” Terlalu sedih dan tr4uma kerana kehilangan insan tersayang”
Itu luahan pemain Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 susulan kmIngan ng3ri yang mer4gut tiga ny4wa termasuk bayinya yang berusia 22 hari pada 6 Disember lalu.
ARTIKEL MENARIK:Haiwan dipukul sampai mati, dicekik, dikurung dalam sangkar kecil untuk makanan & hiburan manusia
Dari raut wajahnya sesiapa pun faham betapa perit untuk diterima akibat kejadian itu yang memberi kesan mendalam buat penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu.
Menurut Muhammad Syafiq, dia berasa sangat sedih dengan kejadian itu, namun kembali tenang dan tabah melalui ujian tersebut selepas mendapat sokongan keluarga, rakan serta peminatnya.
” Memang sedih dan tr4uma selepas kehilangan orang tersayang meninggalkan kesan mendalam buat saya, namun sokongan ahli keluarga membolehkan saya tabah menghadapinya.
” Saya juga perlu berfikiran positif untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada isteri, Nur Amalina Nurain, 25, yang masih sedih akibat kehilangan ibu dan anak bongsu kami,” katanya ketika ditemui di rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Pusing di sini semalam.
Muhammad Syafiq memberitahu, isterinya belum sembuh sepenuhnya dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Muhammad Syafiq berkata, dia belum memikirkan mengenai kariernya sebagai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim dan kebangsaan kerana memerlukan lebih masa untuk berehat.
Terima kasih kepada kelab JDT
” Saya bersyukur kerana pihak pengurusan JDT memberi kebenaran untuk berehat.
” Kelonggaran yang diberi itu membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kami, Aaira Nur Saffiya yang berusia dua tahun dan isteri untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.
Dalam kmIngan pada pukul 4 pagi, 6 Disember lalu itu, tiga mngsa terbvnuh manakala tiga lagi ced3ra selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dipercayai terbab4s.
KmIngan berlaku di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di Pulau Pinang.
Mngsa yang m4ut ialah ibu mertua Muhammad Syafiq iaitu Zainab Ahmad, 45, bayi lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an
Gambar, Nur Amalina mengalirkan air mata ketika menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ebit Lew di rumah keluarganya di Pendang, Kedah pada Selasa lalu.
Terdahulu bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, turut berkongsi keadaan terkini anaknya itu yang dilihat semakin tenang menerima takdir yang menimpa dirinya.
Ahmad menyifatkan yang anaknya itu seorang yang kuat semangat dan sepenuh masanya kini hanyalah untuk isteri dan anaknya.
” Masa Syafiq kini adalah memfokuskan keluarganya termasuk memberi suntikan semangat kepada isteri. Saya percaya, Syafiq mampu melakukannya.
” Riak wajah Syafiq juga kembali ceria berbanding pada awal kjdian lalu.
” Dia dilihat mencium pakaian anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef pada malam selepas pengebvmian arwh,” ujarnya lagi.
Post a Comment