Terlalu suka membeli emas murah sehingga berhimpit-himpit dan terlupa mematuhi prosedur Operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan 17 wanita dikompaun RM 1,000 manakala enam pemilik turut menerima nasib sama.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kes membabitkan pembeli dan penjual emas itu direkodkan di Kota Bharu dalam tempoh dua hari Operasi polis susulan premis kedai emas yang didatangi berikutan emas murah sejak kelmarin.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Tiada Kekuatan Kerana Takut Selepas Diugut,” Mangsa Rogol Seorang Pendakwah Akhirnya Buka Mulut
Katanya, sewaktu Operasi dijalankan, pelanggan di kedai emas dilihat gagal mematuhi SOP PKPB apabila tidak menjaga penjarakan sosial sewaktu menjalankan urusan jual beli. “Pelanggan yang merupakan golongan wanita dilihat berebut-rebut sehingga berlaku kejadlan tolak-menolak sesama mereka hanya kerana mahu membeli emas.
“Kompaun antaranya membabitkan kesalahann tidak menjaga penjarakkan fizikal, berebut sehingga tolak-menolak kerana mahu membeli barang kemas murah. “Kesalahann pemilik premis pula tidak patuh SOP seperti gagal menyediakan penyukat suhu selain mementingkan perniagaan sahaja.
Beliau berkata, tindakan tegass termasuk arahann tutup premis akan dikuatkasakan sekiranya terus lngkar SOP ketika urusan jual beli emas. “Sehingga kini tidak ada tindakan tutup premis diambil tetapi polis akan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan rondaan.
“Saya menasihati pemilik premis supaya menyediakan lorong beratur dan menggunakan perkhidmatan anggota Jabatan Skarelawan Malaysia (Rela),” katanya. Mengulas lanjut, tahap pematuhan SOP di Kelantan secara keseluruhannya dalam tempoh 10 hari PKPB memuaskan dengan pencapaian 95 peratus.
Dalam pada itu, pada program berkenaan beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan, Zairihan Che Haron turut mengambil peluang sambil dihadiri Timbalan Pengarah Perubatan III HRPZ II, Tengku Anas Fathy Tengku Ahmad. “Seramai 85 polis mendaftarkan diri sebagai penderma dan ini sumbangan kecil kepada masyakat yang sangat memerlukan selain membantu menambah dana di hospital,” katanya.
Komen Orang Ramai
Kenapa x 10k ..alah 1k tu sikit je. Celah gigi je … Angka menaik covid depa x takut n x gentar..tp kalau angka emas naik..blh sasauu tau. Itu yg mereka lebih takuutkn.
Haha.. Adui mcm2 hei kome ni.. Udah byk sgt duit tu bayo la zakatt Sikit…sedekah sikit..Aku nengok ramei juge org yg nk makan pun xde duit tp ramei juge yg berebut beli mas ni.. Lantak kome le.. Duit kome.
Sumber : KosmoOnline/Sinar
20 Tahun Menetap Di Malaysia. Tular Video Seorang Lelaki Warga Emas Berumah Dalam Beca Dan Ini Penjelasan Dari Pihak JKM Kelantan
Warga emas yang tidak memiliki pengenalan diri itu dipercayai berasal dari Thailand.VIDEO tular memaparkan seorang lelaki warga emas yang tinggal di dalam beca di Kota Bharu, Kelantan ternyata mengundang perhatian ramai.
Malah, ramai yang tertanya-tanya mengenai asal-usul lelaki yang dipercayai berusia 70-an itu termasuklah bantuan yang disalurkan kepada dirinya.Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Mohamad Md Nor, pihaknya sukar membantu memandangkan warga emas itu tidak memiliki pengenalan diri dan dipercayai bukan warganegara Malaysia.
“Sebenarnya dia dipercayai bukan warganegara Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan diri.”Dia dipercayai sudah berada di sini sejak 20 tahun lepas. Dia duduk di sini sebagai pengayuh beca dan ada bekerja angkat-angkat barang di pasar berdekatan.
Paparan skrin video tular di media sosial.“Kita pernah buat siasatan. Dia dakwa berasal dari Terengganu, kemudian dari Thailand. Tak tahu mana satu. Soalan sama, tapi dia beri jawapan berbeza,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Mohamad lagi, pihak JKM dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pernah menawarkan bantuan tempat tinggal kepada lelaki itu pada Mei lalu, namun pelawaan itu ditolak.
Ada sebuah syarikat kosmetik dari Kelantan turut menawarkan bantuan rumah, nak tolong bayarkan sewa… pun dia tak nak.
