Susulan peningkatan kes positif COVID19. Dr Zulkifli tampil beri kenyataan langsung berkenaan SOP di masjid dan surau dan harap semua maklum

Susulan peningkatan kes positif COVID19. Dr Zulkifli tampil beri kenyataan langsung berkenaan SOP di masjid dan surau dan harap semua maklum

KUALA KUBU BHARU, 3 Okt (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau akan diperkemaskan susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini.

Susulan peningkatan kes positif COVID19. Dr Zulkifli tampil beri kenyataan langsung berkenaan SOP di masjid dan surau dan harap semua maklum



Berkongsi mengenai perkembangan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi, katanya SOP baharu di masjid atau surau setakat ini tidak dibincangkan.

ARTIKEL MENARIK:Demi kebaikan pesakit. KKM usaha pasang sesuatu dalam hospital untuk elak penularan COVID19. Ini reaksi warganet selepas berita tersebut dimaklumkan


“Tidak dibincangkan (mengenai SOP baharu di masjid dan surau), sekadar kita akan memperkemaskan SOP dan kepatuhannya,” katanya kepada Bernama selepas menyempurnakan majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ sesi 2020 serta majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim di sini hari ini.

Mesyuarat khas MKN itu turut dihadiri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta menteri-menteri berkaitan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu COVID-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.Sementara itu, pada majlis hari ini seramai 80 peserta kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran diraikan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim.Kursus Perawatan Islam ini merupakan program kerjasama antara Darul Quran dengan Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).

Zulkifli berharap dengan pengijazahan para peserta itu dapat menjadi satu daripada penyelesaian kepada masyarakat yang buntu ketika mereka diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan dan seumpamanya.Beliau turut menasihatkan para pengamal perubatan Islam juga perlu menjadi pendakwah yang ikhlas membawa pesakit lebih dekat kepada Allah melalui kaedah perawatan rukyah Islam.

“Terdapat banyak ajaran dan amalan tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenar bahkan bercanggah dengan akidah serta syariat Islam yang tidak berasaskan daripada sumber sahih.“Jadi, inilah peranan dan tanggungjawab yang besar perlu digalas terutamanya para dai (pendakwah) dalam memelihara kesucian serta keagungan Islam bagi menjamin masa depan generasi umat Islam,” katanyaSumber: BERNAMA

Selamba Dr Zulkifli Pilih Untuk Potong Rambut Di Kedai Hipster.Ini Reaksi Mengejut Dari Tukang Gunting Bila Dr Zulkifli Tanpa Ragu Datang Ke Kedainya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: KLMENJERITVIDEO

Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.-mymetro


Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yakin pemilihan tokoh agamawan membarisi Kabinet kali ini membolehkan urusan berkaitan agama berjalan dengan lancar tanpa dipengaruhi mana-mana agenda politik kepartian.Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berkata tugas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama disifatkan sebagai amat berat.

“PUM mengucapkan sekalung tahniah kepada Zulkifli di atas pelantikan ini.“Tugas beliau sangat berat untuk menyatukan umat Islam dalam menghadapi isu berkaitan Islam di negara ini.“Namun PUM percaya beliau mampu menggalas tugasan ini memandangkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran Islam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mohd Roslan berkata, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.“PUM berharap Zulkifli dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan dalam masa sama, hubungan dengan NGO Islam dapat diperkasa sebaiknya,” katanya.

Zulkifli, 51, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama dan di antara enam individu yang dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet Persekutuan.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Ccat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Mohammad Faizal Che Yusof turut menzahirkan kesyukuran memandangkan tokoh agama disegani itu sememangnya akrab dengan komuniti orang kurang upaya (OKU).

“Kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan pembentukan jemaah menteri apabila Mufti Wilayah Persekutuan turut tersenarai sebagai salah seorang ahli Kabinet.“Besar harapan kami cetusan baru mampu diperkenalkan bagi mendekatkan lagi komuniti OKU kepada Islam,” katanya.

Mohammad Faizal berkata, besar harapan warga Pertis untuk pembangunan OKU diberikan perhatian.“Portfolio agama sangat rapat dengan Pertis khususnya dan OKU secara umumnya. Cadangan kami konsep OKU Muqarabun dijadikan modul pembangunan OKU Islam.Katanya, pihaknya bersedia untuk membantu kerajaan sebagai sekretariat yang menghimpunkan NGO bagi kepentingan pembangunan sahsiah diri OKU Muslim.-bh


Loading...
loading...


Dr Zulkifli hasilkan buku panduan fekah COVID-19, doa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Zulkifli berkata, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya, dua buku saya iaitu ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’ sudah disiapkan dan diterbitkan.”Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan,” kata beliau dalam laman Facebook hari ini.Menurut laman web Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 191 muka surat itu adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jnzh.”Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini,” katanya.

