Untuk yang mengikuti perkembangan pelakon ‘gila-gila’ Sharifah Sakinah ataupun lebih mesra dipanggil Kina, pasti sudah mengetahui bahawa Kina kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama dengan seorang jejaka yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen.
Update terkini, pelakon itu dikatakan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada 28 Mei tahun depan!
ARTIKEL MENARIK:Hael Husaini tayang banglo 3 tingkat. Sekali jiran dia komen, terkantoi terus apa Hael selalu buat
“Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama”
Namun di sebalik kehangatan percintaan pasangan dua sejoli itu, timbul pula dakwaan menuduh pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang.
Ini kerana ada cerita yang timbul dalam pelbagai versi yang kurang enak didengar mengenai hubungannya bersama dengan kekasih Sweden nya itu.
Tidak mahu disalah anggap, Sakinah menegaskan, dia paling pantang ‘mencaras’ dan berkata dia masih waras dan teguh dengan prinsip hidupnya tidak mengambil suami orang.
“Saya tak boleh nak mengenal lelaki yang masih berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu”
“Saya kenal Hansen sudah bergelar duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia”
Sakinah juga turut menyelar netizen-netizen yang suka membuat andaian.
“Netizen suka membuat tuduhan melulu kononnya Hansen sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya. Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan”
Dalam pada itu, Sakinah turut mendedahkan bahawa kekasihnya itu sudah mula sibuk menguruskan dokumen pernikahan mereka.
“Apabila merancang mahu berkahwin, Hansen kena uruskan beberapa urusan membabitkan dokumen perceraian bersama bekas isteri.”
It’s okay Kina, pedulikan cakap-cakap orang okay!
kredit hot via Kartel Dakwah
Post a Comment