Bapa Muda “Naik Hantu” Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

Bapa Muda “Naik Hantu” Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

loading...

Subang Jaya: Bayi perempuan berusia 20 bulan parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini, petang hari ini.

Bapa Muda “Naik Hantu” Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan



Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4 petang ketika mangsa dan suspek berada di rumah.

ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara Kekasih Mahu Putuskan Hubungan, Remaja Kelar Diri Sendiri Dengan Pisau
loading...


“Suspek yang berusia 27 tahun dikatakan mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam anak perempuannya itu.

“Sepasukan polis yang menerima maklumat daripada ahli keluarga mangsa kemudiannya bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abd Khalid berkata, ujian saringan awal air kencing akan dilakukan bagi memeriksa sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.



Loading...
loading...


“Kanak-kanak berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Polis juga merampas sebilah pisau pemotong roti yang digunakan untuk menikam mangsa,” katanya.

kredit harian metro Kartel Dakwah




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post