Tiga termasuk dua kanak-kanak lelaki maut selepas treler dinaiki bersama terbabas dan terbalik di Jalan Kota Lama Bharu di sini, malam tadi.
Kejadian sekitar jam 10.20 malam itu membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun dan dua anaknya berusia 8 dan 6 tahun.
ARTIKEL MENARIK:Remaja Perempuan Ditemui Mati Rupanya Dibunuh Rakan Baik
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketiga-tiga mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.
“Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan treler yang terbalik.
“Bantuan daripada jentera berat iaitu kren, jentolak dan excavator digunakan bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya.
Loading...
loading...
Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 10.28 malam membabitkan sebuah treler muatan simen.
“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.19 pagi tadi,” katanya.
Mayat mangsa telah diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.
Sumber : SH
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment