PETALING JAYA – Bapa kepada pendakwah Da’i Syed, Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail memohon agar anak lelakinya itu diberikan kekuatan iman saat berdepan dengan tuduhan serangan seksual dan rogol daripada beberapa mangsa wanita.
Syed Jamalullail menerusi perkongsian di Facebook miliknya kelmarin berkata, hanya kekuatan iman yang paling penting ketika berdepan dengan sebarang ujian.
ARTIKEL MENARIK:Suhaimi Saad luah tak rasa puas hati, sekali kumpulan nasyid Inteam dedah apa yang terjadi
Beliau yang kini berada di Mesir turut memohon kepada saudara seagama agar sedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan diniatkan kepada anaknya.
“Saya mohon dari saudara se-Islam saya yang dimuliakan Allah untuk sedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan diniatkan untuk anak saya, Iqmal dan juga pelapor supaya dikuatkan iman saat mereka diuji.
“Hanya kekuatan iman yang paling penting ketika ini untuk berdepan dengan semua. Pasti Allah akan membersihkan hamba-Nya sebersih-bersihnya jika dia menjalani dengan iman teguh,” tulisnya.
SYED MOHAMMAD SHAIFUL
Lelaki itu juga menyerahkan segalanya di tangan Tuhan untuk menentukan sama ada anaknya, Da’i Syed atau nama penuh, Syed Shah Iqmal benar-benar bersalah ataupun tidak.
“Sesungguhnya, sebaik-baik hukuman daripada-Nya adalah balasan di dunia sebelum dihadapkan di Yaumul Mahsyar.
“Sabda Rasulullah, seorang mukmin akan pasti diberi ujian. Sehinggalah dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun, hadis riwayat Bukhari,” tulisnya lagi.
Pada 24 November lalu, Syed Jamalullail tampil bersuara memberi maklum balas terhadap isu yang melibatkan anaknya sambil memberi nasihat agar pendakwah muda itu tidak mempergunakan agama untuk menutup segala kejahatan.
Setakat semalam, tujuh laporan polis telah diterima melibatkan Da’i Syed.
Sebelum ini, pendakwah muda kelahiran program realiti keagamaan itu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung laporan polis kes rogo
kredt kosmo
Kredit -
Post a Comment