Selamba kongsi video JDT dalam stadium. Eyka Farhana dikritik warganet selepas dikatakan penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium dan ini jawapan dari Eyka sendiri

Selamba kongsi video JDT dalam stadium. Eyka Farhana dikritik warganet selepas dikatakan penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium dan ini jawapan dari Eyka sendiri

KUALA LUMPUR – Pelakon yang juga kekasih pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid iaitu Eyka Farhana memohon maaf atas ketrlanjuran berkongsi video berada dalam stadium ketika perlawanan Liga Super kelab tersebut menentang Sabah malam tadi.Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi turut menafikan keberadaannya dalam stadium sebagaimana dipersoalkan seorang peminat.

Selamba kongsi video JDT dalam stadium. Eyka Farhana dikritik warganet selepas dikatakan penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium dan ini jawapan dari Eyka sendiri



Jelas Eyka, video berkenaan bukan rakaman sendiri sebaliknya merupakan perkongsian daripada ahli keluarga teman lelakinya itu.“Video yang dimuat naik itu, Eyka ambil daripada ahli keluarga. Jangan salah faham,” jelas Eyka, 25, menerusi satu perkongsian dalam Insta Story.Terdahulu, tular apabila seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan pelakon filem Polis Evo itu kepada akaun Twitter rasmi, Majlis Keselamatan Negara berhubung video yang dimuar naik Eyka.

ARTIKEL MENARIK:Muat naik foto bawa Mira Filzah ziarah papa tiba tiba Lisa Surihani komen. Mengajutkan sampai macam ni sekali Lisa Surihani komen bila Wan Emir muat naik gambar tu.


“Salam @MKNJPM bukan ke penyokong tak dibenarkan masuk ke dalam stadium?,” soal pengguna Twitter tersebut. Malam tadi, JDT berjaya menmpaskan Sabah 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sekali gus menjulang kejuaraan berkenaan buat tujuh kali berturut-turut dalam sejarah penganjuran. – K! ONLINE


Sweetnya! Eyka Farhana, Akhyar Rashid berbalas pantun ucap ‘I love you’

Pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak JDT Akhyar Rashid meraih perhatian waragnet selepas berbalas pantun di Instagram. HUBUNGAN istimewa antara pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Akhyar Rashid dilihat semakin serius apabila kedua-dua mereka berani meluahkan ucapan I love you secara terbuka di media sosial.

Eyka menerusi laman sosial Instagramnya turut memuat naik foto dia bersama seorang lelaki dari belakang yang dipercayai Akhyar dengan memakai baju bercorak sama.Diruangan komen tersebut Akhyar menulis pantun romantik kepada pelakon berkenaan.”Buat pondok dari kayu, saya nak cakap I love you,” tulis Akhyar.Akhyar berkongsi foto di Instagram dengan baju bercorak sama.“Ini yang lemah ni. Belai rambut nampak kutu, I love you too,” jawab Eyka.Aksi pasangan itu mendapat perhatian warganet yang turut membalas komen Akhyar dengan pantun-pantun lucu.”Pergi kedai jumpa nyonya, dia I punya.”Lahir bulan Mac, I love you so much.Beberapa foto mesra Eyka dan Akhyar pernah tular sebelum ini.

“Makan ayam minum air, dah lemah lepas tu cair,” komen beberapa pengikut Eyka.Sebelum ini, beberapa keping foto mesra serta boomerang Akhyar dengan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di laman sosial.

Rentetan dari kejadian tersebut, Akhyar tampil bersuara dan meminta peminatnya tidak lagi berkongsi aksi mesra pasangan itu.Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu.Eyka bagaimanapun memadam foto-foto mesra berkenaan selepas menerima kritikan warganet.-mstar

Akhyar Rashid gelabah peminat sebar foto mesra dengan artis – “Sekarang ni macam-macam orang dah kritik saya dan Eyka Farhana”

SUSULAN aksi mesra pelakon Eyka Farhana dengan pemain bola sepak muda, Akhyar Rashid yang tular di laman sosial, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu akhirnya tampil bersuara.Akhyhar atau nama sebenarnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 20, mengarahkan individu berkenaan untuk berhenti menyebarkan foto dia bersama teman wanitanya itu.