“Nak kesan keluarganya pun tak dapat. JKM dah tiga kali offer, siap nak bawa beca dia sekali ke tempat tinggal baharu tapi dia tak nak.”Malah, ada NGO yang tawarkan untuk tukar beca baharu juga dia tak nak.”Sebelum ini juga, ada sebuah syarikat kosmetik dari Kelantan turut menawarkan bantuan rumah, nak tolong bayarkan sewa… pun dia tak nak,” ujar Mohamad lagi.
Namun katanya, kes melibatkan warga emas berkenaan sentiasa berada dalam pemerhatian pihaknya sama ada untuk bantuan mahupun tindakan wajar lain pada masa akan datang.Warga emas itu didakwa menolak pelawaan untuk ditempatkan di sebuah kediaman dan memilih untuk terus tinggal dalam beca.
Sebelum ini, tular video seorang lelaki, Muhammad Rofiqi Aiman Muhammad Rosid, 20, yang hadir menghulurkan bantuan buat warga emas itu.Video berkenaan ternyata mengundang perhatian memandangkan ramai warganet bersimpati dengan nasibnya yang menetap dalam beca usang itu.
Pemuda itu dia melalui platform kebajikan ‘Prihatin Kelantan’ bertemu warga emas berkenaan untuk memberikan bantuan makanan pada Jumaat malam dan tidak menyangka video berkenaan akan meraih perhatian ramai.Malah, dia turut dihujani mesej orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan buat pengayuh beca itu.
Wanita Beri Bantuan Pernafasan CPR Kepada Rakannya Yang Tak Sedarkan Diri Tapi Lain Pula Yang Terjadi Bila Rakannya Mula Sedar Dan Ada Kesan Di Dada
Cardio pulmonary resuscitation atau CPR sememangnya perlu dipelajari bukan setakat dalam golongan ahli perubatan, malah oleh orang awam juga.Ini kerana CPR ini penting untuk memudahkan kita memberikan bantuan pernafasan sementara sekiranya berlakunya kecemasan kepada individu di sekeliling.
Seperti kejadian yang berlaku di Taiwan baru-baru ini, wanita ini segera bertindak memberikan bantuan pernafasan CPR kepada rakan sekerjanya yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba semasa di tempat kerja.Buat CPR 15 minit, selamatkan nyawa rakan.Menurut AsiaOne, wanita yang dikenali sebagai Chu ini dikatakan telah melakukan CPR selama 15 minit semasa dalam perjalanan untuk menghantar rakannya itu ke hospital sehinggakan dia kehabisan tenaga.
Saya lakukan tekanan pada dadanya sehingga kehabisan tenaga. Tetapi saya tetap terus melakukannya untuk menyelamatkan nyawanya.Tambahnya, dia telah menemani rakannya itu untuk dihantar ke hospital disebabkan dia mempunyai sijil yang sah untuk mengendalikan rawatan kecemasan.
Berkat kegigihannya menjalankan bantuan pernafasan itu, Chu akhirkan berjaya mengembalikan sistem pernafasan seterusnya menyelamtkan nyawa wanita itu.Kawan tak berterima kasih, persoalkan kesan lebm di dada
Namun apa yang mengejutkan, rakan wanita yang diselamatkannya itu sedikit pun tidak berterima kasih kepadanya gara-gara membantu menyelamatkan nyawanya.Sebaliknya wanita itu ada menghantar mesej kepadanya untuk mempersoalkan kepadanya kesan lebm yang terdapat pada dada dan lengannya seolah-olah untuk menyalahkan dirinya yang menjadi punca terjadinya kesan lebm itu.
Dalam mesej tersebut, rakannya turut menghantar foto kesan lebm yang terdapat pada dadanya berserta ayat, “Berapa banyak tenaga yang awak guna? Kesan lebm ni sangat besar”. Chu yang berasa bengang dengan nada seolah-olah menuduh dia menjadi punca kesan lebm tersebut telah membalas kembali dengan mempersoalkan tudhan tak berasas rakannya itu.
Awak nak salahkan saya sebab gunakan tenaga yang banyak semasa lakukan CPR? Tambah Chu, rakannya itu sepatutnya bernasib baik tidak mengalami kecederaan patah tulang rusuk gara-gara prosedur CPR tersebut.“Nyawa atau kesan lebm lebih penting?” – Chu
Bukan setakat itu, rakannya itu juga memberitahunya bahawa dia sebagai pesakit diabetes sememangnya berhak untuk berasa risau sekiranya lbam dan luka di bahagian dadanya itu akan dijangkiti oleh kuman sehingga menyebabkan anggota tubuh badannya terpaksa dipotong.Namun, Chu mempersoalkan alasan rakannya itu tidak munasabah kerana menurutnya, nyawa rakannya itu sepatutnya lebih penting berbanding kesan lebm yang dialaminya itu.
Rakan ugt nak fail saman.Seperti menambah minyak ke dalam bara api, rakannya itu juga turut mengugt untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atasnya.Awak tekan dada saya dengan kuat sedangkan saya ada masalah jantung. Saya boleh dapatkan doktor untuk buktikan awak cederakan saya sewaktu CPR.
Bengang dengan tuduhan itu, Chu telah melepaskan geramnya dengan mendedahkan kejadian itu di Facebook miliknya baru-baru ini.Katanya, sekiranya rakannya itu benar-benar mahu memfailkan saman ke atasnya, dia berpendapat bahawa setiap orang di dalam negara perlu berhenti untuk mempelajari teknik rawat bantu mula gara-gara ada sesetengah individu yang tidak tahu bersyukur dengan bantuan yang diberikan.
Postingnya itu berjaya mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap tidak sedar diuntung rakannya itu.Kecederaan memang selalu berlaku waktu CPR.Terdapat juga warganet yang mempunyai pengalaman dalam rawatan kecemasan ini mendedahkan bahawa kecederaan seperti lebm atau tulang rusuk patah adalah satu kebiasaan yang berlaku gara-gara tekanan dada yang kuat dan pantas sewaktu menjalankan CPR.Macam pepatah Melayu, “Bagai melepaskan anjing yang tersepit”.
Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia
Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.
CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.
Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.
Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan
Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.
Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.
Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.
10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.
“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.
Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.
Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.
Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA
“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu
Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.
Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”
Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.
Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.
Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah
“Tak ikut SOP” – Ibu & Adik hembuskan nafas terakhir, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran
Dua disahkan sudaah tiada, seorang dalam keadaan t3nat dan 30 individu disahkan positif Covid-19 gara-gara sebuah majlis pernikahan yang berlangsung, lapor Jateng Suara.Menurut Ketua Pejabat Kementerian Agama Semarang, Muhdi Zamru majlis pernikahan pasangan itu tidak diadakan secara besar-besaran di masjid. Sebaliknya, ianya hanya majlis tertutup yang dihadiri tidak lebih daripada 10 orang seperti yang sudah ditetapkan protokol Covid-19.
Tidak di masjid, tapi di rumah pengantin. Memang rumahnya di belakang masjid.”Katanya majlis yang berlangsung pada 11 Jun lepas itu diadakan di rumah pengantin perempuan dan dua individu yang sudah tiada itu merupakan ibu dan adik pengantin tersebut manakala pesakit yang tenat pula adalah bapanya.Namun, kedua-dua individu dilaporkan tidak menghadiri acara pernikahan itu dan ianya telah dilangsungkan mengikut SOP yang ditetapkan untuk proses ijab kabul di Indonesia.
Penghulu kami sudah mematuhi aturan itu. Bahkan, menurut keterangannya ibu dan adik pengantin yang sudah tiada karena Covid-19 tidak hadir di prosesi ijab kabul itu.”Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi rupa-rupanya pihak keluarga telah mengadakan resepsi di masjid dan dihadiri tetamu yang melebihi 30 orang.
Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggung jawab kami. Kami hanya memastikan jika ijab kabul digelar sesuai protokol kesehatan.”Majlis resepsi itulah yang dikatakan tidak mengikut SOP pencegahan Covid-19 dan telah menyebabkan kluster baru yang menjangkiti 30 tetamu termasuklah 5 daripada 9 ahli kariah masjid.-lobakmerah
47 petugas KKM positif Covid-19 selepas hadir majlis kahwin [METROTV]
SERAMAI 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif koronavirus baharu (Covid-19), setakat 12 tengah hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.Beliau berkata, daripada jumlah itu, punca jangkitan bagi 47 kes berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri jemaah daripada perhimpunan tabligh.Katanya, lain-lain punca adalah disebabkan petugas kesihatan terbabit ada sejarah melawat ke luar negara dan daripada kontak keluarga yang positif Covid-19.
“Seramai 1,895 anggota kesihatan KKM menguruskan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM sudah menjalani ujian pengesahan, yang mana 1,187 orang adalah negatif, manakala 708 lagi masih menunggu keputusan dan tiada yang dikesan positif,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.Dr Noor Hisham juga memohon semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terbabit secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri:-mymetro
Kredit - apampink
Post a Comment