Bagi buku ‘Inilah Doaku’, ia mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.”Ia mungkin boleh diamalkan selepas Subuh atau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk berdoa dengan doa ini,” katanya.-bh

Menteri, pemimpin harus contohi sikap Dr Zulkifli

ALOR SETAR – Menteri mahupun pemimpin kerajaan Perikatan Nasional harus mencontohi sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam menangani isu sebuah kilang minuman yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, selain tegas dengan prinsip, Dr Zulkifli tidak membuat ulasan terbuka bagi mengelak kenyataan beliau disalah tafsir.Menurutnya, beliau juga dilihat tidak mencampuri peranan kementerian lain bagi mengelak kntroversi.

“Disiplin seperti ini diperlukan agar tidak wujud percanggahan pandangan seperti yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.Wan Saiful berkata, kerajaan Perikatan Nasional harus memastikan kesilapan seperti itu tidak berulang dalam pentadbiran mereka.“Beliau tidak mahu menjawab bagi pihak kementerian lain dan tidak mahu terlibat dalam kontroversi yang tidak perlu. Sikap berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan amat penting agar mesej yang disampaikan kepada rakyat tepat dan tidak bercanggah dengan pemimpin lain,” katanya.

Menurutnya, berbanding ketika era pemerintahan PH sebelum ini, menteri dan pemimpin politik sering memberi komen bercanggah kepada umum.“Ketiadaan disiplin seperti itu menyebabkan PH dilihat tidak kompeten dan caca marba. Keinginan untuk menjadi hero secara individualistik serta gagal bergerak sebagai satu pasukan menyumbang kepada kelemahan kerajaan PH,” katanya.

Terdahulu, menerusi Facebook miliknya, Dr Zulkifli menjelaskan, beliau tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain berkaitan sebuah kilang minuman tersebut dibenarkan beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan.Tegas beliau, soalan berbaur kntroversi atau bertujuan mel4ga-4 dirinya dengan mana-mana pihak akan dielakkan.

Ini kerana sekiranya dijawab secara tergesa-gesa kemungkinan boleh menjatvhkan maruah seseorang.Dr Zulkifli berharap kejadian tersebut tidak berulang kerana umum mengetahui natijahnya.Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, pendirian beliau berkaitan minuman itu adalah konsisten tanpa kompromi bahawa minuman itu adalah haram di sisi Islam.-bh

Isu Kebenaran Mengerjakan Umrah Bermula 4 Oktober Ini. Dr Zulkifli Ulas Lebih Lanjut Berkenaan Jemaah Dari Malaysia Dan Harap Semua Maklum

Susulan pengumuman tentang kebenaran mengerjakan umrah bermula pada 4 Oktober yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi, isu ini telah mendapat respon pihak kerajaan Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas sebelum memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut.

Perbincangan juga akan dijalankan secara menyeluruh dengan pihak Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan.Beliau berpendapat dalam membenarkan rakyat Malaysia untuk mengerjakan umrah, prosedur operasi standard (SOP) perlu ditetapkan terlebih dahulu sebagai garis panduan untuk pihak pengurusan dan para jemaah.

“SOP dari kerajaan Malaysia ini penting bagi mengelakkan berlaku kluster baharu, selain jemaah juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.”Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini.

Bagi jemaah dari luar negara pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari, lapor Berita Harian.Korang jangan excited lagi, min pun dah pasang niat nak pergi umrah tahun ni. Apa-apa pun kita tunggu dulu pengumuman dari pihak kerajaan okay!

Keputusan Telah Dibuat Setelah Tujuh Bulan Ibadah Umrah Ditangguhkan Gara Ekoran COVID19 Mula Menguasai Dunia. Kementerian Dalam Negeri Arab Maklumkan Tarikh Bermulanya Ibadah Tersebut

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan semula perlaksanaan ibadah umrah bermula 4 Oktober ini, bagaimanapun ia akan dilakukan secara berperingkat.Keputusan itu dibuat tujuh bulan selepas ibadah umrah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih membelenggu dunia.

Menurut sumber, Persetujuan Diraja telah dikeluarkan untuk membolehkan perlaksanaan umrah dan lawatan dilakukan secara berperingkat, malah segala langkah pencegahan juga diambil :Keizinan untuk menunaikan umrah, memasuki dan mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dilakukan seperti berikut :

Fasa 1 – Membenarkan warganegara dan ekspatriat di Arab Saudi menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini dengan kadar 6,000 jemaah setiap hari. Fasa 2 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat bermula 18 Oktober dengan 15,000 jemaah sehari dan 40 ribu individu menunaikan ibadah sehari.

