Jangan riak dengan muka cantik. Mengejutkan terkini Faye Kusairi dedahkan wajah terkini dia. Rupanya ini yang terjadi pada Faye Kusairi

Jangan riak dengan muka cantik. Mengejutkan terkini Faye Kusairi dedahkan wajah terkini dia. Rupanya ini yang terjadi pada Faye Kusairi

loading...

Kena Bell Palsy yang menyebabkan kelmpuhan pada sebahagian wajahnya pada Jumaat lalu, pelakon Faye Kusairi memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin baik selepas menjalani beberapa siri rawatan.

Jangan riak dengan muka cantik. Mengejutkan terkini Faye Kusairi dedahkan wajah terkini dia. Rupanya ini yang terjadi pada Faye Kusairi



Menerima ujian itu dengan hati terbuka, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, berkata dia sentiasa berfikiran positif dan meminta peminat tidak berasa bimbang dengan keadaannya itu.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang tak suka. Setelah sekian lama menyepi tiba tiba isteri Ali Puteh tampil bersuara bongkarkan perangai Ali yang ramai tak tahu. Rupanya sampai macam ni sekali perangai dia
loading...


“Saya nak kongsikan yang saya sihat walafiat. Tak murung, tak ada fikirkan negatif, masih buat rawatan dan senaman serta makan ubat yang disarankan oleh pihak hospital terutamanya doktor saya. “Jangan risau ya semua, saya tak down. Saya tak murung. Saya tak sedih malah bersyukur diberi rezeki ini untuk sentiasa tahu yang Allah SWT sayangkan saya sebab itu dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri.

“Kepada yang mengalami masalah sama seperti saya, saya harap korang jangan sedihlah ya. Sentiasa positif macam saya, ada yang sembuh cepat, ada yang sembuh lambat. Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita stay positif dan rajin berusaha memperbaiki diri. InsyaAllah,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Faye di Instagram menarik perhatian pengikut.

Pada Jumaat lalu, Faye dikejarkan ke hospital selepas mendapat Bell Palsy iaitu kelmpuhan otot muka. Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simpton lazim akibat penyakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

Dalam pada itu, Faye turut memohon maaf kerana tidak membalas mesej yang dihantar oleh rakan-rakan dan peminat kerana perlu berehat berikutan keadaannya kini yang sedang sarat mengandung.

“Saya nak minta maaf kepada semua yang ada DM saya, komen di Instagram saya dan mana-mana media sosial yang repost perkongsian saya tentang keadaan sebelum ini. “Saya belum sempat nak balas satu-satu sebab memang banyak dan saya sedang berehat menunggu hari untuk bersalin. Harap semua faham dan saya nak anda semua tahu yang saya dah baca DM anda termasuklah perkongsian cerita pengalaman anda menghadapi Bell Palsy ni.

“Syukur Alhamdulillah… rakan-rakan dan famili yang mesej saya ambil berat tentang saya, terima kasih sangat-sangat,” ujarnya. Sementara itu, Faye berkata dia turut menerima banyak mesej daripada pengikut yang menderita penyakit sama dan mahu mendapatkan nasihat serta panduan untuk cepat pulih.

“Saya perasan ramai DM mengatakan mereka pernah dan sedang menghadapi Bell Palsy ini. Ada yang berkongsi tips akupuntur. InsyaAllah saya akan cuba! “Saya kongsi video ini sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan mungkin boleh bantu naikkan keyakinan kepada yang menghidapinya. Jangan risau sangat, jangan stres! Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha.

“Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riyak bila kita diberi rezeki kesihatan yang mantap, body yang mantap, muka yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana!.

“Saya akan cuba kongsi lebih video dan perkembangan tentang saya ya kalau larat… maklumlah dah nak masuk 39 minggu kehamilan,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sesuatu Terjadi Pada Otot Muka. Faye Kusairi Dedah Sesuatu Telah Berlaku Kat Otot Mukanya Dan Memerlukan Rawatan Dengan Pakar Neurologi

Pelakon Faye Kusairi berdepan saat cemas apabila tiba-tiba mendapat Bell Palsy iaitu kelmpuhan otot muka, Jumaat lalu.Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu bagaimanapun bersyukur setelah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad.

Menurut Faye, semasa kejadian, dia sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka sebelah kanannya kejang.“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.

“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, namun masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka di bahagian kanan saya lmpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi.“Sekarang saya dapat menggerakkan sedikit otot muka saya. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Bell Palsy merupakan sejenis kelmpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simpton lazim akibat sakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.Sebelum ini, beberapa selebriti ternama pernah dikaitkan dengan sakit ini, antaranya, Slyvester Stallone, Pierce Brosnan, Angelina Jolie, George Clooney, Rano Karno, Nita Thalia dan Sam Bailey (Pemenang X Factor 2013).

