Terbaru,perkongsian tarian pelakon Fasha Sandha bersama suami iaitu Aidil Aziz menerusi aplikasi Tiktok menarik perhatian pengikut di laman IG. Selain menerima pujian kerana aksi tarian yang bersahaja,ada juga peminat mempersoalkan mengenai penampilan Fasha yang dilihat sudah tidak mengenakan tudung.
Menjawab persoalan itu, Fasha berkata dia masih lagi belajar menutup aurat dan tidak pernah menyatakan hasrat berhijab sepenuhnya.”Betul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya, sama juga… macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.
ARTIKEL MENARIK:Lama jadi teka teki warganet akhirnya Syamsul Yusoff tampil bersuara bongkarkan inidividu yang menganggunya. Tergamam Syamsul siap tawarkan ganjaran yang lumayan untuk sesiapa yang nak heret lelaki ini jumpa dengan dia.
“Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak warganet mahupun trend tapi kerana diri sendiri.Fasha jawab komen seorang pengikut.”Saya belajar. Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik. Doakan kakak ya,” jawab Fasha pada salah satu komen yang ditulis pengikut.Video tarian TikTok yang dimuat naik Fasha itu menerima lebih 600,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengikut.
Salah satu komen yang diutarakan warganet ialah mengenai penampilan
Fasha yang dilihat tidak bertudung.”Setahu saya Fasha Sandha tak pernah
cakap pun dia bertudung, pada pandangan saya Fasha hanya menghormati
keluarga mentua dia sahaja, saya berharap Fasha akan bertudung. Betul
tak pendapat saya Fasha?” komen salah seorang peminat.
Fasha dan Aidil bersama pengurus mereka Kam teruja sambut kelahiran Aisha.Sebelum ini, pelakon drama Semua Salahku ini
mengakui selesa mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan dan berkata
dirinya masih dalam proses pembelajaran.Fasha berkahwin dengan Aidil
pada 30 Mac 2019 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata bernama Aisha
Amaira yang kini baru berusia dua bulan.Fasha turut mempunyai dua cahaya
mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri
Raysha Jemyma, 6.
Mengejutkan Fasha Sandha Update Sesuatu Di Laman Ig Nya. Apa Yg Dia Update Sangat Mengejutkan Warganet. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yg Berlaku.
Buruk baik, susah senang adalah antara satu tahap sesebuah pasangan itu diuji. Terbaru, ramai yang sebak melihat perkongsian video perkawhinan yang lain dari lain oleh Fasha Sanda. Pasangan selebriti yang bahagia Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika ini begitu serasi dan terutama Fasha walaupun bergelar selebriti terkenal namun mempunyai sifat rendah diri dan prihatin pada sesuatu hal.
Ini dibuktikan perasaan Fasha begitu terharu melihat sepasang pengantin yang melansungkan perkahwinan walaupun si suami kurang upaya demi cinta sejati si isteri membawa suaminya dengan berkerusi roda. Akhirnya Fasha tidak dapat menahan rasa terharu dan berguguran air mata.
Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni. Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 kena stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.
Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh. Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya. Tahniah Alif & Yin. Rata-rata warganet mendoakan pengantin lelaki ini cepat sembuh dan kebahagian perkahwinan ini hingga ke akhir hayat.
bidadari_istana Ya Allah semoga cepat sembuh.. Begitu juga dgn saya. Sakit berpuluh tahun sukar utk di ubati. Suami kahwini saya dan jaga siang malam. Menerima apa adanya saya. Allah berikan kita pasangan hidup pasti ada hikmahnya. Tahniah atas perkahwinan sahabat awak. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat.
alhaalfa alhamdulillahhhh jodoh rahsia allah bagusnya pengantin perempuan tu.. dayahbakar Cinta tanpa syarat.. inahedward Ayaq mata kami jatuh juga..bukti cinta sejati kan..semoga mereka kekal hingga ke syurga..aminnnn.. mid_73 Sedihnya..sy pun baru lps kena minor stroke tgn kiri..melihat suami menangis saat diserang stroke sy tau dia takkan tgglkan saya walau sy mungkin x lg sempurna.. sha.kda Dia perempuan yg hebat..
Sumber : Ig Fasha Sandha via newscoviral
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Artikel lain : “Eh hello, bukan artis saja nak berpisah!” – Fasha Sandha ‘sekolahkan’ warganet label selebriti suka kahwin lepastu berpisah.
KISAH perpisahan selebriti sentiasa mendapat perhatian warganet hingga ada segelintir pihak menganggap golongan terkenal itu lebih cenderung memilih jalan perpisahan berbanding berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Justeru itu, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk mengubah persepsi masyarakat memandangkan dia juga pernah berhadapan situasi sama suatu ketika dahulu.
“Ada juga orang kata, eh artis ni suka berpisah ke? Eh hello, bukan artis saja nak kahwin lepastu berpisah, orang bukan artis lagi banyak berpisah cuma tak masuk surat khabar saja. Sebab orang tak peduli. Artis juga selalu cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan tapi apabila tak berjaya, itu adalah takdir.
“Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Menjadi single lebih baik berbanding bersama pasangan yang salah,” katanya menerusi Instagram pada Khamis. Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 35, pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan berpisah pada 20 Januari 2016.
Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu. Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui dia berasa bangga dengan gelaran janda yang dipegangnya selama tiga tahun sebelum berkahwin semula.
Fasha kini bahagia disamping suaminya.
Kata Fasha, dia juga tidak pernah berasa malu dengan gelaran tersebut kerana ketika itu dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil kerja keras sendiri. “Saya seorang janda sebelum ini dan saya sangat berbangga dengan gelaran itu. Sebab apa? Sebab saya janda yang berkerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat.
“Tak ada apa nak malu pun dengan gelaran janda itu. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru. Ini pun pinjaman daripada Allah, cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat,” ujarnya. Fasha juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peminat serta saudara perempuannya agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan di masa hadapan.
SUMBER : Mstar
Kagum dengan Sugu Pavithra. Akhirnya terdedah jua faktor utama yang membuatkan Fasha Sandha terharu dengan Sugu Pavithra.
PERKONGSIAN YouTuber sensasi S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelakon Fasha Sandha menarik perhatian umum. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejut apabila penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati serta sering mengikuti drama lakonannya.
Malah apa yang membuatkan Fasha lebih terkejut apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa. Foto Pavithra yang mendapat solekan Razzi Musa menjadi tular. Sejujurnya saya terkejut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya. Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis
“Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya. Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali. “Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” kata Fasha kepada mStar. Menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan banyak belajar kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.
Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.
Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video. Pavithra dan suaminya mula mengambil hati rakyat Malaysia di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra menerusi video memasak menggunakan bahasa Melayu.
Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah mencecah 716,000 pengikut. Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perkembangan terkini yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya dengan pelakon Aidil Aziz. Fasha bersama suami dan anak-anaknya.
“Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat… InsyaAllah akan bersalin hujung bulan depan. Saya masih fobia memandangkan dua kali kehilangan kandungan sebelum ini. “Tapi Alhamdulillah kandungan dah lebih lapan bulan. Sekarang ini, hari-hari saya luangkan masa bersama Aidil dan dua orang anak saya.
Selain itu, saya fokus masa dengan komitmen saya sebagai duta produk,” ujarnya. Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan sebelum ini dia pernah mengalami kehilangan kandungan sebanyak dua kali. Dia mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6 hasil perkahwinan terdahulu dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.-mstar
Baby Shower Fasha Sandha Jadi Perhatian Warganet. Fasha Luah Rasa Tidak Percaya Dengan Apa Yang Berlaku Dan Satu Kejutan Ini Luar Di Jangkaannya
Pelakon yang cukup berbakat, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Fasha Sandha yang popular bukan kerana paras rupa malah bakatnya dalam bidang lakonan tidak dinafikan sentiasa memberikan kesan terhadap penonton sekali gus mendapat sambutan baik peminat drama tempatan. Walau bagaimanapun, Fasha Sandha kini dilihat sangat bahagia berada disisi suami, Aidil Aziz dan dua orang anaknya. Apatah lagi, keluarga selebriti ini bakal menerima kehadiran baru apabila Fasha kini sedang sarat hamil cahaya matanya.
Mendedahkan berita kehamilannya pada awal tahun ini, ternyata Fasha Sandha sudah tidak lama lagi bakal bersalin namun apa yang menjadi perhatian dilaman Instagram miliknya apabila dia berkongsikan saat-saat manis diberikan kejutan oleh insan-insan tersayang bagi majlis baby shower. Meluahkan rasa tidak percaya dan bersyukur serta berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat kerana majlis berkenaan, Fasha turut memuat naik beberapa keping foto.
Majlis baby shower pelakon ini kelihatan sangat menarik dengan warna pink dan Fasha pula mengayakan busana yang simple namun tetap berseri dan meraih ribuan tanda suka daripada warganet.“I can’t believe all of you made all that effort to throw me a surprise baby shower party. It must have been a ton of work and I can never thank you enough. “Please know that I am grateful beyond words. Thank you dear family and close friends.” Ujar Fasha.-hcl
Nama Membawa Maksud Bahagia Dan Cantik Selamanya. Akhirnya Fasha Sandha Dedahkan Nama Anak Yang Sebelum Ini Dipanggil Baby A
SELEPAS lima hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Fasha Sandha pada Selasa berkongsi nama anak perempuannya iaitu Aishah Amaira Mohd Aidil. Fasha berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksud yang bahagia dan cantik selamanya.
Isteri kepada pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz ini berkata, bayi itu merupakan anak kelima aktres berkenaan selepas mengalami dua kali kehilangan kandungan. “Nama saya Aishah Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik. Fasha selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat lalu.
