Suami Kejam Dan Berkelakuan Pelik, Lepas Bunuh Isteri Dan Anak Sendiri, Dia Tidur Bersama Mayat Tersebut Yang Kian Membusuk Selama 7 Hari

Suami Kejam Dan Berkelakuan Pelik, Lepas Bunuh Isteri Dan Anak Sendiri, Dia Tidur Bersama Mayat Tersebut Yang Kian Membusuk Selama 7 Hari

Singapura: Bekas ejen hartanah dijatuhi hukuman mati selepas membunuh isterinya yang hamil dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, tiga tahun lalu.

Suami Kejam Dan Berkelakuan Pelik, Lepas Bunuh Isteri Dan Anak Sendiri, Dia Tidur Bersama Mayat Tersebut Yang Kian Membusuk Selama 7 Hari



Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45, pada Khamis lalu.

ARTIKEL MENARIK:Ibu biarkan anak mati dalam bilik air, dakwa banyak syaitan dalam rumah


Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan pada 2017.

Selepas membunuh wanita itu, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anak perempuan, Zi Ning, 4, dan berhasrat untuk ‘bersatu’ dengan mereka, lapor Channel News Asia.

Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.

Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk.



Loading...
loading...


Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan.

Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang judi, kad kredit dan gagal membayar yuran sekolah anak.

kredit harian metro


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post