Sejak beberapa hari lepas, foto seorang lelaki warga emas yang cedera parah duduk di tengah lebuh raya kerana terlibat dengan kemalangan telah tular di media sosial.
Menerusi maklumat yang diperoleh, lelaki tersebut telah pun mendapatkan rawatan dan tangan kanannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
ARTIKEL MENARIK:Remaja 16 Tahun Dipqksa Hlsap Sampai Pncut, KmqIuan Pengetua Sekolah Agama di KeIantan
Ebit Lew datang ziarah
Sehubungan dengan itu, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah berkesempatan untuk menzirahi mangsa yang berusia 55 tahun di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru hari ini.
Menurut Ebit Lew, beliau berasa sebak apabila pakcik tersebut seakan masih merasai mempunyai tangan dan mahu menggerakkannya.
Bingung bagaimana nak hantar anak & isteri
Lebih menyedihkan, dia memberitahu binggung memikirkan bagaimana hendak menghantar anak dan isterinya kerja kerana hanya dia yang tahu memandu kereta.
Sebelum beransur pulang, pendakwah tersebut telah menghulurkan sumbangan kepada pakcik tersebut dan mendoakan agar kesihatannya bertambah baik selepas ini.
Terdahulu, dua orang pekerja penyelenggara jalan telah dilanggar lari oleh treler di Lebuh Raya Pasir Gudang ketika membaiki jalan.
Foto-foto kemalangan mereka tular di media sosial kerana begitu sedih melihat kondisi pakcik tersebut yang menahan kesakitan sebelum menerima bantuan kecemasan.
Sumber: Ebit Lew, Twitter via ohmymedia
Post a Comment