Mengejutkan juara Gegar Vaganza, tidak disangka-sangka akhirnya milik

Mengejutkan juara Gegar Vaganza, tidak disangka-sangka akhirnya milik

loading...

PUTRAJAYA – Selepas 10 minggu bertanding, vokalis kumpulan Project Pistol, Cliff Umar dinobatkan sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) selepas menewaskan enam finalis lain pada konsert akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi.

Mengejutkan juara Gegar Vaganza, tidak disangka-sangka akhirnya milik



Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

ARTIKEL MENARIK:Dikritik teruk gara-gara nyanyian ‘live’ teruk, Cik B minta maaf akui gemuruh sampai mulut kering
loading...


Naib juara disandang oleh rocker hebat tanah air, Muss yang pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.


Pada konsert akhir yang berlangsung sengit tersebut, Cliff menambat hati juri mendendangkan lagu Di I had Do Anything For Love (duet bersama Noryn Aziz) dan menghadirkan persembahan hebat menerusi lagu Nakal (Gigi) untuk lagu solo serta seterusnya cemerlang pada segmen battle menerusi lagu Inilah Nasibku bersama Oja dan Muss.

Muss atau nama lengkapnya, Muss atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 52, juga tidak kurang hebatnya apabila menghadirkan persembahan hebat pada segmen medley menerusi lagu Mencintaimu (duet bersama Azharina) dan segmen battle.



Loading...
loading...


Manakala, tempat ketiga pula menjadi milik Ayu Damit sekali gus menerima hadiah wang tunai RM30,000. Sementara, tempat keempat pula diraih penyanyi kesayangan ramai, Noraniza Idris yang pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000.


Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam dan ketujuh, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong. Linda membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Dikendalikan dua pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV7 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GegarVaganza 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

 

Sumber: Kosmo


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post