Detik-Detik Cemas Selamatkan Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 13

Detik-Detik Cemas Selamatkan Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 13

loading...

Beijing: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah situasi dialami bayi berusia dua tahun di China apabila terselamat selepas jatuh dari tingkat 13 kediamannya.

Detik-Detik Cemas Selamatkan Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 13



Toutiao News melaporkan, bayi lelaki dari bandar Hefei, wilayah Anhui itu, bernasib baik apabila jirannya yang berada di tingkat 12 perasan kejadian itu sebelum sempat menangkap lengannya, namun terperangkap di hadapan jeriji besi tingkap.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki 'hidup semula' selepas 3 jam disahkan mati, menjerit kesakitan ketika kakinya dibelah di bilik mayat
loading...


Tindakan pantas jiran lelaki yang pernah menjadi bomba hutan berjaya menahan bayi itu daripada terjatuh ke bawah, manakala isterinya menghubungi pihak berkuasa untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menggunakan alat pemotong elektrik khas bagi memotong jeriji besi tingkap sebelum berjaya mengeluarkan bayi itu.

Difahamkan, bapa bayi itu keluar meninggalkan bayi itu yang tertidur keseorangan di apartmen mereka.



Loading...
loading...


Namun, bayi itu terjaga dan memanjat balkoni.

Rakaman video anggota bomba menyelamatkan bayi itu tular di media sosial hingga ada warganet yang memuji tindakan pantas pasangan jiran itu malah tidak kurang juga turut mengecam kecuaian bapa bayi itu.

“Sungguh dia bernasib baik ditangkap jirannya tepat pada masanya.

“Ibu bapa tidak seharusnya meninggalkan anak kecil di rumah sendirian,” komen seorang pengguna Sina Weibo.

Sumber : Metro
Kredit -  KHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post