PRK dan pilihanraya Sarawak tak dapat dielak kecuali isytihar darurat – Muhyiddin Yassin

PRK dan pilihanraya Sarawak tak dapat dielak kecuali isytihar darurat – Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada 5 Dis ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa, tidak dapat dielakkan kecuali jika darurat diisytiharkan di Batu Sapi dan Sarawak.

PRK dan pilihanraya Sarawak tak dapat dielak kecuali isytihar darurat – Muhyiddin Yassin



Meskipun khuatir dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, perdana menteri berkata PRK Batu Sapi itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen selari Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL MENARIK:CEO kwsp dedah ada cara lain selain dari keluarkan dari akaun satu…Terbaik!!!


Jelasnya, Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihan raya.

“Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Cooviid-19 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan.


Muhyiddin berpandangan berdasarkan situasi semasa Covid-19, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan langsung pada masa ini.

Malah katanya, dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak memaklumkan ramai petugas pilihan raya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan Covid-19.

Beliau berkata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menyatakan kebimbangan berhubung keadaan di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap bagi menampung kemungkinan peningkatan kes positif Covid-19 sekiranya PRN Sarawak terpaksa diadakan.

Loading...
loading...


“Keupayaan frontliners dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terkekang dengan keadaan geografi negeri Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses. Ini tidak mengambil kira kos tambahan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan kos ke atas ekonomi jika penularan jangkitan Covid-19 berlaku dengan mendadak selepas pilihan raya,” tambahnya.


Muhyiddin berkata ada pihak mencadangkan supaya prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya diperketatkan, namun beliau memahami terdapat banyak kekangan yang dihadapi SPR untuk menggubal SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan.

Menurut Muhyiddin, antaranya ialah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah seperti di Batu Sapi untuk menunaikan hak mengundi.

Beliau berkata pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang.

Sebagai contoh katanya, penduduk di Kuching, Sarawak yang merupakan kawasan merah dengan mencatatkan lebih 70 kes Covid-19, tidak dibenarkan keluar dari daerah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi membendung penularan kes ke daerah lain berstatus hijau.

“Tetapi jika pilihan raya terpaksa diadakan, kita tidak boleh menghalang penduduk di Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan lain-lain daerah untuk keluar mengundi.

“Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes Covid-19 yang tinggi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan,” katanya.


Justeru, jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, Muhyiddin merayu supaya penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati dan menjaga diri serta mematuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini, serta merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 ini dengan baik dan berkesan.

 

Sumber: bernama


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post