“Rakyat sedang susah, lapar dan sakit” – Syed Saddiq Tak Setuju Cadangan ‘Hidupkan’ Semula PLKN

“Rakyat sedang susah, lapar dan sakit” – Syed Saddiq Tak Setuju Cadangan ‘Hidupkan’ Semula PLKN

loading...

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini ada menjelaskan bahawa pihaknya bercadang untuk melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018.

“Rakyat sedang susah, lapar dan sakit” – Syed Saddiq Tak Setuju Cadangan ‘Hidupkan’ Semula PLKN



Cadangan itu ditentang oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menyifatkan bahawa ia seperti satu pembaziran kerana negara kini sedang dilanda Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Sawit
loading...


Ini bukan masanya untuk retorik projek mega dan bazirkan jutaan ringgit untuk sebuah program 3 bulan. Ini masa untuk kerajaan sedar bahawa rakyat sedang susah, lapar dan sakit.”

Katanya lagi, beliau agak risau dengan keadaan negara yang kini mengalami krisis ekonomi, masalah pengangguran, akses pendidikan yang terhad waktu kuarantin dan syarikat kecil dan sederhana yang gulung tikar akibat Covid-19.

Malah, beliau menegaskan bahawa PLKN adalah antara program kerajaan paling mahal yang pernah dilaksanakan. Lapor FMT.

“Apabila saya kata mahal, kos belanja untuk PLKN dari tahun 2004 telah cecah RM8.43 bilion. Hampir separuh dari kos PLKN itu hanya untuk bayar sewa kem, aktiviti bukan latihan dan kurikulum pelatih,” tambah beliau.



Loading...
loading...


Syed Saddiq berkata cadangan melaksanakan semula PLKN menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap masalah rakyat.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mengatakan bahawa cadangan  itu akan dibentangkan untuk kelulusan Kabinet, kerana PLKN memberi kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja.

Bagaimanapun, Syed Saddiq anggap bahawa ianya sekadar alasan untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada masalah-masalah yang menimpa di negara ini

“Jangan gunakan alasan semangat patriotisme dan cintakan negara di dalam PLKN untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada masalah pengangguran, orang muda dibuang kerja dan lebih 266 orang bunuh diri kerana tekanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata beliau.


Sumber: Gambar Hiasan

Kredit - Lobak Merah



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post