Dikecam Gara-Gara Langgar PKPB, Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat

Dikecam Gara-Gara Langgar PKPB, Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Young Syefura Othman dikecam kerana memuat naik di Instagram gambar bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahiran di pantai Bagan Lalang, Selangor yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dikecam Gara-Gara Langgar PKPB, Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat



— Foto oleh Hari AnggaraKUANTAN, 17 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Young Syefura Othman mengesahkan beliau telah diarah supaya menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara Mengidap Kanser Dan Positif Covid, Warga Emas Ini Cuba Bunuh Diri Tetapi Beliau Cedera Parah


Young Syefura berkata beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya.

Young Syefura berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.



Loading...
loading...


Sebelum ini, Young Syefura dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut.

Selangor merupakan antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu dalam perbahasannya, Young Syefura mempersoal sama ada data yang dibentangkan pada DUN Pahang berhubung keluasan hutan di negeri itu, iaitu seluas 2.05 juta hektar iaitu 57 peratus daripada 3.59 juta hektar tanah negeri adalah sahih.

“Saya telah membuat semakan dan mendapati jumlah hutan ini tidak berubah sejak 2017. Bolehkah keadaan ini berlaku sedangkan hasil hutan menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Adun Bilut Lee Chin Chen pula mencadangkan supaya cukai pintu dan cukai tanah dikecualikan tiga tahun kepada pengusaha hotel, inap desa dan restoran selain pengecualian bayaran lesen kepada penjaja yang kekurangan pelanggan akibat pandemik Covid-19.

Lee berkata golongan petani juga wajar mendapat perhatian khusus kerana ada dalam kalangan mereka kerugian apabila tidak sempat mengutip hasil kebun atau menjual tanaman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mencadangkan supaya sesi pendaftaran dijalankan terhadap mereka dan pemberian bantuan seperti subsidi baja dan racun serangga mengikut keluasan tanah, sekali gus meringankan beban petani,” katanya.

Persidangan bersambung esok. — Bernama

kredit projekmm


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post