Ramai yang minta Ustaz Ebit Lew jadi Perdana Menteri. Sekali Ustaz Ebit Lew tampil bagi respon buat ramai yang terpana. Sampai macam ni sekali respon dia.

Ramai yang minta Ustaz Ebit Lew jadi Perdana Menteri. Sekali Ustaz Ebit Lew tampil bagi respon buat ramai yang terpana. Sampai macam ni sekali respon dia.

loading...

Nama pendakwah popular, Ebit Lew pastinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dimana sentiasa tampil membantu insan yang tidak berkemampuan sepanjang pandemik Covid-19 di negara ini.

Ramai yang minta Ustaz Ebit Lew jadi Perdana Menteri. Sekali Ustaz Ebit Lew tampil bagi respon buat ramai yang terpana. Sampai macam ni sekali respon dia.



Disebabkan perkara itu, terdapat segelintir pengguna media sosial mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM atas usaha murninya yang tidak jemu menghulurkan bantuan.

ARTIKEL MENARIK:[VIDE0] budak umur 2 tahun kena ‘mild str0ke’ gara-gara ker4p tengok telefon
loading...


Tidak minat politik

Memetik laporan sumber Kosmo! Online, bagaimanapun pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk menceburi dalam bidang politik. Menurut Ebit, beliau menyatakan bahawa politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya kerana tidak memahami selok-belok mengenai bidang tersebut. “Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Berdoa agar dimurahkan rezeki

Selain itu, beliau turut memohon agar sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat membantu orang ramai sehingga tiada siapa yang akan tercicir. Walaupun kadang-kala terlepas pandang sehingga menerima kecaman, Ebit tidak berkecil hati sebaliknya terus berusaha untuk turun padang yang sering dinantikan oleh masyarakat. “Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya.

Ebit Lew Dedah Kisah Hidup Dan Perniagaan Dimilikinya

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenang kembali situasi sukar yang pernah dilalui sebelum mengecap nikmat hidup sekarang. Menerusi entri terbaharu di Instagram, beliau berkongsi kisah kehidupannya sebelum dilimpahi rezeki melimpah ruah, sehinggakan membuat warganet berasa sebak.

“Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. “Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti,” tulisnya.

Ebit Lew memberitahu, ketika dahulu dia sukar diterima bekerja gara-gara penampilan yang selekeh. “Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin tak ada. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.

“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” katanya. Bermula dengan bekerja sebagai pakar motivasi, namun semangat memajukan diri akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kepadanya.

“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama empat tahun. “Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program Keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia,” dedahnya.

Yakin dengan rezeki setiap orang, beliau mampu tersenyum lebar selepas lama-kelamaan pendapatannya semakin berkembang menerusi beberapa cabang perniagaan yang dimiliki. “Saya ada tiga restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia dan nak buka di luar negara. Belum sempat saja. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.

“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah lapan tahun tulis masih laris sampai sekarang. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. “Syukur saya ada dua program televisyen. Dua tahun dah. Door To Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit di TV Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah dua musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Ebit Lew memberitahu, punca rezeki murah adalah kerana tidak tinggalkan solat dan melupakan orang tua, serta tidak berhenti bersedekah. “Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang.

“Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa,” akhirinya dalam kapsyen panjang lebar berkenaan.

Perkongsian itu disertakan dengan foto beliau bersama Isteri dengan berlatar belakangkan kediaman banglo dan dua buah kereta. Kenyataan itu dipercayai sebagai respon balas terhadap persoalan segelintir pihak yang meragui dirinya sebelum ini. Dalam perkembangan lain, pendakwah ini dibenarkan untuk menyambung semula aktiviti kebajikannya kepada individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Kosmo! Online ( Mohd Haikal Isa)/illuminasi

Dari Pembukaan Elewsmart Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman. Tiba Tiba Bob Lokman Berikan Pesanan Ini Membuatkan Warganet Dan Ebit Lew Turut Sayu Hati Mendengarnya.

Terdengar sahaja sesiapa yang di dalam kesusahan, dengan sepantas yang mampu dia akan muncul menghulurkan bantuan. Tidak kira jauh atau dekat, seikhlas hati dia akan hadir. Tidak pernah merungut mahupun mengungkit, tidak pernah lelah dan tidak pernah mengira agama atau keturunan, dia akan membantu semampunya. Itulah Ustaz Ebit Lew.

Terbaru Ustaz Ebit Lew bergegas terbang ke Kelantan dari pembukaan pasaraya Elewmart miliknya untuk melawat Bob Lokman, seorang bekas pelakon, pengacara, pelawak dan penulis lirik yang kini sedang sakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Dalam satu muat naik di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa hati dengan pertemuannya bersama Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah. Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.

Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya,” tulis Ebit Lew pada satu video pendek di Instagram. Tambah Ebit, dia dan Bob banyak berbual tentang akhirat dan anak-anak kecil yang masih belajar di madrasah.



Loading...
loading...


“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew lagi.
 Ramai yang tinggalkan komen buat Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus membantu orang ramai.


Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai pendakwah yang sentiasa menyantuni mereka yang terpinggir seperti fakir miskin, remaja yang terbiar, golongan yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Ketika wabak Covid bermula, Ebit Lew memulakan bantuan kepada mereka yang memerlukan hinggalah ke hari ini, usahanya tidak pernah putus.

Bob Lokman Mengalami Sakit Teruk Ketika Ini. Dia Akui Boleh Pergi Bila Bila Sahaja.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman memaklumkan bahawa dirinya kini sedang bergelut dengan sakit teruk yang dialami sejak tahun 1988. Menurut Bob, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia pergi secara mengejut.

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman,56, ini turut mengambil kesempatan ketika ditemui media dengan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau perbuatannya pada ketika dahulu dan kini mengguris hati.

Dia yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah ditahan selama 2 hari akibat masalah jantung. Menceritakan keadaan ketika dibawa ke hospital, Bob mengatakan jantungnya berdegup kencang ketika mengambil wuduk dan kemudiannya pitam. Dadanya kemudian sakit sehingga ke belakang badan sebelum memanggil sepupunya untuk membawa dia ke hospital berdekatan.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk pergi secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah. Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca tv” Difahamkan dia kini memerlukan sejumlah dana bagi membantu kos perubatan yang hampir mencecah RM700 sebulan. Bob juga memerlukan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

– Sumber & foto dipetik dari Beautifulnara, Harian Metro

“Kali ini sakitnya agak serius, kaki bengkak kehitaman” – Bob Lokman dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang

Keadaan pelakon dan penulis lirik Bob Lokman difahamkan semakin teruk apabila dia dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini akibat masalah buah pinggang. Berita itu disahkan menerusi  akaun Facebook Dr Riduan Mohamad Nor yang tersebar di laman sosial pada Khamis.

Menurutnya, Bob, 56, yang sedang mengikuti aktiviti jelajah kuliah di Terengganu sepanjang minggu ini telah dikejarkan ke hospital selepas kesihatannya terjejas.

“Minggu ini dia dalam jadual padat roadshow kuliah di Terengganu, badannya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu. Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah. Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang,” tulisnya.

Sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung dan paru-paru.

Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. 

Menerusi laporan mStar pada 20 September 2018, Bob memberitahu dia mengambil 13 jenis ubat-ubatan dengan kos berjumlah lebih RM1,000 sebulan. Dalam pada itu, Dr Riduan meminta mana-mana pihak yang prihatin dapat membantu Bob yang kini mengalami masalah kewangan.

“Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang. Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.  Saya merayu teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan bebannya kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” ujarnya.

Bob dan isterinya, Relawati Daud, 42, mempunyai lapan anak. Mohamad Adam, 27, (telah tiada), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari namun syukur… Allah masih sayang

Rockdan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu,tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.

Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings)Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai. Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejutan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.

Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam. Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.

“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya. Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun. “Bermula daripada lumpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi. Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.

Selepas mengalami lumpuh, Bob diuji pula dengan keretakan rumah tangga. Baginya, ujian kesihatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehilangan seorang isteri.

“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

Perpisahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya. Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta.

“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya. Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.

“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular. Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya. Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.

“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang sombong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan. Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.”

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan. Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar sakit, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengalami sesuatu di bahagian otak ketika kecil telah pergi selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.


Kredit - apampink



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post