“Aishah anak kelima ibu tau, lagi dua anak ibu dan ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. “Ibu dan ayah tak putus asa dan tak putus doa,” ujarnya. Sementara itu, Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagram yang kini mencecah 5 juta.
“Pengikut ibu naik ke lima juta hari Aishah dilahirkan, ramai yang sayang. Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut yang mendoakan baik-baik untuk ibu. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.-mstar
Fasha Sandha Dedah Alasan Anak Halang Berlakon Sebab Yang Satu Ini Raih Perhatian Ramai
Sebagai selebriti, setiap kali kemana-mana pasti akan menjadi perhatian ramai. Dek kerana kasihan melihat ibunya melayan peminat yang ingin bergambar, Fasha Sandha berkata anak sulungnya meminta dia berhenti berlakon.
Menerusi Instagram, Fasha berkongsikan video anak lelakinya, Putra Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila ibunya yang sedang sarat hamil terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat. Dalam video tersebut, Rayfal meminta ibunya berhenti berlakon dan tidak mahu lagi menjadi orang terkenal. Fasha berkata sudah lama rupanya anaknya itu menyimpan perasaan tersebut.
“Kisah beberapa hari lalu, sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food. Tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar. “Tiba-tiba anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan. Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Fasha memberitahu lakonan merupakan minatnya dan mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Fasha turut sebak anaknya baru tujuh tahun tetapi ambil berat akan dirinya.
“Lakonan adalah saya sayang. Hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet memuji Rayfal kerana masih di usia kecil sudah menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga ibunya. warganet turut mengusik dengan mengatakan, mana boleh Fasha berhenti berlakon kerana ramai yang akan rindukan lakonan hebatnya nanti.
Fasha Sandha tetap gementar nak bersalin kali ketiga
Selepas dua kali mengalami kehilangan kandungan, pelakon popular Fasha Sandha yang kini hamil lapan bulan mengakui masih dilema untuk melalui proses bersalin. Fasha berkata, walaupun pernah melahirkan dua anak sebelum ini, namun perasaan gemuruh dan takut masih ada dalam dirinya.
“Kandungan saya kini sudah berusia lapan bulan dan doktor sudah suruh saya bersedia bulan depan. Walaupun pernah melahirkan dua anak, saya tetap rasa gementar dan dilema kerana kali terakhir saya melahirkan anak adalah sekitar enam tahun lalu. “Lagipun pengalaman kehilangan kandungan membuatkan saya amat dilema. Barang kelengkapan masih belum dibeli kerana kebetulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni. Insya-Allah minggu depan baru nak mula beli barangan untuk bayi perempuan kami,” katanya.
Menurut Fasha, pengalaman dua kali kehilangan kandungan menerusi perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa berdoa kepada Allah. “Saya mengikut segala nasihat doktor iaitu lebihkan makan suplemen, kurangkan pergerakan pada trimester pertama serta berdoa dan tawakal agar kandungan ini selamat sehingga dilahirkan,” katanya.
Fasha berkahwin dengan Aidil pada 3 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas kehilangan kandungan sebanyak dua kali. Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Sementara itu, Fasha mengakui teruja apabila YouTuber sensasi, S Pavitra menyukai drama lakonannya dan meminatinya. “Pada mulanya agak terkejut sebab jarang sekali penonton berbangsa India mengikuti drama-drama lakonan dan menjiwai watak yang saya bawakan. Saya amat menghargainya,” katanya.
“Dahlah mahal, busuk tak berkualiti!” – Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa
Pelakon Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan.Menurut Fasha, bantal khas untuk ibu mengandung yang dibeli tidak berkualiti dan indah khabar dari rupa. “Realiti dan jangkaan… memandangkan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini.
“Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah busuk, qualiti tak berapa bagus. “Aduh! Tak baik tau buat sesuatu yang tidak elok kepada orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai,” katanya.
Fasha kecewa bantal yang dibeli berbeza daripada katalog gambar portal berkenaan. Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rasa terkilannya itu menerusi Instagram pada Sabtu lalu. Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah rakan artis antaranya Faradhiya.
“Kebanyakan mereka yang jual online ni memang standard macam ni je. Saya jenis tak beli barang online tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni terjebak beli dua tiga kali. “Semua yang sampai tak seperti digambarkan… jadi tiada lagi beli online, banyak sangat menyampaikan sesuatu yang tidak benar, sedih dengan manusia-manusia macam ni, tak berkat berniaga,” komen Faradhiya.
Fasha Sandha hamil
Pelakon popular, Fasha Sandha mengesahkan dirinya hamil tetapi tidak akan berkongsi usia kandungan. Fasha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, pengalaman mengalami kehilangan kandungan pada Jun lalu membuatkan dirinya masih dilema. “Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.
“Pengalaman beberapa kali pernah kehilangan kandungan dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih dilema atas pengalaman lalu. “Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama. “Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya. Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.
Namun, Fasha diberitakan mengalami kehilangan kandungan selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan. Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu. Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.-ctto
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment