Baru-baru ini pelakon terkenal Eira Syazira menggemparkan media sosial apabila memuat naik fotonya berada di Mahkamah Syariah Shah Alam ditemani pelakon Izreen Azminda.
“Rasa skit yang paling mengrikan adalah ketika aku mencuba tersenyum hanya untuk menghentikan airmataku agar tidak jatuh. #IzlynKarina 😪 #HilangkahJanjiKita #EiraSyazira #ActorsLife”
ARTIKEL MENARIK:Tak pernah janjikan bulan dan bintang. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Dato Aliff Syukri tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar buat warganet terkedu. Sampai mcam ni sekali tindakam Dato Aliff.
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik kapsyen itu dan apakah tujuan dirinya berada di Mahkamah tersebut kan? Rileks, tenang semuanya! Eira berada di Mahkamah berkenaan bukan kerana kes berpisa ataupun dipanggil SPRM, tetapi sebaliknya menjalani penggambaran sebuah drama terbaharu Hilangkah Janji Kita yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Eira juga dilihat turut berkongsi sedutan babak beliau berada di Mahkamah berkenaan bersama pelakon lain iaitu Izreen Azminda dan Zarul Umbrella. Fuh mesti terkejut suami Eira Syazira iaitu Azad Jazmin ataupun lebih mesra dipanggil Pak Azad bila melihat gambar tu kan!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Eira pun sudah tidak sabar melihat drama yang bakal ditayangkan itu. Okay, korang semua dah boleh menarik nafas lega! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HOT.FM
Tanpa Ragu Azad Jasmin Luah Rasa Teringin Menikah Lagi. Respon Dari Eira Syazira Mengejutkan Orang Ramai Susulan Jawapannya Di Luar Jangkaan
Pelakon Azad Jasmin mendedahkan isterinya aktres Eira Syazira memberi
kebenaran kepadanya untuk bernikah lagi.Azad berkata dia memberitahu
kepada isteri tentang hasrat tersebut dan tidak pernah dihalang Eira,
malah memberi sokongan.“Memang saya teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri
saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan dia izinkan.
“Dengan
syarat, kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia. Saya
pula memang dah lama menyimpan hasrat nak bersanding sekali lagi.“Jadi
saya rasa pada ulang tahun kami yang kesembilan ini dengan memiliki tiga
orang anak adalah waktu terbaik untuk realisasikannya,” katanya.
Ezad
dan Eira bersanding sekali lagi pada majlis ulangtahun kesembilan
perkahwinan mereka pada 16 September lalu.“Alhamdulillah berkat bantuan
adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan
bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,”
katanya.
Tambah Azad, apa yang dilakukannya itu juga sebagai menghargai Eira.
“Saya
bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun
kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami
saling percaya.“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak
perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan.
Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.Selepas
sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Azad dan Eira dikurniakan tiga
cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan
Areisya Suri Rose, 2.-gmpk
Bersempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Kesembilan. Eira Syazira Dikejutkan Dengan Hadiah Yang Bernilai RM15000 Dan Tak Sangka Dia Hampir Batalkan Perancangan Tersebut
Pelakon Eira Syazira mendapat kejutan set barang kemas bernilai RM15,000 pada majlis ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan, pada 16 September lalu (semalam).Selain itu, Eira dan suaminya pelakon Azad Jasmin turut bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab di Dealove Place, Sunway Nexis, Damansara.
Eira berkata, dia tidak tahu tentang majlis kejutan yang diatur suaminya, kerana Azad memberitahu ingin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan majlis makan malam ‘candle light dinner’.“Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Dia (Azad) hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.
“Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.“Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran.
“Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira.Pelakon dan penyanyi yang juga ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini bagaimanapun mengakui cuba untuk merosakkan perancangan kejutan suaminya.
“Saya terlebih dulu meraikan ulang tahun perkahwinan kami di Pulau Langkawi, dua hari sebelum kejutan ini terjadi.“Dalam hati cuba mengorek dan menyiasat apalah yang cuba dilakukan suami. Kami tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi pada sebelah siang sebelum kejutan ini terjadi.“Saya sampai cakap keletihan sekembalinya dari pulau itu dan meminta ditunda saja ‘candle light dinner’ ini. Malah saya sampai minta percutian di Langkawi dilanjutkan beberapa hari.