“Minta jasa baik kalau betul (anda) fans saya lepas ni tolong jangan share apa-apa yang saya dan Eyka post di story Instagram.“Lepas ni kalau nak share dekat IG awak… share yang fasal saya atau fasal main bola saja.Mesej peribadi yang dihantar Akhyar berhubung hubungan cintanya dengan Eyka Farhana.

“Ini hal peribadi kami so apa-apa biar kami sahaja yang post. Maaf kalau ada buat awak terasa,” tulisnya.Akhyar berkata demikian menerusi sebuah mesej peribadi yang di hantar di laman Instagram miliknya kepada salah seorang peminat.Dalam pada itu pemain muda ini berkata, dia juga tidak mahu berkongsi kisah percintaannya itu kepada umum selepas menyedari ianya tidak begitu diterima peminat.

Malah, Akhyar mengakui turut menerima kritikan kerana menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berkenaan.”Jangan post feed sebab saya tak nak orang pandang tak baik… sekarang ni saya dan Eyka orang dah kritik macam-macam.”Saya tak nak nampak macam saya dan Eyka ni menunjuk-nunjuk sangat hubungan kami.

“Tolong share dekat group fans saya yang lain lagi ya. Harap jasa baik awak dan fans saya yang lain support saya dengan cara yang betul,” tulisnya. Terdahulu beberapa keping foto intim serta boomerang Akhyar dengan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di media sosial.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu.Gambar itu turut dimuat naik sendiri oleh Eyka di Instagram, namun bertindak memadamnya selepas mendapat kritikan daripada peminat. Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen daripada kedua-dua bintang ini tidak berjaya apabila Akhyar enggan menjawab panggilan telefon mahupun membalas kiriman Whatsapp.-mstar

“Penat Kami Belajar Bahasa Korea!”- Eyka Farhana

Eyka dan Nazim dikritik bercakap bahasa Korea dalam drama.PETALING JAYA: Pelakon Eyka Farhana terkilan apabila usahanya berbahasa Korea dalam drama berjudul Ustaz Korea Sebelah Rumah dikritik warganet .Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, dia dan gandingannya Nazim Othman sudah berusaha untuk belajar bahasa itu sebelum memulakan penggambaran.

“Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea.”Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Eyka berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan warganet di laman Twitter terhadap klip drama lakonannya dengan aktor Nazim Othman berjudul Ustaz Korea Sebelah Rumah. Lakonan Eyka dan Nazim dalam drama Ustaz Korea Sebelah Rumah.Menerusi klip video sedutan drama tersebut, warganet menganggap nada dan sebutan bahasa Korea oleh Nazim dan Eyka agak pelik dan tidak menjadi.

Dalam pada itu, Eyka berkata, penonton perlu faham jalan cerita drama tersebut terlebih dahulu.Katanya, dia membawa watak sebagai remaja yang terlalu berminat dengan kumpulan K-pop.”Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama.

“Sebelum kritik mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka,” ujarnya.Tambah Eyka, penggambaran drama itu dijalankan pada 2016 dan ditayangkan sekitar Mei tahun yang sama di Astro Ria.-mstar
Loading...
loading...


Eyka Farhana balik kampung naik sampan

PELAKON Eyka Farhana memberitahu dia beraya di Narathiwat, Thailand selepas hampir 17 tahun tidak pulang ke kampung neneknya di negara jiran itu.Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, perbezaan suasana beraya di negara itu membuatkan dia teruja terutama apabila sudah lama tidak bertemu sanak-saudara.

“Tahun ini saya akan balik ke kampung belah ayah saya di Narathiwat Thailand. Lama dah tak balik, kali terakhir balik kampung ketika saya darjah satu.”Susah nak ke kampung itu kami perlu menaiki sampan,” ujarnya kepada mStar Online.Eyka Farhana teruja beraya di Thailand.

