Susulan daripada persembahan Noraniza Idris dalam Separuh Akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu lalu yang mendapat kritikan ramai di media sosial,
penyanyi Aishah tampil mempertahankan rakan seangkatannya itu.’Menerusi hantaran di laman Instagram, Aishah meluahkan rasa kecewa apabila Noraniza teruk dikritik apatah lagi komen-komen yang diberikan tersebut bukanlah dari mereka yang sememangnya arif dalam bidang nyanyian. Malah pelantun Janji Manismu ini turut terkejut kerana Noraniza menerima nasib yang sama dengannya.
ARTIKEL MENARIK:Micheal Ang lantang kritik persembahan Noraniza Idris di GV7 , sekali penyanyi ini mahu bersemuka
Tegas Aishah, perjalanan di dalam GV bukanlah mudah kerana jiwa dan hati perlu kental untuk meneruskan pertandingan. Nasihatnya lagi, tidak mengapa jika tidak menyukai sesebuah persembahan itu namun teguran yang diberi haruslah beradab sebagai tanda menghormati karya dan bakat penyanyi.“Tak suka takpe,tapi beradablah sikit,orang yang diumpat tu ada suami,ada anak-anak ada famili.Tak suka,pergilah toilet ke,makan ke apa ke masa dia menyanyi.Kalau tak pun,tutup saja tv tu,atau tukar siaran”
“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah,kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang.Yang tak pernah lalui takkan tahu.Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing karyawan kita sendiri.Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun mcm Tok Ram kata macam’hauk’.tapi orang kita agung-agungkan.Some respect please for our talents,carilah kebaikan setiap orang itu,kerana kita pun perfect sangat ke? Sila muhasabah diri.Jangan kita muflis pahala di padang mahsyar disebabkan dosa yang mengalir” tulis Aishah
Sebelum ini, Aishah juga berdepan dengan situasi yang sama apabila dikritik oleh segelintir warganet selepas diberi mandat oleh Dato Sri Siti Nurhaliza untuk membawakan lagu nya, Aku Bidadari Syurgamu di pentas separuh akhir muzik-muzik (SFMM35) baru-baru ini.” Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”
Itu luahan bintang Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris yang kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, berkata, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif warganet namun kritikan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu.
” Saya tidak akan baca komen ngatif ditulis warganet, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.” Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya.Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa D0sa itu telah melukakan hati ahli keluarganya.
” Saya boleh terima komen ngatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan mruah saya dan keluarga.” Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kri1tikan ngatif daripada pengarah tersebut.
Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.” Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau mnangis (bila diri dikritik). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia!
Saya mahu bersemuka dengan awak!” Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.” Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Truk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang?
” Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.” Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan warganet dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.
” Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa.” Bila saya baca komen ngatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” ujarnya.Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.
Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.” Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.
Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Tular.Sumber : murai.my
Isu Noraniza Idris Kesal Dengan Sikap Michael Yang Memberi Kritikan Pedas Terhadap Persembahannya. Ini Komen Padu Dari Michael Sendiri Selepas Noraniza Ajak Dia Untuk Bersemuka
SUSULAN memberi kritikan pedas terhadap persembahan Noraniza Idris, pengarah Michael Ang bersedia untuk bersemuka dengan peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu.Bukan hanya Noraniza Idris, Michael, 44, berkata, semua peserta program tersebut juga menerima kritikan sekiranya membuat persembahan tidak bagus.
Tegas Michael, seorang selebriti itu sepatutnya sudah bersedia berdepan dengan segala kritikan sebaik sahaja menyertai pertandingan realiti. Sebelum ini, Noraniza luah rasa kesal dengan sikap Michael yang memberi kritikan pedas terhadap persembahannya.
“Saya tak ada masalah nak jumpa tapi saya akan cakap benda sama. Dia menyanyi lagu tradisonal memang bagus tapi untuk lagu genre lain.“Bukan saya seorang yang komen macam itu, ramai warganet buat benda yang sama. Saya komen berdasarkan persembahan dia… kalau tak bagus, saya cakap tak bagus dan sebaliknya.
“Saya ada juga beri kritikan kepada peserta GV7 dan program realiti lain, kalau tak boleh terima kritikan jangan masuk pertandingan realiti.”Saya manusia biasa dan saya komen sebagai diri saya, bukan sebagai seorang pengarah atau orang yang dikenali,” kata Michael ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Michael sebelum ini lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta GV7 di Twitter dan Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan daripadanya.Sehubungan itu, Noraniza meluahkan rasa kesal dan berhasrat ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.
Menerusi laporan mStar pada Isnin, Noraniza memberitahu apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu telah melukakan hati ahli keluarganya.Dalam pada itu, Michael turut berasa terkilan dengan kenyataan seorang pengguna akaun Facebook yang mengatakan dia memeluk Islam untuk meraih populariti.
Michael memuat naik status individu yang menduhnya memeluk Islam kerana populariti.Biarpun tidak mengetahui individu disebalik akaun yang tinggalkan status itu di laman Facebook Noraniza, namun Michael menganggap perihal melibatkan agama merupakan isu sensitif.
“Saya tidak mahu mengata mana-mana pihak tapi status yang mengata saya masuk Islam semata-mata nak popular itu daripada akaun Facebook dia (Noraniza).”Kalau betul saya masuk Islam nak popular, lebih baik dari awal saya tayang video saya ucap kalimah syahadah. Saya tidak marah tapi saya terkilan dengan status tersebut.”Nak kritik saya ini gemuk ke tak sedar diri ke, tak apa. Tapi jangan libatkan agama dan ibu bapa saya. Tapi, saya dah maafkan individu yang muat naik status itu,” ujarnya.
