Kakitangan Positif Covid-19, HRDF Perak Ditutup Dua Hari

Kakitangan Positif Covid-19, HRDF Perak Ditutup Dua Hari

loading...

IPOH, 30 Dis (Bernama) — Pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Perak di sini, ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi, susulan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Kakitangan Positif Covid-19, HRDF Perak Ditutup Dua Hari



HRDF menerusi kenyataan memaklumkan, kakitangan berkenaan kini sedang menerima rawatan dan di bawah pemantauan rapi petugas perubatan.

ARTIKEL MENARIK:‘Tak Payah Nak Berlakon, Tak Payah B0takkan Kep4la’ – TMJ Tegur Individu ‘Kaki Wayang’
loading...


“Semua kakitangan di pejabat cawangan itu akan menjalani ujian swab sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, dan keadaan kesihatan mereka akan terus dipantau.

“Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan dan pelanggan adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.



Loading...
loading...


HRDF menambah bahawa mereka akan terus mematuhi polisi dan proses kawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

— BERNAMA

Kredit - Siakap Keli



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post