KUALA LUMP[UR: “Persiapan majlis perkahwinan semuanya sudah selesai. Kini, hanya tinggal menunggu hari berlangsung sahaja,” itulah penjelasan penyanyi, Syamel mengulas persiapan majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri yang dijangka berlangsung, awal tahun depan.
Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, segala urusan berkaitan hari bahagia mereka sudah pun diserahkan kepada perancang perkahwinan yang dilantik.
ARTIKEL MENARIK:“Kahwin dulu pun kau tak kerja, maid pun bukan kau bayar”-Adik Nadia
“Kami sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk diserahkan kepada perancang perkahwinan yang menguruskan perjalanan majlis. Berdasarkan perancangan yang dipersetujui awal, hanya ada dua sahaja majlis resepsi iaitu satu untuk keluarga dan satu untuk rakan selebriti dan media.
“Dalam situasi sekarang, kami tak boleh undang ramai tetamu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Bagaimanapun, jika ada rezeki, mungkin kita akan mengadakan majlis khas untuk peminat. Tetapi, ia masih dalam perancangan.
“Apa yang boleh dikatakan, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah selesai, cincin pun sudah dibeli,” katanya kepada BH Online.Ditanya apakah majlis pernikahan akan dilakukan secara tertutup, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu berkata, perkara itu masih belum dapat diputuskan dan ia bergantung kepada keadaan semasa.
“Apapun, kita kena tunggu penerangan daripada perancang majlis kerana mereka menguruskan lokasi. Jika keadaan sesuai untuk mengundang media dan ada kelonggaran dari segi SOP, pasti kami akan menjemput untuk sama-sama meraikannya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Setable yang terletak di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.
Syamel menyifatkan pembukaan kafe sebagai satu risiko besar buat mereka memandangkan keadaan eknomi kurang memberangsangkan, ketika ini.”Kami sepatutnya berjimat cermat dalam situasi sekarang. Untuk bisnes ini sahaja, kami mengeluarka modal ratusan ribu ringgit. Selain untuk jaminan masa depan, kafe ini dibuka untuk membantu orang lain dengan memberi ruang kepada vendor untuk menyewa.
“Jika ikutkan perancangan awal, saya dan Ernie hanya akan membuka pada penghujung bulan ini. Tetapi, disebabkan COVID-19, mereka yang terjejas ini minta saya awalkan operasi kafe. Walaupun terpaksa beroperasi ketika proses ubahsuai dijalankan, kami tak kisah asalkan dapat membantu meringankan beban mereka.
“Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan selepas hampir sebulan beroperasi,” ujarnya.Mengulas pembabitan dalam bisnes makanan, Ernie berkata, hasrat itu sudah lama disuarakan tunangnya memandangkan mereka penggemar makanan.
“Syamel sudah lama berhasrat untuk membuka kedai makanan. Secara kebetulan, Syamel seorang yang suka makan dan mempunyai cita rasa tersendiri terhadap sesuatu menu.”Selain itu, ia juga jaminan untuk masa depan kami memandangkan keadaan sekarang agak sukar untuk seorang penyanyi mendapat tawaran mengadakan persembahan berikutan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujar penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu.
Dikatakan Bakal Menamatkan Zaman Solo Awal Tahun Depan. Ernie Zakri Tampil Dedah Cerita Di Sebalik Perkenalannya Dengan Syamel Sehingga Mengambil Keputusan Untuk Bertunang
Siapa yang menyangka detik perkenalan menerusi sebuah pentas hiburan akhirnya membawa benih cinta hati pasangan penyanyi popular,Syamel,27 dan ernie Zakri,28. Sebelum ini,pasangan penyanyi duet menerusi lagu Aku Cinta itu sedaya upaya mengelak menjawab spekulasi dan kesahihan hubungan cinta yang terjalin. Namun,dari riak wajah dan bahasa tubuh yang ditunjukkan menerusi laman sosial,jelas ada bunga dalam taman hati.
