Hubungan dengan ayahanda keruh sejak 2016 - Da'i Syed

Hubungan dengan ayahanda keruh sejak 2016 - Da'i Syed

loading...

Kuala Lumpur: Pendakwah muda, Da'i Syed mendedahkan hubungan dengan bapanya, Syed Mohammad Shaiful sudah keruh sejak 2016.

Hubungan dengan ayahanda keruh sejak 2016 - Da'i Syed



Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, hubungan mereka mula 'panas' apabila dia terbabit dalam program realiti Da'i kerana tidak mendapat restu.

ARTIKEL MENARIK:Baju Terselak Ketika Sedang Menari Bersama Suami. Wawa Zainal Ditegur Oleh Warganet.
loading...


"Keadaan sebenar hubungan semasa antara kami adalah perkara peribadi yang perlu disimpan oleh saya.

"Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda saya sudah lama meninggalkan ibu saya sejak 2017, lantas berpindah ke Kaherah, Mesir. Hubungan kami berdua keruh seawal tahun 2016 apabila dia tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya saya untuk menyertai program Da'i.

"Namun, atas rasa hormat seorang anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati yang terbuka," katanya.

Terdahulu, Syed Mohammad Shaiful menerusi hantaran di Facebook (FB) meminta Syed meninggalkan dunia selebriti sekiranya dia benar-benar bersalah.

Ia susulan dakwaan seorang individu di Twitter yang mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol Syed.



Loading...
loading...


Malah Syed Mohammad Shaiful mengakui sudah lama mendengar berita buruk mengenai anaknya selain mengabaikan segala mesej yang dihantar sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Syed menjelaskan dia bakal memfailkan saman fitnah terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit di Twitter.

"Saya dengan ini menuntut supaya pengguna akaun Twitter berkenaan untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera

"Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Permohonan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitnah ke atas saya disebarkan.

"Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter yang berkenaan, akan saya terima sebagai pelawaan bagi saya memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Syed Shah Iqmal membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya jam 5.45 petang semalam berhubung dakwaan itu.


Kredit - hmetro.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post