Selepas Neelofa, Ramai Selebriti Wanita Tanah Air Turut Berpurdah? Semoga Terus Istiqamah

Selepas Neelofa, Ramai Selebriti Wanita Tanah Air Turut Berpurdah? Semoga Terus Istiqamah

Ambil berkat. Gara-gara Neelofa, beberapa selebriti wanita tanah air tidak ketinggalan memuat naik foto dalam media sosial dengan mengenakan purdah.

Selepas Neelofa, Ramai Selebriti Wanita Tanah Air Turut Berpurdah? Semoga Terus Istiqamah



Antara selebriti wanita tersebut ialah Ifa Raziah, Linda Rafar dan Yatt Hamzah.

ARTIKEL MENARIK:Alami masalah melibatkan kesihatan dan masalah keluarga. Hafreez Adam bongkarkan masalah yang dihadapinya dan isu keluarganya yang membuatkan dia alami satu masalah ini


selepas-neelofa-ramai-selebriti-wanita-t

Mereka memuat naik foto memakai purdah bagi menyambut baik perubahan duta Lancome Asia Tenggara tersebut.

Yatt Hamzah

Yatt atau nama sebenarnya, Hayati Hamzah yang memuat naik gambar dirinya mengenakan purdah berwarna putih semalam menyatakan dia teruja melihat beberapa sahabatnya yang sudah mengenakan purdah.

selepas-neelofa-ramai-selebriti-wanita-t

“Lihat para sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja. Masya-Allah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

Ifa Raziah

“Mohon doakan bonda bernama Haryati Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang berusaha untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan ini. Mohon sokongan dan doa semua terutama dari suami,” tulis pelakon yang mula bertudung sekitar tahun 2012.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama, Ifa Raziah juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan mengenakan purdah.

selepas-neelofa-ramai-selebriti-wanita-t

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram semalam

Tidak cukup dengan itu, bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar turut muat naik sekeping gambar memakai purdah dan berjubah.



Loading...
loading...


Linda Rafar

Dia juga menjadikan Neelofa sebagai inspirasi kepada dirinya untuk terus menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.

“Linda masih terkejut dengan hidayah yang Allah berikan kepada Neelofa. Dalam masyarakat sibuk mengejar duniawi, dia terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua.

“Saya sayangkan awak Neelofa. Doakan Linda juga kekal beriman dan terus fokus ke jalan yang diredhai Allah SWT,” katanya.

selepas-neelofa-ramai-selebriti-wanita-t

Untuk rekod, sebelum Neelofa, Fynn Jamal, Ardell Aryana, Natasha Hudson antara selebriti tanah air yang telah mengenakan purdah.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha dilihat tidak lagi mengenakan purdah kerana dikatakan telah mendapat izin suami untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Ardell Aryana. – K! ONLINE

 

 


Sumber: KOSMO  via Sinar Viral Network


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post