Jangan Buang Sampul Surat, Bungkusan Mengandungi Maklumat Peribadi – Polis

Jangan Buang Sampul Surat, Bungkusan Mengandungi Maklumat Peribadi – Polis

loading...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan tidak membuang sembarangan sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi bagi mengelak digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Jangan Buang Sampul Surat, Bungkusan Mengandungi Maklumat Peribadi – Polis



Mengambil maklum berhubung satu video tular berkaitan maklumat peribadi termasuk nombor telefon yang diperoleh penjenayah melalui bungkusan pembelian barangan secara dalam talian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tiada laporan diterima pihaknya setakat ini berhubung kes penipuan seumpama itu

ARTIKEL MENARIK:Seorang Lelaki Meronta-Ronta Sebelum Ditemui Mati
loading...

Bagaimanapun, kata Zainuddin, pihaknya memberi jaminan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan akan diambil sekiranya ada laporan diterima.

“Dalam video itu, suspek memperoleh maklumat peribadi mangsa seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah daripada bungkusan kiriman barang yang dibuang oleh mangsa ke dalam tong sampah di tempat awam.

“Suspek menghubungi dan mengganggu mangsa dengan menggunakan nombor telefon berlainan bertujuan bagi mendapatkan wang. Seterusnya, suspek ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran dan memaklumkan kepada ahli keluarga mereka yang berada di rumah untuk membuat pembayaran terlebih dahulu kerana barang dipesan belum dibayar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, bagi meyakinkan penerima, suspek menggunakan kaedah sama seperti pekerja syarikat penghantaran lain iaitu penerima perlu mengimbas kod bar sebelum barangan diserahkan sebagai bukti penerimaan.

“Kaedah pembelian secara dalam talian menjadi tren masyarakat pada masa kini kerana ia menjimatkan masa dan harga ditawarkan adalah lebih murah.



Loading...
loading...


“Namun orang ramai dinasihatkan supaya memastikan pembuangan sampul surat atau bungkusan mengandungi maklumat peribadi dilakukan secara selamat bagi memastikan ia tidak digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan,” jelasnya.

Katanya, jika membuat pembelian barangan secara dalam talian dan barang itu perlu dihantar ke rumah, pesan kepada ahli keluarga yang berada di rumah berkaitan butir syarikat penghantaran dan status bayaran.

“Bagi ahli keluarga yang berada di rumah pula, jangan sewenang-wenangnya membuat pembayaran terhadap barangan yang dihantar sebelum mendapatkan pengesahan daripada individu yang membuat pesanan.

“Masyarakat digesa supaya membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan modus operandi berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya. – Utusan


Kredit - Suara TV



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post