Eyka berkata, keluarga sebelah ayahnya berasal dari Thailand yang berhijrah ke Kelantan.Dalam pada itu, kata pelakon Juvana ini, perbezaan makanan dan kuih-muih sudah tentu menjadi tarikan beraya di sana.”Saya dah lupa kuih muih apa tapi sudah pasti ia berbeza dari Malaysia. Apa yang penting saya dapat jumpa ahli keluarga belah ayah yang sudah lama tidak bertemu,” ujarnya.-mstar

“Saya tak seteruk tu nak ke klab malam bulan Ramadan” – Eyka Farhana

PELAKON Eyka Farhana menafikan bahawa dia berhibur ke klab malam pada bulan Ramadan selepas memuat naik sebuah foto beberapa hari lalu.Sebaliknya, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, foto tersebut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Banteras.

“Saya tidak pergi klab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.”Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke klab malam sebenar, mereka hanya buat m0ck up set seperti dalam sebuah kelab sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Foto yang dimuat naik didkwa ke kelb malam.Pelakon filem Polis Evo ini berkata demikian selepas foto yang dimuat naik di Instagram miliknya menerima kritikan warganet n apabila disangka berkunjung ke klab malam.Bagaimanapun, Eyka berkata, mungkin dia tidak meletakkan penjelasan pada kapsyen berkenaan membuatkan pengikut laman sosialnya tersalah anggap.

“Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan warganet salah tafsir,” ujarnya.Sementara itu Eyka berkata, dia bersyukur dapat berlakon bersama aktor idolanya Khir Rahman dalam drama berkenaan yang bakal ditayangkan di Astro Ria.”Seronok dapat berlakon Khir Rahman kerana dia banyak beri tunjuk ajar dan selama ini pun saya memang minat melihat lakonannya yang bersahaja,” ujarnya.-mstar

Eyka Farhana bakal sarungkan busana Tommy Hilfiger di Minggu Fesyen Paris

PELAKON Eyka Farhana teruja apabila bakal menghadiri Minggu Fesyen Paris yang berlangsung di Perancis pada awal Mac ini.Eyka berkata, dia juga dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger pada 2 Mac yang bakal memperlihatkan jenama terkenal itu memperkenalkan koleksi kerjasama bersama aktres terkenal Zandaya.

“Insya Allah jika tiada halangan saya akan berangkat ke Paris pada penghujung bulan ini untuk menghadiri pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger.“Saya teruja sebenarnya sebab dipilih oleh pihak Tommy Hilfiger sendiri untuk mewakili selebriti dari Malaysia untuk ke acara itu.Eyka bersama rakan selebriti dan pihak pengurusan DG Studio.

“Saya juga akan mengenakan pakaian jenama itu pada acara itu nanti dan berharap dapat bertemu dengan pereka fesyen itu,” katanya kepada mStar Online.Eyka ditemui pada majlis pelancaran DG Studio iaitu sebuah butik yang memperkenalkan cenderamata premium dari Hong Kong yang diadakan di pusat beli-belah One Utama pada Jumaat.

Turut memeriahkan acara adalah pengacara Dahlia Syazwan dan selebriti media sosial Venice Mini.Pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 24, ini turut memberitahu peluang ke Paris itu juga akan digunakan sebaiknya dalam meneroka tentang fesyen terkini di negara itu.Eyka teruja bakal muncul dengan sebuah drama yang memperlihatkan dia memegang watak wanita ps1ko yang mempunyai lapan personaliti.

“Kebetulan sedang berlangsungnya minggu fesyen jadi seronok juga kalau dapat tengok dan belajar mengenai apa yang baru di sana.“Selain itu saya juga akan ambil kesempatan itu untuk bercuti sebab bila balik Malaysia nanti saya akan terus masuk ke set drama terbaharu,” ujarnya.Bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Eyka memberitahu dia teruja apabila akhirnya diberi peluang memegang watak berat dalam drama berjudul Kerana arahan Asyraf Jurey.

Kata Eyka, menerusi drama itu, dia memegang watak seorang wanita mempunyai lapan personaliti berbeza yang disifatkan berat namun memberi kepuasan sebagai pelakon. Eyka bersama Dahlia Syazwan (kiri) dan Venice Mini.“Sudah lama saya menantikan watak-watak sebegini kerana sebelum ini saya hanya diberikan peranan hampir serupa yang membuatkan saya tidak berkembang sebagai pelakon.

“Namun dalam ‘Kerana’ kredibiliti saya sebagai pelakon benar-benar teruji kerana bukan sahaja ceritanya yang berat tetapi watak saya juga sangat kompleks.“Sebelum masuk set penggambaran banyak persediaan yang saya lakukan demi memastikan lapan personaliti yang ingin saya zahirkan sampai kepada penonton,” katanya yang turut bergandingan dengan Jasmin Hamid dan Beego dalam drama untuk siaran RTM itu.Selain itu, Eyka bakal tampil dengan drama bersiri Bukan Cinta Aku arahan Erma Fatima dan sebuah telefilem Lelaki Melayu Terakhir arahan Datin Seri Umie Aida yang kedua-duanya menjalani penggambaran di Eropah pada akhir tahun lalu.Tags/Kata Kunci:-mstar

“Inilah Jalan Tenang Buat Kakak” – Eyka Farhana

SUKAR buat pelakon Eyka Farhana menerima hakikat bahawa satu-satu kakaknya iaitu Wan Anis Farhana yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) sudah tiada pada 23 Ogos lalu.Eyka ketika dihubungi berkata dia terkesan dengan pemergian kakaknya kerana dia bukan sahaja menganggap Anis sebagai kakak tetapi teman baiknya.

“Memang sukar saya terima hakikat ini tetapi saya sekeluarga reda kerana inilah jalan yang tenang buat kakak, syurga tempat kakak.”Allah meminjamkan kakak selama 24 tahun kepada kami dan kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami semua walaupun dia seorang OKU.”Kakak banyak mengajar saya untuk menghargai kehidupan terutamanya keluarga dan saya sebenarnya bukan sahaja kehilangan kakak tetapi seorang teman baik,” katanya kepada mStar Online.

Anis yang hembuskan nafas di kediaman keluarga di ibu negara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.40 malam.Jnzh disemadikankan di Tanah Prkbrn Islam Cheras Baru dekat sini.Bercakap lanjut mengenai kakaknya, Eyka berkata, kesihatan kakak mula merosot sejak beberapa bulan lalu dan kakak hembuskan nafas dalam keadaan tenang.

“Sehari sebelum kakak tiada saya sempat meluang masa bersamanya, dapat peluk cium kakak dan tengok kakak tenung semua orang.”Pada hari dia sudah tiada saya berada di set penggambaran dan dia di didatangi swn dan memang hendak membawanya ke hospital.”Tetapi ketika itu kami sedar dia sudah hendak ‘pergi’ sebelum pergi buat selamanya dengan tenang di rumah,” katanya.

Sementara itu, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun kakak mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka bercakap dengannya.Eyka Farhana merindui kakaknya.Mengimbau kenangan bersama kakaknya, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun kakak mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka berkomunikasi dengannya.

Kata Eyka, dia akan merindukan saat kakak mengejutkan setiap pagi selain setia menunggunya pulang daripada set penggambaran.”Kalau saya balik lambat dari kerja kakak mesti tunggu saya pulang dan dialah orang yang akan mengejutkan saya bangun pagi.”Tetapi sekarang… Kakak walaupun dia OKU tetapi dia faham apa yang dikatakan kepadanya selain mampu mengesot walaupun tidak boleh berjalan.”Keletahnya sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan sekarang terasa seperti kosong tanpanya,” ujarnya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post