Tak follow Amyra Rosli di laman IG, Amar Baharin tampil dedah cerita sebenar

Tak follow Amyra Rosli di laman IG, Amar Baharin tampil dedah cerita sebenar

Sudah menjadi kelaziman, mereka yang bergelar suami isteri akan saling mengikuti pasangan masing-masing di media sosial.

Tak follow Amyra Rosli di laman IG, Amar Baharin tampil dedah cerita sebenar



Bahkan, jika ada antara yang tiba-tiba tidak ‘follow’, barangkali situasi tersebut mungkin membuatkan ada yang beranggapan terdapat hal yang tidak kena dengan rumah tangga mereka.

ARTIKEL MENARIK:“Orang Kaya Bdoh…” Macam Tak Percaya Vivy Yusof Balas Balik Macam Ni


Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Amar Baharin yang ‘bingung’ selepas mendapati dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram baru-baru ini.


“Sekarang ini aku musykil..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri?

“Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut Amar turut berkongsi paparan tangkap layar akaun Instagram isterinya yang tanpa sengaja tidak diikutinya.

“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Perkongsian Amar itu kemudian mendapat reaksi daripada isterinya sendiri yang mempersoalkan ‘insiden’ tersebut.



Loading...
loading...


“Hmmm Amyra Rosli mana yang daddy follow selama ini? Mengaku cepat!,” tulis Amyra di ruangan komen.


Komen Amyra itu kemudian menerima lebih 800 tanda suka dalam kalangan netizen. Rata-rata cuba berseloroh situasi tersebut mungkin menyebabkan Amar terpaksa tidur di luar.


Pada masa sama, rata-rata netizen juga mengakui pernah berdepan situasi sama yang menyifatkan mungkin terdapat gangguan pada sistem media sosial tersebut. Bahkan, rakan artis, pelakon Nad Zainal juga mengakui pernah berdepan masalah sama.

“Pernah terjadi, bersengketa kejap @faliqamirudin,” komen Nad.


Amar kemudian mengakui kepada Nad situasi itu boleh mengundang masalah yang tidak diingini.

“Punca keretakan betul la” tulisnya.

Amar mendirikan rumah tangga dengan Amyra pada 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa berusia sembilan bulan.

 

Sumber: GEMPAK


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------



Post a Comment

Previous Post Next Post