Akhirnya pihak kwsp umumkan permohonan i sinar boleh mula dibuat pada bulan disember. Ini pula tarikh pembayaran akan mula dibuat.

Akhirnya pihak kwsp umumkan permohonan i sinar boleh mula dibuat pada bulan disember. Ini pula tarikh pembayaran akan mula dibuat.

loading...

KEPUTUSAN kerajaan memperluaskan pengeluaran program i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ternyata melegakan ramai.

Akhirnya pihak kwsp umumkan permohonan i sinar boleh mula dibuat pada bulan disember. Ini pula tarikh pembayaran akan mula dibuat.



Menerusi kenyataan terbaharu, dimaklumkan bahawa ahli yang memenuhi kriteria boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini. Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

ARTIKEL MENARIK:'Baru bertunang dah dapat kunci pendua?' - Bakal pengantin cuba rogol rakan serumah tunangnya didakwa di mahkamah
loading...


“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 pada Khamis.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji, ” katanya. Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan program i-Sinar diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1. Sebelum ini diumumkan, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM60,000 sekiranya mempunyai baki simpanan lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1.- BERNAMA

Baru Semalam Tengku Zafrul Umumkan Tentang Pengeluaran I Sinar Mengejutkan Sesuatu Yang Terjadi Dekat Laman Kwsp. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Rakyat Buat.

Kuala Lumpur: Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan mereka tahun ini, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.

“Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP.

“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli. “Tambahan pula, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada 6,000 kepada 10,000 membabitkan peruntukan 70 bili0n,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, pemohon cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan buktl kehilangan pekerjaan, n0tis cuti tanpa gaji, p0tongan gaji, elaun atau bayaran lebihan masa dan pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

“Pada Mac tahun ini, disebabkan keadaan yang luar biasa, kerajaan inilah yang pertama sekali membenarkan pengeluaran daripada akaun dua KWSP melalui program i-Lestari. “Seramai 4.7 jvta rakyat dibenar mengeluarkan simpanan akaun dua sehingga 6,000. “Selain itu, melalui ucapan Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan khas one-off kepada petugas barisan hadapan kesihatan sebanyak 500,” katanya.

KWSP Melalui Hantaran Facebook


Laman Web kami sedang diselenggaraa. Segala kesvlitan amatlah dikesali.

Komen Orang Ramai

Semua penerima i lestari di autpmatic kan la kelulusan i sinar supaya lebih senang, jadi x jem link permoh0nan kwsp tu. Sayang ketatt2 kwsp..mcm ni lah baru kena dengan nama I-sinar kan dah bersinar hati ahli KWSP. Jangan pulak mintak bvkti d0kumen yang bukan2 pulak KWSP..keja kampung,gaji hari jer lani. Selenggara bg permudah urusan kami noh.


Jgn ada langsung bahagian kena masukkan gambar pyslip,penyata bank atau yg menyusahkan. Buat mcm slstem i-Lestari. Masuk no.ic terus moh0n dan lulus. Semoga dipermudahkan urusan menyelebnggara sistem terbaru, untuk memudahkan urusan ahli kwsp membuat pengeluaran kelak..Terima kasih.

Sumber : KWSP/OM

Ramai Yang Terlepas Pandang. Walaupun Tengku Zafrul Umumkan Akaun 1 Kwsp Boleh Dikeluarkan Ada Sesuatu Yang Tengku Zafrul Sebut Rakyat Tak Perasan.

Kerajaan mengumumkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas pendapatan dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka dibawah program i-Sinar. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu tidak mengira sama ahli KWSP yang hilang pekerjaan atau yang terkurang pendapatan pada tahun ini.

“Setelah berbincang dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka. “Daripada seramai 2 juta ahli KWSP yang layak mengeluarkan Akaun 1 sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli KWSP,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ahli KWSP yang layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 tanpa mengira sama ada mereka pekerja sektor formal atau bekerja sendiri. Menurut beliau, pengeluaran itu malah tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 KWSP. Tambah beliau, ahli KWSP yang sebelum ini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000 kini boleh mengeluarkan wang dari Akaun 1 mereka sehingga RM10,000.

PERLU TUNJUKAN BUKTI KETIKA BUAT PERMOHONAN

“Mereka cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, gaji, elaun atau kerja lebih masa dipotong atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri,” katanya. Erti kata lain, bukan semua yang layak. Sekiranya pendapatan anda tidak terjejas dan masih seperti biasa sebelum pandemik covid bermula. Kemunkinan besar anda tidak layak untuk memohon i-Sinar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo Online



Loading...
loading...


Berita Baik. Akhirnya Kerajaan Umumkan Program I Sinar Untuk 8 Juta Pencarum Kwsp Yang Terjejas. Tak Sangka Jumlah Pengeluaran Maksimum Meningkat Banyak Ni.

BERITA baik apabila program i-Sinar kini dibuka untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000. Program i-Sinar KWSP akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum yang bakal menerima manfaat itu.

Beliau berkata, golongan terjejas boleh membuat permohonan melalui dalam talian atau ke pejabat KWSP terdekat. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Kecoh Pasal Pengeluaran Duit Kwsp Akaun 1 Sampai Ada Yang Nak Saman Kerajaan Gara Gara Tak Bagi Keluarkan. Sekali Peguam Ni Tampil Jawab Soalan Individu Tersebut.

Kecoh pasal pengeluaran duit kwsp akaun 1 sampai ada yang nak saman kerajaan gara gara tak bagi keluarkan. Sekali Peguam ni tampil jawab soalan individu tersebut.

Beberapa hari ini, banyak soalan kami terima berkisar KWSP. Ramai yang bertanyakan hak mereka. Hari ini ada soalan lagi. Ini adalah salah satu dari soalan, boleh atau tidak dia menya-man kerajaan kerana tidak membenarkan pengeluaran akaun 1? Boleh rujuk soalannya dalam gambar.

Pada mulanya kerana mulanya saya hendak jawab sekali lalu sahaja. Kemudian saya baca soalan ini sekali lagi. Saya lihat waktu mesej ini dihantar pada jam 5.29 pagi. Saya andaikan, bahawa barangkali, si penulis ini tidak boleh tidur sambil memikirkan masalah kewangan yang dihadapi. Tambah pula soalan yang mungkin juga dapat membantu pihak lain yang bergelut masalah yang sama. Tadi saya berikan link tulisan ini kepada penanya soalan supaya dia jelas. Dia maklumkan bahawa rupa-rupanya dia adalah pesakit knsr. Aduh! Sedih kalau kes begini.

Ambil contoh kes seorang individu ini

Saya terangkan, boleh atau tidak menya-man seperti dalam soalan? Saya rujuk kepada kes yang ini LAU POH LEE yang menya-man antara pihaknya ialah KWSP, Kerajaan Malaysia dan 2 yang lain. Bacaan kes [2015] 7 CLJ 795. Kenapa Lau ini menya-man KWSP? Begini selaras dengan Sksyen 54, Akta AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991, Akta 452 membenarkan beberapa keadaan bagi pengeluaran wang sekiranya memenuhi terma dan KWSP berpuas hati.

Antaranya, dalam kes pemergian, membeli rumah, pengajian, capai usia 50 tahun. Dalam kes ini Lau memohon di bawah Sksyen 54 (1)(c) iaitu ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mntal untuk bekerja.

Keadaan-keadaan lain yang dibenarkan wang simpanan dikeluarkan, sila rujuk kepada Sksyen 54, Akta ini. Dalam kes ini Lau menghadapi skit iaitu enIarged livr, ischemic hart dise4se, liver cirrh0sis dan diabtes meIIitus dan telah disahkan melalui seorang doktor dalam laporan perubatan.

Namun begitu, Lembaga KWSP melalui suratnya meminta agar Lau melalui semakan perubatan oleh 3 orang doktor dari panel doktor EPF. Berdasarkan laporan panel doktor tersebut, mendapati walaupun benar Lau menghadapi kesemua penyakit ini namun demikian tidak dibuktikan dari segi mental dan fizikal, Lau tidak mampu bekerja. Jadi permohonan Lau untuk mengeluarkan simpanan KWSP di tolak.

Lau telah membuat rayuan ke Lembaga KWSP dan sekali lagi permohonan Lau telah ditolak. Tidak berpuas hati, Lau merayu di mhkamah terhadap keputusan Lembaga KWSP dan Mhkamah menolak rayuan Lau. Bermakna permohonan Lau tidak berjaya.

Bukan mudah. Segala hal berkaitan pentadbiran, syarat-syarat dan undng-undng KWSP adalah dibawah Akta 452 ini. Jadi kita sebagai ahli perlu mematuhi. Begitulah undng-undngnya.

Walaupun begitu, dalam sksyen 54(6)(K) membenarkan permohonan seseorang ahli KWSP untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup.

Ini yang seperti kita keluarkan i-lestari dari akaun kedua sewaktu PKP tempoh hari. Status terkini bagi pengeluaran dari Akaun 1, kerajaaan telah pun memberikan kebenaran bagi pengeluaran untuk Akaun 1 KWSP secara bersyarat.