Nyata, telahan ramai mereka ‘berpacaran’ tidak tersasar apabila berita pertunangan mereka tersebar. Syamel dan Ernie akhirnya mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.Seperti dijanjikan, Syamel mahupun Ernie tidak menyembunyikan majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarga Ernie dan berkongsi berita gembira itu.
Berkongsi kisah percintaan, Ernie ketika ditemubual menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? mendedahkan, dia nekad memulakan langkah pertama selepas berasakan wujud keserasian antaranya dan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hidup Dalam Mti itu.
“Cerita bermula apabila saya dan Syamel menyertai program Duo Star, empat tahun lalu. Mungkin sebab saya selesa dan enggan berterusan menyembunyikan perasaan dalam hati membuatkan saya nekad untuk berterus-terang dengannya. Saya beritahu Syamel, saya menyukainya.
“Niat saya meluahkan perasaan supaya boleh bekerja dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan balasan apabila meluahkan perasaan. Saya tak mahu tertekan.”Bagaimanapun, saya tak sangka pula tidak bertepuk sebelah tangan. Syamel menerima saya dan kami terus berkawan hingga memutuskan untuk bertunang, Ogos lalu,” kata penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu kepada BH Online.
Mengulas tindakan berani Ernie, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, pada awalnya, dia sangat terkejut dengan luahan hati tidak diduga. Bagaimanapun, bersikap terbuka dan percaya teman duetnya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.
“Walaupun selalunya lelaki ada sikap berani, namun saya terkejut apabila ada wanita yang mampu berterus-terang dengan dalam meluahkan perasaan. Pun begitu, saya faham tujuan Ernie berbuat demikian.”Kami bertemu setiap minggu ketika menyertai program Duo Star. Sejujurnya, saya dan Ernie memang menyimpan perasaan, cuma awalnya belum meluahkannya.
“Saya tak anggap tindakan Ernie meluahkan perasaan sebagai perbuatan gelojoh. Sebaliknya, saya sifatkan agak lembap dalam soal ini,” jelas pemenang trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).Berdasarkan khabar yang disampaikan, pasangan yang pernah memenangi trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 32 itu bakal menamatkan zaman solo, awal tahun depan. Enggan terus berteka-teki, persoalan itu terus diajukan kepada si empunya diri.
“Jika mengikut perbincangan ahli keluarga kedua-dua pihak, kami mahu melangsungkan majlis pernikahan, awal tahun depan. Bagaimanapun, saya mahupun Ernie tidak berani berjanji memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih. Malah, ramai bakal pengantin yang sudah menetapkan tarikh terpaksa menunda majlis.
“Apapun, ia bergantung kepada bagaimanakah situasi pada tahun hadapan. Jika keadaan mengizinkan, mungkin kami teruskan pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak, kenalah tunggu hingga keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih,” jelas penyanyi yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 26 November ini.
Adat pasangan pada alam pertunangan, pasti tidak boleh mengelak berdepan dengan situasi yang boleh menjejaskan keharmonian. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Syamel dan Ernie menjadikan komunikasi dan perbincangan sebagai kata.
“Tidak dinafikan, kita memang sentiasa terdedah dengan ftnah yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan dalam situasi teknologi media sosial. Jadi, kami memang amalkan perbincangan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan sejak awal perkenalan lagi.
“Jika ada perkara yang tak puas hati, kami akan duduk berbincang. Tak perlu nak simpan, takut nanti makan dalam. Lebih baik luahkan supaya apa yang terbuku dalam hati dapat dilepaskan.”Sebagai penyanyi, kami memang agak sensitif. Perkara kecil pun boleh jadi serius. Daripada perkara kecil menjadi melarat-larat, lebih baik selesaikan dengan cara lebih berdiplomasi,” kongsi pasangan ini.