“Tapi dia berkeras cakap tak boleh kerana semua sudah diatur. Mahu atau tidak saya terpaksa menurut,” kata Eira.Set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting-anting bernilai RM15,000 itu dihadiahkan oleh pihak Emas Rozita yang beroperasi di Ipoh, kepada Eira.Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus turut hadir.-gmpk
Eira dicari media Indonesia isu pemuj4an
KUALA LUMPUR: Sekadar beralih arah ke rentak muzik, percubaan penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, 36, menyampaikan single berentak Jawa Koplo remix berjudul Kau Yang Ku Sayang menimbulkan isu panas.Segelintir warganet mempertikaikan konsep muzik video yang dipersembahkan. Menerusi ruangan komen dalam laman YouTube, warganet mendkwa muzik video lagu Kau Yang Ku Sayang seperti melakukan ritval pemuj4an terhadap Ratu Nyai Roro Kidul, kisah lagenda yang cukup popular di negara seberang itu.
Nyata, komen peminat menimbulkan perasaan kurang senang kepada Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi hingga memaksanya memberi penjelasan dalam laman Instagram, baru-baru ini.Eira berkata, dia terkejut dengan komen yang diterima berhubung muzik video berkenaan.Mengakui dihantui perasaan bimbang, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dkwaan melakukan ritval 4bukan perkara main-main kerana ia berkaitan soal akidah.
“Saya tak sangka hingga tahap itu pemikiran warganet mengenai konsep muzik video ini. Saya percaya dkwaan timbul apabila melihat lenggok tari dan baju berwarna hijau yang cukup sinonim dengan penampilan wanita dimaksudkan.“Selain itu, lokasi pantai juga membuatkan ramai beranggapan saya melakukan ritval berkenaan.
“Konsep muzik video dibuat sejajar dengan genre Jawa Koplo remix yang didendangkan. Bagaimanapun, saya bimbang apabila ada yang menyamakannya dengan upacara pemuj4an. Ini sangat sensitif buat saya,” katanya kepada BH Online.Pelakon filem Ngngkung dan Aku Bukan Tomboy itu berkata, dia dicari media massa di Indonesia yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung muzik video itu.
“Saya dimaklumkan, ramai wartawan mencari wakil syarikat pengurusan mempersoalkan isu ini. Saya berharap ia tidak menjadi isu besar kerana ia hanya sebuah tarian dan tiada kena mengena dengan ritual seperti didkwa.“Dari konsep, tatarias dan pakaian, semuanya disediakan pihak produksi. Saya hanya mengikut arahan sahaja,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Walaupun dihambat kontroversi, namun Eira bersyukur kerana lagu Kau Yang Ku Sayang mendapat respon yang baik daripada peminat.“Saya percaya peminat sudah lama menantikan saya membuat perubahan dari segi genre muzik.“Sebelum ini, saya lebih selesa mendendangkan lagu bergenre pop dan balada. Namun, saya memberanikan mencuba muzik yang mempunyai ramai pengikut desakan peminat dan syarikat rakaman yang mahukan perubahan.“Sebenarnya sudah ramai peminat menyuarakan pandangan supaya saya membawakan lagu bergenre Jawa Koplo remix ini. Genre ini amat popular di Indonesia,” katanya.-bh
Eira Syazira berhijrah ke Jakarta
KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun tertangguh selepas dilamar syarikat pengurusan artis Indonesia, Eira Syazira akhirnya nekad berhijrah ke Jakarta, bulan depan bagi mengembangkan karier seni.Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi tinggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.”Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang dit1pu dan dipermainkan. Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu.
“Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.Isteri kepada pelakon Azad Jasmin memberitahu, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.
Eira berkata, dia juga perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan rakaman lagu kedua berjudul Say ciptaan dan lirik dihasilkan komposer Indonesia, Endrru.”Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran produk kesihatannya, Seri Lady di The Sanggul di sini, hari ini.
