Berdosa Ke Julur Kaki Ke Arah Kiblat? Adakah Ia Dikira Sebagai Kurang Ajar?

Berdosa Ke Julur Kaki Ke Arah Kiblat? Adakah Ia Dikira Sebagai Kurang Ajar?

loading...

Kiblat merupakan arah manusia ketika menunaikan solat. Ia adalah arah yang menyatukan seluruh umat Islam dengan menjadikan Kaabah sebagai panduannya.

Berdosa Ke Julur Kaki Ke Arah Kiblat? Adakah Ia Dikira Sebagai Kurang Ajar?



Orang tua-tua selalu pesan jika ingin baring atau rehat pastikan jangan melunjur kaki ke arah kiblat. Jadi persoalannya terdapatkah dalil yang menyebut tentang larangan ini atau ini hanya adab atas tujuan menghormati?

ARTIKEL MENARIK:Hukum Memakan Daging Yang Disangkakan Halal Kemudian Berlaku Syubhah – Pejabat Mufti WP
loading...


Dalam hal ini sebenarnya tiada dalil yang menyebut larangan melunjur kaki ke arah kiblat

Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin menyebut – “Tidak ada dosa bagi orang yang tidur sementara kakinya ke arah kiblat. Bahkan, sebahagian ulama mengatakan: “Sesungguhnya orang yang sakit, yang tidak mampu berdiri atau duduk, maka dia boleh menunaikan solat sambil berbaring dan wajahnya menghadap ke arah kiblat. Jika tidak mampu, dia boleh menunaikan solat sambil terlentang dan kakinya ke arah kiblat.” (Fatwa Ibnu Utsaimin, 2:976)

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik juga menyebut bahawa dibolehkan untuk menjulurkan kaki ke arah kiblat.

Bagaimanapun, sebahagian ulama ada yang berpendapat bahawa hukumnya dimakruhkan. Hal ini kerana kiblat adalah arah untuk umat Islam menunaikan solat. Jadi, ia perlu dimuliakan dan dihormati. Ia adalah disebut dalam beberapa kitab seperti Tabyin Al-Haqaiq dan dipersetujui Imam Zarkasyi.



Loading...
loading...



Bagaimanapun, sebahagian ulama lain berhujah bahawa ia adalah dilarang hanya ketika Kaabah berada di hadapan. Secara mudahnya, dilarang menjulur kaki ke arah kiblat jika anda sedang berada di Kaabah.

Dr Ali Jumaah berkata – “Dengan dinisbahkan kepada dua tapak kaki pada arah kiblat, aku belum menemui nas pada Quran dan Sunnah yang melarang. Maka, tidak adalah dalil pengharamannya. Kecuali, ia adalah adab pada sebahagian solihin yang dipegang kerana segannya mereka kepada Allah dengan tidak meluruskan kaki ke arah Kaabah.” (Fatwa Dr. Ali Jumaah)

Yang dilarang adalah menghadap atau membelakangi kiblat ketika membuang air atau di dalam tandas.

لا ØªØ³ØªÙ‚بلوا Ø§Ù„قبلة Ø¨ØºØ§Ø¦Ø· Ø£Ùˆ Ø¨ÙˆÙ„ ÙˆÙ„ا ØªØ³ØªØ¯Ø¨Ø±ÙˆÙ‡Ø§

Maksud: “Janganlah menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air besar dan buang air kecil.” (Syarah Zakarsyi, 1/533)

kredit zayan via Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post