Rupanya Ini Faktor Ernie Zakri Terdorong Untuk Mula Bertudung. Terkedu Bila Ernie Zakri Bongkarkan Kisah Sebelum Mula Berhijab Dan Reaksi Warganet Dengan Perubahan Penyanyi Itu.
Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan situasi semasa banyak menyuntik kesedaran untuk dia istiqamah bertudung sejak Mac lalu. Jelas Ernie, biarpun sudah memasang niat untuk terus kekal berhijab sejak tahun lalu, faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.
“Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. “Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini, dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…
“Niat itu sudah ada dari tahun lepas, cuma saya sendiri tak terbuka hati atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu. “Ketika PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fokus… Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab,” katanya.
Justeru, Ernie tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab memandangkan masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima artis yang berhijab. “Masyarakat dan penganjur terbuka untuk menerima artis bertudung. “Ramai ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung.
“Rezeki semua Allah yang rancang. Insya-Allah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi penganjur yang lain untuk mengambil Ernie bekerja,” ujarnya. Ernie akui cabaran selepas berhijab tidak mudah. Ada juga segelintir warganet yang skeptikal dan menganggap hijrah Ernie hanya sementara.
“Ada yang cakap sekejap sahaja tu, ada yang tegur masih tak sempurna. Ya, saya sedang melalui fasa itu dan saya pun nak jadi lebih baik. “Apabila membuat keputusan besar dalam hidup saya perlu masa dan alhamdulillah saya dipermudahkan. “Jadi, saya buat tak tahu walaupun sedikit sedih, buat apa melayan benda yang menyedihkan,” tambahnya.. Selepas berhijab, Ernie dan Syamel mengesahkan mereka bertunang pada Ogos lalu. -GEMPAK
Kecoh temuramah antara Ernie dan Syamel sehingga meraih perhatian warganet. Tak sangka ini yang dikongsikan mengenai hubungannya selepas bertunang.
Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.
Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.
Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.
Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.
Sumber: HCL
Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas
Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.Video: Instagram Syamel, Era.je
Kejutkan orang ramai dengan majlis pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ernie buat satu lagi pengakuan yang ramai tak tahu dan tak jangka tentang hubungannya
Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.Malah, warganet turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.-rotikaya
Kecoh Temuramah Antara Ernie Dan Syamel Sehingga Meraih Perhatian Warganet. Tak Sangka Ini Yang Dikongsikan Mengenai Hubungannya Selepas Bertunang.
Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.
Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.
Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.
Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.
Sumber: HCL
Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas
Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.
Video: Instagram Syamel, Era.je
Kejutkan orang ramai dengan majlis pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ernie buat satu lagi pengakuan yang ramai tak tahu dan tak jangka tentang hubungannya
Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.Malah, warganet turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.-rotikaya
Baru Sahaja Bertunang Dengan Syamel 15 Ogos Lalu. Ernie Zakri Nekad Dedahkan Sesuatu Tentang Tarikh Dan Perancangan Perkahwinan Mereka
KEPUTUSAN penyanyi Ernie Zakri mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 15 Ogos lalu adalah satu tindakan tepat yang ternyata disenangi peminat. Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Bersuara ini berkata, dia gembira apabila peminat tidak putus mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Ada yang bertanya sebelum ini berkenaan hubungan kami, juga ada yang menjangka. Cuma kami belum boleh kongsikan kepada semua ketika itu. “Apabila dah bertunang, baharulah perlu diberitahu tapi bukanlah bermaksud untuk menggembar-gemburkan secara berlebihan. Ini adalah satu cara kami menghargai peminat kerana mereka selalu menyokong dan mendoakan kami. Penerimaan mereka positif apabila tumpang gembira dan mengirimkan doa yang baik-baik,” katanya.
Ernie tidak menafikan dia dan Syamel bermain tarik tali dan menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan peminat sebelum ini. Baginya, mereka kurang selesa untuk berkongsi sesuatu yang belum pasti dengan peminat.
