SPRM panggil lagi 10 artis & selebriti untuk bantu siasatan aktiviti pengubahan wang haram

SPRM panggil lagi 10 artis & selebriti untuk bantu siasatan aktiviti pengubahan wang haram

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 10 lagi artis dan selebriti untuk membantu siasatan yang berkaitan dengan kes pengubahan wang haram.

SPRM panggil lagi 10 artis & selebriti untuk bantu siasatan aktiviti pengubahan wang haram



Menurut sumber, semua yang dipanggil itu termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga merupakan pengacara dan pelakon popular.

ARTIKEL MENARIK:https://berita-1dunia.blogspot.com/2020/10/2-artis-terkenal-akan-dipanggil-sprm.html


"Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian," katanya. 


Semalam, sembilan individu termasuk dua lelaki instafamous dipanggil SPRM selepas mereka gagal tampil secara sukarela dalam tempoh dua minggu yang diberikan.


Kesemua yang dipanggil berusia lingkungan 25 hingga 32 tahun adalah rakan kepada isteri suspek utama, dirakam percakapan pada jam 3 petang semalam. 


Semalam, PDRM menafikan dakwaan dua suspek yang ditahan SPRM sebelum ini adalah dalang utama sindiket Macau Scam di negara ini. 



Loading...
loading...


Sebaliknya, mereka hanyalah ejen yang diupah oleh dalang warga China untuk menyediakan kemudahan bagi ahli sindiket menjalankan kegiatan haram tersebut. 


Isteri kepada salah seorang suspek utama juga sebelum ini giat memuat naik kenyataan di Instagramnya menafikan mereka terbabit dalam sindiket tersebut. Malah mendakwa nama mereka telah dipetik dan difitnah. 


Sumber: Harian Metro


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post