Ketika dunia masih lagi bergelut untuk menangani pandemik COVID-19 yang menjadikan tahun 2020 penuh cerita duka, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran 2021 mungkin menjadi tahun yang lebih teruk.
Menurut Forbes, beberapa pegawai tinggi di PBB berkata, 2021 mungkin menjadi paling teruk dalam sejarah jika mengambil kira dari sudut bencana kemanusiaan sejak 75 tahun penubuhannya.
ARTIKEL MENARIK:Lepas umumkan pasal duit kwsp kali ni Menteri Kewangan dedahkan tarikh bpn 2.0 akan dibayar pada rakyat. Rupanya ini tarikh Bpn akan diberikan pada rakyat
Jumaat lepas, Pengarah Program Makanan Dunia, David Beasley berkata, 2021 ‘pasti akan menjadi bala bencana’ dan menyebabkan berlakunya bencana kemanusian paling dahsyat pernah disaksikan dengan masalah kebuluran ‘mengentuk pintu’ setidak-tidaknya 12 buah negara.
”Kita tidak mampu untuk menyediakan dana bagi semua perkara, jadi kita perlu menetapkan keutamaan ketika ini.
”Seperti yang anda tahu, situasi sekarang ini seolah-olah ‘ada iceberg di depan Titanic’,” katanya.
Pegawai-pegawai ini juga menyuarakan kebimbangan dengan situasi negara-negara miskin yang mana dilihat ketinggalan dalam persaingan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Dalam perkembangan yang berbeza, Koordinator Bantuan Kecemasan dan Hal Ehwal Kemanusian PBB, Mark Lowcock berkata, pihaknya membentangkan kepada PBB satu ‘perspektif paling kelam dan paling gelap dari sudut bantuan kemanusiaan dalam tempoh masa yang ditetapkan’ menjelang 2021.
Menurut beliau, impak ekonomi akibat COVID-19 sudahpun menyebabkan jutaan penduduk dunia jatuh miskin dan turut memberi amaran, beberapa konflik yang berlaku serta perubahan iklim boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Dianggarkan, sekitar 250 juta penduduk dunia memerlukan bantuan kemanusian tahun depan, peningkatan kira-kira 40 peratus berbanding tahun ini.
Lowcook berkata, dunia juga perlu diberi amaran mengenai kesan akibat kebuluran pada 2021 dimana keadaan itu boleh mencetuskan peperangan di beberapa kawasan.
PBB setakat ini sudahpun mengeluarkan dana sebanyak USD 100 juta bagi menangani masalah kebuluran di beberapa buah negara antaranya Afghanistan, Burkina Faso, Kongo, Nigeria, Sudan Selatan dan Yamen yang menjadi negara penerima bantuan paling besar, sebanyak USD 30 juta.
Banyak kawasan di negara-negara ini sudah sekian lama menghadapi masalah jaminan sumber makanan dan kehadiran COVID-19 menyebabkan malapetaka lebih besar menimpa.
Sumber: Forbes via Siakap Keli
Post a Comment