Walaupun syaratnya dianggap ketat, jika dilihat dari sudut jangka panjang adalah bagi simpanan masa hadapan dan agar kelonggaran ini tidak disalahgunakan. Namun demikian bagi segelintir ianya berkenaan dengan kelestarian hidup. Cuba pohon. Semoga dipermudahkan urusan kalian dalam membuat permohonan.

Sumber dan kredit: FB Nor Zabetha

Baru Je Umumkan Kwsp Akaun 1 Boleh Keluarkan. Sekali Ramai Yang Sangka Duit Tu Perlu Bayar Balik. Akhirnya Pihak Kwsp Tampil Berikan Penjelasan.

Baru je umumkan kwsp akaun 1 boleh keluarkan. Sekali ramai yang sangka duit tu perlu bayar balik. Akhirnya pihak kwsp tampil berikan penjelasan.

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membenarkan pengeluaran akaun 1 kepada 3 golongan paling terjejas telah dipuji ramai. Bagaimanapun terdapat salah faham tentang berita tersebut apabila ada pihak mengatakan duit yang dikeluarkan itu perlu dibayar semula kepada KWSP.

Menjawab isu tersebut, KWSP hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.” Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

” Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

” Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini. KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula.”

” Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu. Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.

” Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. ”Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber via AsiaKini

Baru Je Kwsp Umum Boleh Keluarkan Duit Akaun 1. Sekali Tiba Tiba Najib Bagi Cadangan Lain Pulak. Tak Sangka Ini Cadangan Yang Najib Bagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah 90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga 9,000. Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi 90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga 60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan ini. “KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindvngan s0sial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strateglk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib masih memuat naik posting memberi cadangan untuk penambahbaikan pengeluaran KwSP. Berikut ulasan terbaru Najib di favebook milik beliau. “Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan. Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000). KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja. Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi. Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan. KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid. Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021)

sumber: Najib Razal

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Akhirnya Akaun 1 Kwsp Dah Boleh Keluarkan. Rupa Rupanya Ini Syarat Yang Semua Wajib Tahu Dan Bila Duit Tu Akan Dikreditkan Dalam Akaun Rakyat.

Pengumuman terbaru pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pastinya bakal memberi sinar baru kepada individu yang terjejas akibat pndemik COVlD-19. Meskipun fokus hanya kepada yang benar-benar terjejas, pastinya itu adalah keputusan terbaik dan memberi keputusan ‘win win’ kepada rakyat dan kerajaan.

Dalam kenyataan terbaru, KWSP memperluaskan skop i-Sinar merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Bila duit akan dikreditkan dalam akaun ahli?

“Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. “Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Menurut kenyataan itu, ahli memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun didahulukan. Katanya, caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2. “Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan amaun diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar serta memastikan kelangsungan hidup semasa krisis. “Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata,

kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Apam Pink Media

Sumber: Asiakini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Lepas Bahaskan Pasal Kwsp Kali Ni Najib Minta Moratorium Disambung. Sekali Gabenor Bank Negara Tampil Bersuara Bagi Tahu Sesuatu Tentang Cadangan Najib.

KUALA LUMPUR: Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merncatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. “Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatlf.

“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko. “Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekangg pertumbuhan dan menjjaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi. “Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.

Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.

Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang. Sebelum ini najib razak berkata oleh kerana bajet 2021 hanyalah 8 billi0n lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbulnya persoalan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai bajet 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krlsis Covid. Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen-dividen tabung amanah rakyat.

Pertimbangan ini adalah antara salah satu faktor yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran one-off sehingga 10,000 dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara. Inilah yang saya maksudkan sebagai langkah yang berani dan luar biasa yakni bold and unconventional method dalam keadaan yang luar biasa.

Reaksi Orang Ramai

Bila banyak kereta kena tarik, banyak rumah kena tarik, banyak SME jatuh bankrpt dan bank2 melaporkan NPL yang amat tinggi .apa akan jadi pada ekonomi negara….bank pegang asset yang banyak tanpa liqiidity…..amacam.

Dah jadi kerajaan mmg le kena korban apa juga kesusahan rakyat walaupun kerajaan rugi ke pe.. lg pun covid ni sape yg nak..so sape yg nak tlg rakyat kalau bukan kerajaan.. tadah je lah kejap konon kerncatan ekonomi lah bagai tu, bukan lama pun 6 bulan je..kalau rakyat x undi ko org, x de nya ko org boleh jadi kerajaan.

Sumber : AstroAwani
Kredit - 



-----------------------------------------------------------------
loading...



Post a Comment

Previous Post Next Post