Kulai – Seorang remaja menemui ajal selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang merempuh belakang kereta Toyota Camry dalam kejadian melibatkan 10 kenderaan di Kilometer 35.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sedenak, di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan kepala.
ARTIKEL MENARIK:Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan kepala.
Difahamkan, mangsa berkonvoi dalam berkumpulan dengan lebih 20 buah motosikal dari arah Johor Bahru menuju ke arah Sedenak.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketika di lokasi, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian belakang Toyota Camry yang bergerak pada sebelah kiri laluan dua lorong Lebuh Raya terbabit.
“Pada masa yang sama, lapan buah motosikal rakannya yang lain tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri.
“Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beng Yeow berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat.
Jelasnya, polis kini sedang mengesan beberapa lagi mangsa yang terlibat dan sebahagiannya dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Kosmo
Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
Post a Comment