Harapkan pegar, pegar makan padi. Seorang anggota polis ditahan selepas polis menemui 60,500 milimeter (ml) air ketum di rumahnya di Sentul.
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 4.15 petang Rabu, 11 November 2020, anggota polis berusia 40 tahun itu ditahan di kawasan rumahnya oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan menemui botol plastik disyaki air ketum seberat 500 ml.
ARTIKEL MENARIK:Pencarum KWSP perlu habiskan pengeluaran maksimum i Lestari Akaun 2 terlebih dahulu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan dedahkan syarat layak memohon program i Sinar
Soal siasat mendapati, suspek mengaku menyimpan bungkusan air ketum di rumah dan polis membuat serbuan ke rumah suspek. Hasilnya, polis menemui 80 bungkusan air ketum di dalam dua tong bersama dengan peralatan memasak daun ketum di dapur.
Difahamkan, suspek disyaki mengedar air ketum itu untuk pelanggan di kawasan Sentul. Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Loading...
loading...
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain mengesahkan penangkapan anggota polis terbabit dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Kredit - The Reporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment