PH Tetap Tolak Belanjawan 2021, Undian Belah Bahagi Hari Ini

PH Tetap Tolak Belanjawan 2021, Undian Belah Bahagi Hari Ini

loading...

KUALA LUMPUR : Selepas selesai membahaskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa, Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan pendirian mereka untuk menolak Belanjawan 2021.

PH Tetap Tolak Belanjawan 2021, Undian Belah Bahagi Hari Ini



Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan menegaskan, mereka akan membuat undian belah bahagi pada bacaan Belanjawan kali ketiga esok (hari ini).

ARTIKEL MENARIK:Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Pada Dahan Pokok
loading...


Menurutnya, pengumuman dan penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini dilihat tidak memenuhi apa dipohon dan diharapkan Ahli Parlimen malah harapan rakyat juga.

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menggesa agar semua ahli Parlimen, sama ada di sebelah pembangkang mahupun dari kalangan penyokong kerajaan, yang memahami bahawasanya Belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi COVID-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga esok,” menurut kenyataan itu.


Loading...
loading...


Kenyataan itu merupakan kenyataan bersama tiga setiausaha dalam PH iaitu Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha DAP, Anthony Loke.

Kredit - suara.tv



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post