Umur baru 9 tahun tapi sudah mampu banggakan Malaysia. Si genius cilik ini menang pertandingan cipta sesuatu ini untuk Angkasawan Anjuran NASA

Umur baru 9 tahun tapi sudah mampu banggakan Malaysia. Si genius cilik ini menang pertandingan cipta sesuatu ini untuk Angkasawan Anjuran NASA

Umur baru 9 tahun tapi sudah mampu banggakan Malaysia. Si genius cilik ini menang pertandingan cipta sesuatu ini untuk Angkasawan Anjuran NASA

Umur baru 9 tahun tapi sudah mampu banggakan Malaysia. Si genius cilik ini menang pertandingan cipta sesuatu ini untuk Angkasawan Anjuran NASA



Bukan itu sahaja, kanak-kanak genius itu yang dikenali sebagai Zyson Kang Zy Shun yang baru sahaja berusia 9 tahun telah berjaya mengalahkan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia!Wow, genius sangat ni dik. Kalahkan 897 peserta lain.Berjaya ‘menawan’ hati para juri dari pihak NASA, pelajar dari SJK (C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Klang ini telah menghasilkan rekaan tandasnya iaitu “Spacesuit Lunar Toilet” yang lebih menonjol berbanding 897 peserta dari negara lain sekaligus memenangi pertandingan antarabangsa itu.

ARTIKEL MENARIK:https://berita-1dunia.blogspot.com/2020/11/tiada-simptom-tapi-kanak-kanak-ini.html


Menurut The Star, hasil ciptaan kanak-kanak itu memperlihatkan rekaan tandasnya tanpa memerlukan penggunaan bateri atau tenaga elektrik sebaliknya hanya menggunakan tenaga kinetik yang direka bagi memudahkan ia untuk ‘dilekatkan’ terus ke dalam baju angkawasan.


Guna tenaga kinetik, lebih praktikal.Mesin itu dikatakan dapat berfungsi dengan menggunakan konsep tenaga kinetik mekanikal secara manual untuk menghasilkan tenaga vakum yang boleh menyedut segala ‘bahan buangan’ untuk dilupuskan secara selamat.Idea ini dianggap lebih praktikal dan selamat gara-gara tekanan graviti di angkasa menyukarkan angkasawan untuk membuang air kecil atau besar.

Apabila kaki digerakkan, air kncing akan mengalir masuk ke dalam bekas yang dipasang di dalam kasut angkasawan. Tambah Zyson, rekaannya ini tidak memerlukan sebarang komponen elektrik. Justeru, ia dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah penggunaannya ketika berada di ruang angkasa.

Hadapi banyak kegagalan sebelum berjaya.Menurut pelatihnya yang banyak memberi tunjuk ajar, Chong Soo Sheong dari I-Discovery World Science Centre Kuala Lumpur, pencapaian kanak-kanak genius ini bukanlah berlaku semalaman,Tetapi terjadinya banyak kegagalan dan proses try and error dalam masa berbulan-bulan ini. Terdapat banyak juga proses pembelajaran yang terlibat untuk menghasilkan tandas yang sesuai untuk angkasawan ini.

Namun, berkat kegigihannya yang tidak berputus asa dalam menghasilkan satu rekaan yang ‘layak’ untuk dipersembahkan di pentas antarabangsa, akhirnya kanak-kanak ini berjaya menghasilkan satu rekaan yang berjaya ‘menawan’ hati para juri.Sebelum ini NASA telah menganjurkan satu pertandingan antarabangsa yang dikenali sebagai Lunar Loo Challenge untuk mencari reka bentuk-reka bentuk tandas terbaru yang boleh berfungsi dalam kedua-dua graviti mikro dan graviti bulan sempena misi untuk ke bulan yang seterusnya pada tahun 2024.Syabas kerana kecik-kecik lagi dah harumkan nama negara.

