Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Illi Najwa berjaya menambat hati Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar dan telah berkahwin pada awal Disember ini.
Perkara tersebut tular di media sosial dan ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Kahwin dalam upacara Punjabi buat ramai keliru status agama, ini bakal tindakan kerajaan kpd Najwa yg berkahwin dgn kapten pasukan hoki India
Cetus kemusykilan orang ramai
Namun begitu, terdapat beberapa kemusyikilan telah tular di internet berkenaan status agama pasangan tersebut setelah beberapa gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di India dikatakan berjalan dalam upacara Punjabi.
Tiada sebarang permohonan tukar agamaOleh hal yang demikian, menerusi Harian Metro, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil sekembalinya ke Malaysia.
Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.
“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.”Ulasnya.
Dikatakan suami sudah peluk Islam tahun lalu
“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita
berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di
media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan
sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”
“Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri.” Katanya.
“Bersangka baik wanita itu masih Islam”
Selain daripada itu, Ahmad Marzuk Shaary juga mengulas berkenaan majlis
resepsi yang dijalankan apabila mendakwa ia bercanggah dengan ajaran
Islam serta mempunya unsur agama lain.
“Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.
Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Manpreet, 28, dilihat mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin Punjabi serta dihadiri oleh ahli keluarga pihak lelaki.
Kapten Hoki India
Sumber dalaman Persekutuan Hoki Antarabangsa mengesahkan bahawa Illi Najwa melakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Disember untuk bersama kekasihnya.
“Ketika sekatan perjalanan antara India dan Malaysia kembali reda baru-baru ini, dia berjaya mendapatkan penerbangan ke New Delhi selepas mematuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan,” menurut sumber itu.
Pasangan itu pada awalnya merancang majlis perkahwinan mereka pada 30 Disember serentak sambutan hari lahir Illi Najwa namun akhirnya memilih 2 Disember atau 02/12/20 apabila dihitung akan berakhir dengan tujuh serta membawa makna nombor jersi yang dipakai Manpreet.
Illi Najwa bekerja di sebuah universiti swasta di Malaysia dengan bertugas mengawal perancangan, pengembangan perniagaan dan aktiviti pengambilan pelajar di pasaran Asia Selatan.
Ibunya, Masita pernah bermain hoki mewakili Angkatan Tentera Malaysia.
Tertarik dengan tingkah laku sopan Illi Najwa
Manpreet kali pertama bertemu Illi Najwa yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai pasukan remaja India pada saingan Piala Sultan Johor 2012.
Difahamkan mereka kerap berhubung apabila Manpreet kembali mengetuai pasukan kebangsaan India pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.
“Manpreet tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi Najwa, ketika dia menikmati hidangan capati di rumah keluarga wanita itu pada tarikh kedua mereka bertemu.”
Manpreet dilahirkan pada 26 Jun 1992 dilantik sebagai kapten India sejak Mei 2017.
Pemain yang beraksi di barisan pertahanan itu melakukan penampilan pertama untuk pasukan India pada 2011 ketika berusia 19 tahun dan dinamakan Pemain Remaja Terbaik Asia pada 2014.-HM
Rakaman video acara resepsi perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab yang cetuskan persoalan.
Najwa Mohon Maaf
Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini memohon maaf atas kekhilafannya.
“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.
Bagaimanapun, gadis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup.
Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.
Tegas Illi, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.
“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.
Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim) via mediakita
Post a Comment