“Awak nak saman saya? Kerjalah..” Dibidas Aliff Syukri, Ini Penjelasan Terbaru Wani Chomel

“Awak nak saman saya? Kerjalah..” Dibidas Aliff Syukri, Ini Penjelasan Terbaru Wani Chomel

loading...

Semalam telah berlangsung satu sidang media yang diadakan oleh seorang gadis Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

“Awak nak saman saya? Kerjalah..” Dibidas Aliff Syukri, Ini Penjelasan Terbaru Wani Chomel



“Cerita asalnya saya jatuh. pada tahun 2017 masa tu saya demam. Saya bangun nak ke bilik air saya dah tak boleh bangun dah. Sejak daripada tu saya tak boleh berjalan hingga 2019.

ARTIKEL MENARIK:“Kalau You Ada RM500, Mak You Ada Berapa?”Rasa Tekanan Hidup, Sarah Dedah Pernah Hidup Susah Dengan Shuib
loading...


“Lepas hari raya 2019 saya bertemu dengan wakil daripada syarikat kosmetik tu. Saya nak betulkan kat sini, bukan saya yang cari mereka, tapi mereka yang cari saya. Mereka tahu pasal saya melalui akhbar Sinar Harian.

Menurut Wani, dia telah didatangi usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

“Selepas buat pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.

“Tetapi saya tak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut,” kata Wani dalam sidang media bersama peguamnya siang tadi.

Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani pembedahan bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.

“Segala rekod kesihatan selepas saya menjalani pembedahan dipegang pihak usahawan tersebut dan saya tak tahu status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan, tapi saya tak terima apa-apa bantuan pun.

“Saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlibat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.

Pada sidang media itu, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya telah dimarahi hanya kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain. Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikecam dan dicaci netizen dengan tuduhan tidak berasas.

“Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya.

Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menuntut pampasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.

Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Sementara itu dalam dua entri yang dimuat naik ke Instagram miliknya, Datuk Sri Aliff Syukri seperti sudah mengagak dengan apa yang berlaku di sidang media.

Menurut Aliff Syukri, dia menyimpan segala bukti sejak hari pertama dia bertemu dengan Wani.

“Alhamdulillah. Saya tunggu-tunggu juga akhirnya hari ni berlaku. Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau. Tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang.

“ikut hati nak jawab juga hari ni tapi tak ada persediaan dari segi masa biar anda sendiri menilai dan kami tahu siapakah punca perkara ini,” tulis Aliff.

Tambah Aliff, dia akan menjawap semua persoalan dengan segala maklumat yang ada di dalam perjanjian tersebut. Dia juga memohon supaya semua orang mendengar dari kedua-dua belah pihak.

“Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah, serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu”,” tulis Alif Syukri lagi.

Video sidang media Wani Chomel

Video penjelasan terbaru Wani Chomel



Loading...
loading...


Menerusi satu muatnaik terbaru di laman Facebook, Wani telah berkongsi penjelasan menerusi tangkap layar dan video.

Disini ingin saya jelaskan hal2 yg berkait kisah hidup saya Wani Come!

1) Saya bukannya manusia yg tidak bersyukur seperti yg netizen kecam.Apa yg saya ketengahkan adalah hak saya.

Jangan kerana nampak saya boleh berjalan dan terus nak menghukum kata saya tidak bersyukur. Org luar tidak tahu cerita sebenar keadaan diri saya. Hanya nampak saya di media sosial dgn pihak sana. Hakikatnya realitinya jauh panggang dari api

2) Tiada mana2 pihak yg mempengaruhi saya untuk tampil dan berkongsi kisah pada hari ini. Saya tampil disebabkan maruah did saya dan keluarga yg semakin hari dihina, dikecam dan kami sekeluarga merasakan diri kami dipergunakan dan diambil kesempatan.

3) Saya hidup susah dan terikat dengan kontrak yg saya sendiri tidak tahu isi kandungannya sehinggalah pihak dari sana dtg tampil berjumpa dengan saya dan bed pada saya kontrak tersebut sebelum mereka mengoyakkannya. Hanya pada masa itulah saya dapat membaca isi kandungan kontrak tersebut dengan mencantumkan cebisan kontrak yang dikoyakkan

4) Jika ditanya kenapa dan mengapa saya menerima pelawaan pihak dari sana adalah kerana janji-janji mereka utk bantu mengubah kehidupan saya dan keluarga saya. Saya hanya mengenangkan mak saya yg dah tua dan tidak sihat.

Oleh kerana itu, saya fikirkan apabila menerima pelawaan dan ditawar peluang seperti ini daripada pihak sana, saya dpt bantu untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga yg susah.

Akan tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Saya hanya diberikan duit bayaran selepas buat content sahaja. Manakala jumlah yg saya terima terakhir bulan Julai sebanyak RM350.00 secara tunai. Semua bayaran adalah secara tunai.