Fasa 3 – Membenarkan perlaksanaan Umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat dari dalam dan luar Arab Saudi bermula 1 November hingga berakhirnya Covid-19 dengan 20,000 ribu jemaah sehari dan 60,000 individu menunaikan ibadah sehari.*Ketibaan jemaah dan pelawat dari negara luar dilakukan secara berperingkat dari negara bebas risiko Covid-19.

Fasa 4 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah jemaah dalam dan luar negara pada kapasiti penuh bila berakhirnya Covid-19.Kemasukan jemaah dan pelawat akan diawasi menerusi aplikasi (Etamarna) yang akan di perkenalkan Kementerian Haji dan Umrah bagi menerapkan piawaian dan kawalan kesihatan seperti dipersetuhui Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib Arab Saudi.

Enam Bulan Selepas Riyadh Kuatkuasakan Sekatan Perjalanan. Arab Saudi Umumkan Sesuatu Tentang Ibadat Umrah Bagi Seluruh Umat Islam Di Dunia Ini

RIYADH – Arab Saudi akan membatalkan sebahagian daripada penggntungan penerbangan antarabangsanya mulai hari ini, kata Kementerian Dalam Negeri, enam bulan selepas Riyadh menguatkuasakan larangan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

Warga Teluk dan rakyat asing yang memiliki permit pemastautin atau visa akan dibenarkan masuk ke Arab Saudi bemula esok selagi mereka tidak dijangkiti virus Covid-19, kata kementerian sama.Golongan yang berada dalam ‘kagetori istimewa’ termasuk kakitangan dan tentera Arab Saudi, pekerja kedutaan, pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan perubatan juga akan dibenarkan memasuki dan tinggalkan negara itu mulai esok.

Menurut kementerian sama, Arab Saudi juga akan mengumumkan kemudian berhubung pelan membenarkan ibadat umrah secara beransur-ansur.Riyadh membekukan ibadat umrah pada Mac lalu berikutan bimbang virus Covid-19 akan menular ke kota paling suci umat Islam. – K! ONLINE

Covid-19: Tiada kes dilapor semasa musim haji

Makkah: Tiada kes Covid-19 dilaporkan di sini sepanjang musim haji tahun ini.AFP berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.Dalam pada itu, musim haji tahun yang pertama kali dilaksanakan secara terhad dengan penyertaan hampir 10,000 jemaah berakhir pada Ahad.

Jumlah itu amat kecil berbanding 2.5 jemaah daripada seluruh dunia, pada tahun lalu.Media rasmi negara itu melaporkan jemaah melakukan ibadah mel0ntar pada hari terakhir semalam.Mereka menggunakan batu yang sudah disanitasi sebagai antara langkah pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19.

Jemaah kemudian pulang ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf terakhir.Dalam pada itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkata, haji kali di tengah penularan Covid-19 memerlukan usaha sekali ganda.”Ia bagi memastikan ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan meskipun berdepan dengan keadaan yang sukar,” kata pemerintah berusia 84 tahun itu.

Pada haji tahun ini, jemaah perlu sentiasa menjalani pemeriksaan suhu.Mereka juga diarah menjalani kuarantin mndatori selepas selesai menjalani ibadah berkenaan.Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa hampir 10,000 jemaah yang sudah berada di Arab Saudi terpilih menyertai bagi melaksanakan ibadah itu pada tahun ini.

Menurut jemaah, pihak berkuasa negara itu juga menaja perbelanjaan jemaah yang meliputi makanan, penginapan dan penjagaan kesihatan.Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 pemergian.-mymetro Gambar hiasan. – Foto BERNAMA

Arab Saudi selesai musim haji dengan jemaah terhad akibat COVID-19

MAKKAH: Jemaah haji semalam melakukan ibadah terakhir mereka sebagai kumpulan terkecil dalam sejarah moden berikutan tindakan kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah bagi mengekang penularan COVID-19.

Walaupun pada awalnya Kementerian Haji hanya membenarkan 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji, jumlahnya meningkat kepada 10,000 jemaah tetapi masih jauh lebih rendah berbanding hampir 2.5 juta jemaah dari serata dunia tahun lalu.

Kali ini, semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakkan fizikal, ambil suhu badan, kerap menjalani saringan kesihatan dan dibekalkan batu yang disteril bagi ibadah mel0ntar Jamrah.Pihak berkuasa Arab Saudi berkata ibadah haji ketika pandemik ini memerlukan usaha berganda dalam memastikan tiada penyebaran virus berlaku dan sehingga semalam, tiada kes COVID-19 dilaporkan di tanah suci.

Individu yang ingin menunaikan haji kebiasaannya menyimpan wang dan perlu menunggu giliran menunaikan haji, tetapi tahun ini kerajaan Arab Saudi menanggung perbelanjaan semua jemaah, menyediakan makanan, penginapan hotel dan rawatan kesihatan.-bh


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post