“Tak semestinya kalau kita bercinta, semua benda nak diberitahu. Ia terpulanglah kepada mana-mana individu jika rasa itu cara yang sesuai buat mereka. “Bagi saya, kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi. Itulah sebabnya kami tak kongsi apa-apa. Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati apa yang kami buat dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” katanya.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinan, Ernie berkata, semuanya masih dalam perbincangan antara kedua-dua pihak. Sebenarnya saya kini mula sibuk semula dengan kerjaya seni yang kembali rancak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya ada single terbaharu dan tawaran persembahan pun dah kembali ada. Jadinya fokus lebih bertumpu ke situ. Berkenaan majlis kahwin, semuanya masih di peringkat perbincangan mulut dan belum ada apa-apa kata putus kedua belah pihak,” katanya.
Menurutnya, masih banyak perkara yang sedang dibincangkan terutama tarikh dan lokasi majlis.”Tema dan konsep perkahwinan pun hanya baru peringkat cakap-cakap dan belum dimuktamadkan lagi. Kami masih berbincang dengan perunding perkahwinan dan sekiranya ada tarikh baharulah kami akan beritahu semua. Kami takkan sorok-sorok.
“Saya pernah ada pengalaman menguruskan perkahwinan kakak dan sedikit sebanyak dapat membantu. Syamel pula anak sulung, jadi kami kena pastikan semuanya okey,” katanya.Ernie berkata, mereka juga perlu ambil kira soal prosedur operasi standard (SOP) berkenaan jemputan dan sebagainya lagi.
“Kena ambil kira juga siapa tetamu yang kami nak jemput. Ia penting dan agak susah untuk buat keputusan. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti berjalan lancar,” katanya yang mengakui ia akan diadakan pada awal tahun depan.
Ernie tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinan mereka dan menganggap itu rezeki.”Mengapa tidak! Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Ada beberapa tawaran yang datang dan kami sedang meneliti mana yang sesuai.”Berbanding dahulu, sekarang setiap kali persembahan orang pasti akan jemput kami menyanyi berduet. Ia adalah rezeki buat kami,” katanya.
Syamel dan Ernie, dah sah bertunang
PENYANYI Syamel, 27, dan pasangannya yang juga penyanyi Ernie Zakri, 28, sudah bertunang. Sepakat mengumumkan berita pertunangan mereka di Instagram masing-masing hari ini, majlis ringkas itu berlangsung di kediaman keluarga Ernie.
Meskipun majlisnya sederhana, acara pertunangan itu berlangsung meriah dengan kehadiran kedua-dua pihak keluarga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Syamel atau nama sebenar Syamel Aqmal Mohd Fodzly berkata agak gementar apabila bertunang, namun bersyukur hajat dia dan Ernie akhirnya termakbul juga.
“Memang gementar memandangkan alam pertunangan ini banyak dugaannya. Namun, Alhamdulillah selamat juga saya bertunang dengan Ernie. “Kami berjanji akan terus menjaga batas hubungan selepas ini. Doakan hubungan kami berakhir di jenjang pelamin dan terima kasih tidak terhingga atas doa-doa peminat juga,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun, mendedahkan mereka belum berbincang mengenai tarikh pernikahan. “Perbincangan mengenai perkahwinan hanya akan dibuat kemudian. Kalau boleh memang nak dipercepatkan, kerana kami tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya. Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada pihak Ernie dalam majlis itu.
Syamel dan Ernie mula berkenalan selepas terbabit dalam program realiti Duo Star beberapa tahun lalu. Kemesraan mereka turut menjadi Namun, hubungan mereka yang makin mesra menjadi teka-teki selama ini, apakah betul-betul bercinta? Melalui ikatan pertunangan itu dan pengakuan Ernie kepada media baru-baru ini, nampaknya melenyapkan segala tanda tanya status hubungan mereka.
Sumber: HMETRO via apampink
Post a Comment