Emosi Agak Terganggu Engan Komen Negatif Michael Ang. Noraniza Idris Ajak Michael Ang Untuk Bersemuka Gara Gara Komen Tersebut
BINTANG Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris meluahkan rasa kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.
Menurut Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif warganet namun kritikan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu. Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu telah melukakan hati ahli keluarganya.
“Saya tidak akan baca komen negatif ditulis warganet, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.Antara komen pedas yang dilontarkan oleh Michael Ang terhadap Noraniza Idris.
“Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya. Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”Saya boleh terima komen negatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh menclarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.
Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kritikan negatif daripada pengarah tersebut.Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.
“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis (bila diri dikritik). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia! Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.”Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.
“Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia
bukan warganet dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam
itu.”Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat,
kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam itu, saya
akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,”
ujarnya.
Noraniza bersyukur mara ke final GV7.Sementara
itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah
ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.Kata Noraniza,
walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini
namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran
untuk penyanyi lama.
“Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.
Selepas Ustaz Kata Tak Haram. Akhirnya Michael Ang Nekad Buat Keputusan Untuk Lakukan Benda Ini Selepas 10 Tahun Botak.
Pengarah dan penerbit, Michael Ang memaklumkan keputusan untuk menanam rambut dibuat selepas 10 tahun kepalanya ‘botak’. Menurut Michael proses menanam rambut itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang ketidakselesaan.
“Sebenarnya dah lama nak tanam rambut iaitu selepas rambut di bahagian atas kepala saya semakin berkurangan. Sebelum bahagian botak itu lebih luas, saya pun mengambil keputusan untuk menanam rambut. Lagipun, sekarang masa yang sesuai kerana saya sedang bercuti rehat lebih kurang seminggu di rumah sebelum memulakan penggambaran drama baru. Proses menanam rambut mengambil masa selama 10 jam dan saya buat selepas diberi jaminan ia tidak menyakitkan. Ternyata ia tidak menyakitkan dan tiada rasa tidak selesa. Malah rupa saya pun tak berubah seperti selebriti lain yang pernah melakukan rawatan ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi melalui panggilan telefon.
Terdahulu, Michael memuat naik sekeping foto yang menunjukkan bahagian kepalanya yang telah ditanam semula rambut. Kata Michael lagi, sebagai seorang yang beragama Islam dia ada meminta nasihat seorang ustaz mengenai hukum menanam rambut. Saya bersetuju untuk melakukan rawatan ini selepas ustaz itu memberitahu ia tidak haram dan dibenarkan. Rawatan yang saya lakukan tidak haram kerana saya hanya menanam rambut saya sendiri yang dicabut dari bahagian belakang kepala,” jelasnya. Michael berharap rawatan tersebut menjadi dan seperti yang dijanjikan ia akan menampakkan hasilnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.
“Saya difahamkan, selepas sebulan rambut saya akan tumbuh dan rambut yang ditanam itu akan gugur sebelum tumbuh rambut baru dalam masa 6 bulan lagi. Siapa tak nak nampak sempurna, saya harap selepas setahun saya sudah boleh dapatkan rambut yang tumbuh sekata dan normal,” tambahnya lagi. Mengenai perkembangan lain, Michal bakal memulakan penggambaran pada 9 Disember ini untuk Mega Drama di Astro Ria berujudul Love Elsa.
Michael Ang Marah Apabila Warganet Kerap Berkata Sesuatu Ini Sehinggakan Sanggup Direct Message. Dia Akui Dia Suka Berkongsi Gambar OOTD Di Laman Sosialnya.
Pengarah Michael Ang meluahkan rasa marah apabila warganet mempersoal tindakannya yang gemar berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) yang dipakainya di media sosial. Menurut Michael, dia menerima banyak mesej peribadi daripada warganet di media sosialnya memintanya untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah terutamanya melakukan amal jariah kepada golongan yang terkesan ketika pandemik Covid-19 ini.
“Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain. Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.
Menurut Michael lagi, tiada sebab untuk dirinya menayangkan segala bentuk kebajikan yang dilakukan selama ini. “Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik? Kalau nak derma itu antara dengan Allah. Kalau betul ikhlas, betul xde maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?” katanya.
Menurut Michael lagi, dia memohon agar orang ramai tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak melihat kebaikan seseorang di media sosial,”Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Intagram, DM. Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!” pesannya.
Video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah mencatat lebih 61,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan Michael. Bahkan, meminta agar dirinya tidak mengendahkan sebarang kritikan sedemikian.
“Mike, henti layan benda-benda macam ni, takkan habis dan anda yang jadi gila nanti, kesian awak. Sabar Mike, cubaan…ramai mata merah pasal kay mampu mereka tidak, tu pasal iri hati dah timbul mereka ini,” komen sebahagian pengikutnya.
Michael Ang Pernah Fikirkan Covid-19 Ni Adalah Propa. Akhirnya Disebabkan Ini Baru Dia Percaya.
Pengarah dan pelakon popular Michael Ang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin. Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik. Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.
Ini Yang Terakhir. Lepas Uqasha Senrose Buat Perkongsian Macam Tu. Ini Reaksi Mengejut Dari Michael Ang Buat Warganet Terkedu.
Ini yang terakhir. Lepas Uqasha Senrose buat perkongsian macam tu. Ini reaksi mengejut dari Michael Ang buat warganet terkedu. Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran. Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.
“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama. “Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah! “Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya. Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir. “Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.
“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.
Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama. Sumber: Instagram Michael Ang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -
Post a Comment