Reman Suspek Dipercayai Terlibat Kes Bunuh Siti Nur Surya Disambung Tujuh Hari

Reman Suspek Dipercayai Terlibat Kes Bunuh Siti Nur Surya Disambung Tujuh Hari

MARANG, 9 Nov — Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Reman Suspek Dipercayai Terlibat Kes Bunuh Siti Nur Surya Disambung Tujuh Hari



Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas pelajar tingkatan enam yang berusia 19 tahun itu.

ARTIKEL MENARIK:“Macam-Macam Perkara Tidak Sahiih Disebarkan…”- Bapa Nafii Surya Pakai Gelang Emas


Suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan lima, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.25 pagi, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung merah jambu, kelihatan tenang serta diiringi dua pegawai polis wanita.

Suspek telah ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi, 2 Nov lepas ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.



Loading...
loading...


Dalam kejadian 1 Nov, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Sumber: BERNAMA


Kredit - Siakap Keli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post