Sakit berkenaan boleh terkena sesiapa termasuk kanak-kanak tetapi kebiasaannya mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun.Faye yang kini sedang hamil 38 minggu turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan rapat dan keluarganya yang sentiasa mengambil berat tentang keadaan dirinya sepanjang berada di dalam wad hospital.

“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah.“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” katanya menerusi status dalam Instagramnya. – K! ONLINE



Loading...
loading...


Mahu tamatkan sengketa, Faye Kusairi teringin jumpa Elly Mazlein

SETELAH sekian lama ‘berlaga angin’ pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa syukur akhirnya kemelut antara suaminya, Azmi Hatta dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein sudah berakhir.Faye, 32, berkata dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sudi berdamai demi masa depan anak penyanyi itu dengan suaminya, Putri Sara Sepfhia.

“Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan.”Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi,” kata Faye ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Elly dan bekas suaminya, Azmi berdamai demi anak mereka.Faye diminta mengulas mengenai luahan rasa syukur Elly Mazlein apabila Azmi berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Sefhia yang kini berusia dua tahun.Tambah Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, dia sangat gembira sekiranya dia juga dapat berjumpa dengan Elly dan Sefhia.

Malah, dia tidak akan pernah berhenti mendoakan agar hubungan baik mereka itu berpanjangan sehingga akhir hayat.”Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi.

Faye sambut hari lahir bersama keluarganya.“Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat,” ujarnya.Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu berpisah dan pelakon drama Teratai Kemboja itu mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 15 Oktober 2015.Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Faye masih aktif dalam bidang seni biarpun sudah bergelar ibu.Azmi dan Faye dikurniakan bayi sulung lelaki mereka bernama Alif Azmi pada 9 April lalu.Dalam pada itu, Faye akui kehidupannya agak sibuk selepas bergelar ibu namun dia masih bergiat aktif dalam bidang seni.

“Memang agak sibuk selepas ada anak ni. Tapi Insya-Allah kerjaya seni masih diteruskan.”Cuma belum ada tawaran. Mungkin orang ingat bila dah ada anak dan berkahwin, saya perlahan. Sebenarnya saya masih bergiat aktif juga,” katanya.

Suami bimbang Faye Kusairi aktif ketika hamil empat bulan – “Dia dah masak dengan perangai saya”

MESKIPUN usia kandungan sudah mencecah empat bulan, pelakon Faye Kusairi tetap kelihatan aktif dalam bidang seni, permotoran dan perniagaannya. Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, mengakui suaminya iaitu pengarah Azmi Hatta berasa bimbang dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari.

Faye tetap akan aktif selepas bersalin nanti.“Suami mana yang tak bimbang tapi sebab dia dah masak dengan perangai saya yang tak senang duduk ni. Jadi, dia sentiasa pesan kat saya supaya selalu berjaga-jaga dan elak terlalu aktif la.”Selepas bersalin, Insya-Allah saya tetap akan aktif dalam karier seni jika masih ada tawaran yang diberikan. Begitu juga dengan penglibatan sukan permotoran dan perniagaan.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bekerja dalam masa yang sama menguruskan keluarga yang sememangnya menjadi keutamaan saya,” kata Faye kepada mStar.Sebelum ini, pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Faye bersama suami dan anak lelaki mereka.Dalam pada itu, Faye memberitahu dia mengalami alahan yang sangat teruk pada trimester pertama sehingga menyebabkan berat badan turun sebanyak 4 kilogram.”Sewaktu dalam fasa trimester pertama saja agak teruk alahan yang saya alami tapi sekarang dah masuk fasa kedua, Alhamdulillah semakin baik. Doktor memang ada beritahu setiap pengalaman hamil ada perbezaan.

“Jadi, untuk saya sendiri memang ada perbezaan yang ketara. Dengan Alif dulu, ada juga alahan tapi tidak seteruk sekarang. Saya hilang 4 kilogram semasa trimester pertama,” ujarnya.Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Faye Kusairi dapat anak lelaki pada tarikh ulang tahun perkahwinan

PETALING JAYA: Selain meraikan ulang tahun pertama perkahwinan, pelakon Faye Kusairi dan suaminya, Azmi Hatta turut menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada Isnin, 9 April 2018.Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkongsi berita gembira dan wajah cahaya matanya itu menerusi laman Instagram pada Khamis.

“Bismillahirrahmannirrahim… Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.”Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami.faye berkongsi wajah bayinya di laman sosial.“Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama,” tulisnya.

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.Menurutnya, dia terlewat berkongsi berita tersebut dengan peminatnya disebabkan masih lagi berasa penat selepas melahirkan anak sulungnya.Dalam pada itu, Faye akan mengumumkan nama putera sulungnya dalam masa terdekat dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua.

Faye dan suami turut menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.“Syukur Alhamdulillah, mommy dan baby sihat. Mommy masih lagi penat sikit, tu yang lambat berkongsi.”Maaf ya? Nanti-nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Faye dan suaminya.Faye berkahwin dengan pengarah itu pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan berpisah pada 15 Oktober 2015.


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post