Selepas 6 Tahun Pemergian Anak Gara-Gara Kanser, Linda Rafar Terjumpa Diari Yang Mengundang Sebak Netizen

Selepas 6 Tahun Pemergian Anak Gara-Gara Kanser, Linda Rafar Terjumpa Diari Yang Mengundang Sebak Netizen

loading...

Pelakon dan usahawan, Linda Rafar meluahkan rasa sebak selepas mendedahkan ada terjumpa diari peningalan Allahyarham anaknya, Rezaimin Keifli atau lebih mesra dengan panggilan Memen.

Selepas 6 Tahun Pemergian Anak Gara-Gara Kanser, Linda Rafar Terjumpa Diari Yang Mengundang Sebak Netizen



Menurut Linda, diari tersebut mengandungi segala luahan anaknya ketika melawan penyakit kanser perut sebelum meninggal dunia pada tanggal 5 Julai 2014.

ARTIKEL MENARIK:Elyana Hilang Selera Makan, Sel Kanser Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha
loading...


“Allahuakbar!!! After 6 years memen tinggalkan ma. Ma terjumpa balik diary yang Memen tulis. Ada nama adik-beradik, ada cerita-cerita yang tersurat dan tersirat. Segala luahan rasa hati memen semua ada dalam diary ni.

“Mama sebak sangat ni. Tak tau nak cakap macam mana. Cuma macam ada sesuatu yang ma rasa Men nak ma sampaikan pada semua followers mama di sini,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Linda turut menyifatkan arwah anaknya itu seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu terhadap dirinya menerusi penulisannya pada diari tersebut.



Loading...
loading...


Malah, isteri kepada pelakon, Syed Aiman ini dilihat turut meminta pandangan orang ramai ymengenai perasaan mereka sekiranya ada terjumpa dengan barang-barang peningalan orang-orang yang sudah tiada.

“Nanti Linda akan share apa yang ada dalam diary ni tapi sebelum Linda cerita, Linda nak tau ada followers Linda kehilangan orang yang dicintai dah terjumpa barang-barang peningalan arwah?? Bole share tak apa yang u all rasa masa terjumpa? Please share,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Linda supaya banyak bersabar selain turut menitipkan doa semoga arwah anaknya itu ditempatkan di kalangan orang beriman.



Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Manakala perkahwinan kedua bersama Syed Aiman telah berlansung pada tanggal 2 Disember 2006 dan mereka kini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata.

kredit media hiburan via Kartel Dakwah




-----------------------------------------------------------------
loading...



Post a Comment

Previous Post Next Post