5) Pihak sana ada melontarkan kenyataan bahawa saya tidak buat kerja sedangkan semua bukti kerja saya ada pada media sosial dan saya juga disuruh untuk membuat pelbagai gaya, kata-kata dan aksi utk menjayakan tiap satu video. Terniasuklah video terdapat insiden saya menangis merayu-rayu yang kononnya saya meminta bantuan dad pihak sana. Saya tidak tahu apa-apa tujuan video tersebut_ Saya turutkan saja pennintaan mereka tanpa meragui tujuan sebenar mereka.

6) Berkaitan pembedahan pula.Ya, saya dibawa ke hospital utk menjalani pembedahan dan saya tidak pemah sama sekali mendapat atau melalui sebarang rawatan susulan di hospital selepas pembedahan. Saya tak pemah tengok laporan atau rekod perubatan saya. Selepas dari saya buat pembedahan tersebut tiada pihak atau wakil yg bertanya tentang keadaan dan kesihatan saya temiasuklah kesusahan hidup saya sekeluarga. Sehingga ke had ini, bahagian perut saya akan merasa sakit dan pedih apab)a saya makan dan nak tidur. Manakala hidup saya dan keluarga pula masih susah dan tiada apa yg berubah. Bagaimana saya nak sara hidup saya dan mak sentiasa bermain difikiran dan pelbagai altematif saya fikirkan tetapi terhad pada sumber yang saya ada. Saya tinggal di kampung jauh pendalaman, hatta untuk keluar ke pekan yang paling hampir pun masih jauh. Saya pernah terfikir alternatif seperti membuat ‘online review’ namun dalam masa yang sama saya khuatir tindakan tersebut akan melanggar kontrak. Jadi saya batalkan hasrat tersebut kerana memikirkan saya masih terikat dgn kontrak. Saya juga telah diarahkan utk tidak bercakap dgn sesiapa saja berkenaan hal yg berkait dengan kontrak.

7) Saya dikecam pemalas, pengotor dan banyak lagi kecaman yang dihamburkan pada saya. Anda semua kini dah tahu apa yg saya lalui dan tiada faedahnya bagi saya jika menipu. Saya tak dpt apa-apa manfaat pun. Jika saya dapat undur masa kembali, saya akan pilih untuk tidak melalui semua ni.

Saya sedih kerana maruah diri saya dan keluarga dihina2 dan diinjak sewenangnya. Ya memang kami orang miskin dan susah. Hingga terdapat masa kami tiada sumber kewangan langsung walaupun untuk mengalas perut. Saya tak pernah meminta-minta pada orang ramai.

Kesusahan saya tidak pernah pihak sana endahkan. Mereka hanya dtg apabila mereka mahukan saya buat video bagi tujuan ‘content’ utk produk mereka. Saya tiada jalan lain dan terpaksa meminta bantuan NGO utk membantu saya dalam hal ini. Pihak NGO datang berjumpa saya dan mereka sendiri menyaksikan sendiri keadaan dhaif saya. Mereka telah membuat keputusan pada masa tersebut untuk berjumpa dgn orang-orang kampung bagi menyiasat kisah dan hal berkenaan saya.

8) Secara jujur saya tidak minum produk tersebut sebagai rutin harian. Saya hanya minum produk tersebut didepan kamera saja. Selebihnya saya sendiri kawal pemakanan saya atas usaha saya sendiri. Macam saya katakan. Jika saya dpt undurkan kembali masa, saya tidak mahu melalui pengalaman pahit ini. Biarlah keadaan saya mcm dulu. Bila keadaan saya sebegini, saya dilemparkan dgn tuduhan tuduhan rambang yang mengatakan saya tidak kenang budi, kacang lupakan kulit dan macam2 lagi tuduhan tidak berasas.

9)Dan saya lihat ramai yg mengecam saya di media sosial menghina fizikal saya. Pihak peguam yg dilantik NGO utk mewakili saya akan mengambil tindakan pada semua akaun media sosial yg telah melontarkan komentar berbaur hinaan, mengaibkan fizikal, keadaan saya dan keluarga saya. Saya juga akan membuat laporan polls pada mereka yg telah melakukan sedemikian terhadap saya. Urusan tersebut saya serahkan pada pihak yang lebih arif berkenaan hal ini.

10) Terakhir sekali saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yg menghina saya dan mengecam saya dengan pelbagai panggilan.Saya sedar saya org kampung miskin susah dan sebab itu saya layak dihina.Tak apalah..saya serahkan pada Allah Taala..Allah itu tidak tidur.Doa2 insan yg teraniaya tiada hijabnya.Nasihat saya pada mereka diluar sana..janganlah jadi mcm saya yg terlalu naif dan terlalu percayakan golongan yg kaya hingga diri sendiri merana.

11) Saya percaya pada perancangan yg Maha Esa dan saya akan terus berusaha sebaiknya. Kepada yang menyokong saya dan telah memberikan bantuan, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan di dunia dan diakhirat.

Saya tidak tahu siapa dan berapa ramai yang bantu, tapi saya pasti Pencipta saya tahu segalanya dan saya akan terus mendoakan kebaikan kepada semua baik kepada individu yang membantu mahupun mengecam saya.
Assalamualaikum.







Kredit -  YOY Network.


Kredit -



-----------------------------------------------------------------


loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post