“Genius muda” – Usia Baru 3 Tahun, Kanak-kanak Malaysia Ni Dah Dapat Masuk Mensa!

Jarang dapat kita jumpa atau mungkin sekadar dengar, kanak-kanak seawal berusia dua tahun sudah pandai membaca buku cerita.Tapi lain kisahnya bagi si cilik bernama Muhammad Haryz Nadzim. Kelainan yang dimiliki kanak-kanak ini mula disedari ibunya, sewaktu Haryz berusia tujuh bulan.


Kisah menarik kanak-kanak ini, turut mendapat liputan eksklusif sebuah portal antarabangsa, Metro.co.uk.Menurut ibu Haryz, Nur Anira Asyikin Hashim — beliau merasakan ada sesuatu yang istimewa pada anaknya itu, apabila Haryz mula melontarkan beberapa perkataan pertamanya seawal tujuh bulan lagi.

Loading...
loading...


Dan mencecah usia dua tahun pula, kanak-kanak itu sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri.Disebabkan kepintarannya itulah, pada usia tiga tahun — Haryz diterima masuk sebagai anggota Mensa, iaitu sebuah persatuan antarabangsa yang menghimpunkan individu-individu dan golongan intelektual berIQ tinggi.

Haryz menetap di Durham bersama kedua ibu bapanya. Dan meskipun kedua-dua orang tuanya memiliki latar belakang yang bukan calang-calang — namun mereka tidak pernah menyangka Haryz akan menunjukkan tanda-tanda kepintaran luar biasa pada usia seawal itu.

Selain itu, ketika dihantar ke tadika — kedua-dua ibu bapanya dimaklumkan bahawa perkembangan anak pintar itu adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak lain seusianya, dan bermula dari situlah mereka sedar bahawa Haryz memiliki keistimewaan luar biasa.

Kepintarannya itu telah membuatkan beliau dijemput untuk menyertai Mensa British, selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.Menurut Anira, anaknya itu kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan eksklusif tersebut.

Ibunya juga berkata,anaknya itu sebenarnya sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain namun Haryz lebih gemar berbual dengan orang dewasa.Anira dan suaminya juga begitu gembira dengan perkembangan anak mereka, namun menegaskan mereka tidak mahu terlalu membebankan anaknya itu pada usia yang muda.

“Hebat! Parents pun supportive” – Baru Umur 12 Tahun Tapi Lukis Bangunan Dah Macam Architect Pro


Sekarang ni kalau kita perasan ramai anak kecil yang sudah mempunyai minat seperti orang dewasa kan?Kadang-kadang tu, hasil kerja yang mereka lakukan boleh dikatakan hampir setanding dengan apa yang mampu dilakukan oleh golongan dewasa.

Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai bakat seorang anak muda yang sudah kelihatan seawal usia 10 tahun.Melalui perkongsian yang mendapat ribuan share itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Airiel Haziq, 12 sudah mempunyai hobi untuk melakar rumah dan bangunan seawal usianya 10 tahun.

Perkara itu mula disedari oleh ibu bapanya dan kemudian mereka telah membelikan drawing boardT square serta alatan melukis yang lain.

Tapi minat Haziq kelihatannya seperti semakin membuak-buak dalam bidang ini. Lalu bapanya telah membelikan dia buku-buku rujukan seperti lukisan perspektif dan kejuruteraan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Bukan itu sahaja, kemudian bapa Haziq turut mendedahkan dia dengan aplikasi SketchUp di mana Haziq boleh melakar bangunan dengan menggunakan komputer.

Haziq juga dikatakan turut melakar bahagian dapur dan bilik air rumahnya semasa keluarga dia ingin membuat sedikit pengubahsuaian.Netizen turut memuji dengan minat dan bakat yang ada terhadap anak muda ini. Mereka juga berhadap semoga minat ini kekal sehingga dia meningkat dewasa kelak.Admin pun doakan semoga adik ni menjadi arkitek yang berjaya satu hari nanti.


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post