas dan Kluster Tapak Bina Bulatan.

TERKINI: Empat Kluster Dikenalpasti Hari Ini Termasuk Di Daerah Klang, Cheras dan Titiwangsa



Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut.

ARTIKEL MENARIK:DUN Perak Bergegar Lagi, Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku, Menteri Besar Perak Hilang Sokongan
loading...

KLUSTER BATU TIGA

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-49006) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DOMIS

Kluster ini melibatkan daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-63267) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.



Loading...
loading...


KLUSTER ANDALAS

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68771) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA BULATAN

Kluster ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-67708) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 319 individu telah disaring, di mana 163 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: Kp Kesihatan
Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post