“Semua Unfollow PU Rizz”- Peminat Mula Tertanya Status Hubungan Neelofa

“Semua Unfollow PU Rizz”- Peminat Mula Tertanya Status Hubungan Neelofa

loading...

Beberapa minggu lepas, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa telah menerima kunjungan keluarga PU Riz.

“Semua Unfollow PU Rizz”- Peminat Mula Tertanya Status Hubungan Neelofa



Media difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

ARTIKEL MENARIK:Hubungan Neelofa Dan PU Riz Dikatakan Ber4ntakan, Kakak Neelofa Nabila Muat Naik Status Jadi Pers0alan Orang Ramai..
loading...


Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Malah, Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Hari ini kecoh di laman Twitter apabila rata-rata netlzen mula membuat spekvllasi mengenai Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.

Kongsi Status Yang Sama

Menerusi perkongsian itu, ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan berkongsi beberapa kenyataan yang merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang bvruk.

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menlmpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi.



Loading...
loading...


 


 

Foto Rlsik Neelofa Sudah Dip4dam?

Selain itu, terdapat d4kwaan daripada netlzen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di laman Instagram.

Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merislk Neelofa pada awal November lalu.


Bagaimanapun, dalam masa yang sama peminat turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengik4t tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Sumber:mediakl via Dedah Media




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post