“Sila Kembalikan Hak-Hak Kami Semua” Farahdhiya Berang 16 Tahun Jadi Penyanyi Royalti Artis Hilang Entah Ke Mana

“Sila Kembalikan Hak-Hak Kami Semua” Farahdhiya Berang 16 Tahun Jadi Penyanyi Royalti Artis Hilang Entah Ke Mana

loading...

Penyanyi Farahdhiya memberitahu bahawa dirinya tidak menerima wang kutipan royalti yang sepatutnya sebagai seorang artis sepanjang berkecimpung dalam industri muzik.

“Sila Kembalikan Hak-Hak Kami Semua” Farahdhiya Berang 16 Tahun Jadi Penyanyi Royalti Artis Hilang Entah Ke Mana



Bahkan, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, mendedahkan sepanjang tempoh hampir dua dekad, dia hanya pernah menerima sekali sahaja bayaran royalti.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Tiada Kekuatan Kerana Takut Selepas Diugut,” Mangsa Rogol Seorang Pendakwah Akhirnya Buka Mulut
loading...


“Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi.

“Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak-hak kami semua kepada yang berkenaan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Farahdhiya berkata demikian sebagai respons kepada isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan ke atas badan pengurusan royalti artis baru-baru ini.

Jelas pelantun lagu hit Bertakhta Di Hati itu, lebih mengecewakan apabila usahanya sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai bayaran royalti miliknya juga menemui jalan buntu.



Loading...
loading...


Hal ini kerana, dakwanya, pihak berkenaan seolah-olah tidak memberikan respons apabila cuba dihubungi.

“Ada juga saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu syarikat yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.

“Bila nak panggil mesyuarat untuk dapat sokongan atau isi borang pandai pula cari kita. Semoga ada penyelesaian untuk kami semua, mungkin inilah masanya!,” luah pelakon filem Mulut Masin itu.

Terdahulu, SPRM menyerbu empat badan pengurusan royalti artis bagi menjalankan siasatan berhubung dana kutipan royalti.

Empat badan tersebut ialah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

kredit gempak


Kredit - Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post