JOHOR BAHRU – Penghuni Flat Tasek 64, Seri Alam di Masai di sini mendakwa diganggu makhluk halus menyerupai seorang wanita berambut panjang berpakaian serba putih pada minggu lalu.
Operator kilang, Norhashimah Mahussin, 40, mendakwa, kejadian itu dialami cucunya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu selepas melihat wanita berpakaian putih lalu di koridor.
ARTIKEL MENARIK:Bau Busuk Selepas Ketukan Pintu
“Wanita itu macam hendak pegang dia (cucu), jadi dia menjerit dan menggigil ketakutan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Norhashimah berkata, dua hari kemudian, cucunya diganggu pula lembaga hitam yang didakwa melompat dalam salah sebuah bilik rumah sewa yang dihuni mereka sejak empat tahun lalu.
Selain jelmaan itu, kanak-kanak tersebut turut mendengar bunyi ketukan dan cakaran pada tingkap bilik.
“Selepas kejadian itu, cucu saya demam hingga hari ini. Saya ada maklumkan kejadian ini dalam kumpulan WhatsApp penduduk, rupanya ada penduduk lain alami pengalaman sama,” katanya.
Norhashimah berkata, dia mendedahkan kejadian itu bukan untuk menakutkan penduduk sebaliknya meminta mereka supaya berwaspada.
sebelum ini melaporkan penduduk di Kampung Melayu Majidee di sini mendakwa diganggu ketukan pintu yang dilaporkan berlaku antara pukul 1.30 pagi dan 3.30 pagi.
Di Shah Alam, kejadian gangguan ketukan dan berlari atas bumbung rumah di Pandamaran Jaya, Klang didakwa dilakukan mahkluk halus digelar Anggau.
Entiti itu merupakaan belaan seseorang yang telah mati dan merayau mencari tuan baharu.
Pengamal perubatan tradisional, Dr. Abdul Rahman Tan mendakwa, mahkluk itu akan terus melakukan gangguan sehingga mendapat pengganti.
Anggau merupakan lembaga hitam dan mempunyai wajah seiras tuan lamanya.
kredit kosmo via Kartel Dakwah
Post a Comment