Eira yang yang melonjak nama menerusi drama Bara dan Cinta Balqis itu berkata, keputusan besar yang diambil untuk berhijrah ke Jakarta adalah atas doa, restu dan semangat suami.”Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.”Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya.”Saya akan ke Jakarta, lusa untuk rakaman lagu single kedua, tetapi kembali semula selepas urusan kerja selesai dan membuat persiapan berpindah,” katanya.-bh
Eira dilayan bagaikan diva di Indonesia
“SAYA tidak sangka berjaya membina nama sebagai penyanyi di negara seberang selepas hampir lima tahun berulang-alik ke sana. “Bukan saja pernah membuat persembahan di hadapan 150,000 orang, malah, saya juga dilayan bagaikan seorang diva di sana,” kata penyanyi dan pelakon Eira Syazira ketika mengulas perkembangan karier nyanyiannya di Indonesia ketika ini.
Menurutnya, dia juga sudah menandatangani kontrak dengan syarikat pengurusan artis popular di Indonesia, Positif Arts Entertainment selama lima tahun yang menguruskan karier nyanyiannya di sana. “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bakat nyanyian diterima di Indonesia. Buat masa ini, pengurusan juga mahu saya fokus pada bidang nyanyian dulu.
“Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan bersama kumpulan Armada di pentas. “Terbaru, saya akan berduet dengan Wali Band pula menerusi satu lagu baru,” katanya kepada Harian Metro. Mengulas perancangan untuk berhijrah bersama keluarga di Indonesia, kata isteri pelakon Azad Jazmin itu, dia sudah membuat permohonan permit kerja di sana dan prosesnya juga mengambil tempoh selama enam bulan.
“Saya dan suami sudah memiliki rumah yang disediakan pengurusan di Jakarta tetapi masih berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana anak masih di tanah air. “Selepas permohonan permit kerja selesai barulah kami merancang untuk membawa anak berpindah dan bersekolah di Jakarta,” katanya.
Walaupun sibuk memenuhi undangan persembahan, Eira tidak pernah lupa dengan tanggungjawab sosialnya membantu golongan memerlukan dengan menubuhkan Eira Syazira Care (ESC) pada awal tahun ini. “Hati saya berasa tersentuh melihat penderitaan golongan memerlukan dan kawasan terjejas bencana ketika membuat persembahan di kawasan pedalaman di Indonesia sebelum ini.
“Justeru, saya menubuhkan ESC bergabung dengan Wali Band yang menubuhkan Wali Care Foundation khusus untuk membantu golongan memerlukan serta sasaran bncna di Lombok dan Kota Palu, Sulawesi,” katanya.
Azad tak kisah kritikan warganet
“SAYA anggap bergambar dengan patung ini sebagai seni dan ia juga unik. “Saya tidak kisah dengan kritikan warganet kerana bukan semua mengkritik kerana ada juga mendoakan yang baik buat kami,” kata pelakon Azad Jasmin ketika mengulas gambarnya dengan patung yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dan isteri, Eira Syazira mendapat kritikan warganet.
Menurut Azad, dia tertarik untuk memuat gambar bersama patung itu ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini. “Saya mendapati patung ini sangat unik dan tidak ada di negara kita. “Saya juga memuat gambar bersama patung ini untuk bergurau saja dan sedia jika gambar ini mendapat kritikan daripada warganet,” katanya kepada Harian Metro.
Azad ditemui pada majlis pelancaran program Travel Like Local X Aussie yang berlangsung di sebuah kafe di Kuala Lumpur, hari ini. Sementara itu, Eira pula berkata, dia terpaksa memadam gambar Azad bersama patung itu daripada Instagram miliknya kerana tidak mahu kehilangan pengikutnya.
“Gambar Azad bersama patung itu juga turut mencetuskan perblhan dalam kalangan peminat saya.“Bagi mengelakkan perblhan ini berterusan lebih baik saya memadamkan gambar ini dengan segera,” katanya. Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kritikan warganet selepas berkongsi gambar bersama patung.
Menerusi entri di Instagram, Eira berkongsi gambar Azad dengan kelakuan yang tidak menyenangkan pengikutnya. “Adoih laki aku ni. Ini yang dikatakan Art ka daddy. hahahahaha. You ni mad la sayang. @azadsyazirarose The Art Of Punai. hahahaha.
“The Art Of ‘buah nyok’ kata laki akuuuu hauwau,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik gambar yang dimuat naik Azad itu dan berharap mereka lebih berhati-hati. Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.
Kredit -
Post a Comment