Percintaan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick dengan teman lelaki, Dini Azan Schatzmann bukanlah satu rahsia dalam industri hiburan tanah air. Mereka secara terbuka kerap berkongsi foto-foto dan video-video yang sweet untuk tatapan peminat.
Terbaharu, Janna telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya yang memaparkan dia bersama dengan Dini di sebuah pusat per4nginan. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminat yang rata-rata mengharapkan hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan. Tidak ketinggalan, pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak turut tinggalkan komen:-
ARTIKEL MENARIK:Kali ni giliran Shuk Sahar pula ke pejabat SPRM. Mengejutkan rupa rupanya ini punca dia ke pejabat tersebut buat ramai terkedu.
Buat masa ini, Zizan tidak digosipkan dengan mana-mana wanita. Mungkin juga pelawak tersebut ada perancangan lain, atau juga ada buah hati yang masih dirahsiakan. Apa pun, soal jodoh adalah satu rahsia yang kita tidak dapat jangkakan.
Kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan Janna Nick dan Dini akan berakhir dengan perkahwinan. Manakala untuk Zizan, kami doakan semoga urusan Zizan bertemu suri hati dipermudahkan! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HOT FM
Ucapan Dan Video Ulang Tahun Bersemut Habis Buat Teman Lelakinya. Fasha Sandha Dan Zarina Zainuddin Tinggalkan Komen Buat Pasangan Tersebut
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedikasikan ucapan buat ulang tahun kelahiran teman lelakinya, pelakon Dini Azan Schatzmann yang ke-26 semalam.Menerusi Instagram, Janna berkongsi video yang memaparkan momen-momen manis bersama teman lelakinya itu beserta ucapan.
“Happiest birthday @dinischatzmann. Saya mahu berdiri dengan awak di atas gunung, luangkan masa bersama di pantai, baring sebegini selamanya, hingga awan meruntuh.”Saya sangat cintakan awak sedalam hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Janna tumpang gembira melihat kebahagiaannya bersama Dini, malah, terdapat beberapa rakan artis yang menyuruh pasangan ini berkahwin dengan cepat.
“Saya gembira untuk awak adik, saya dapat lihat mata awak bercahaya, wish you all the best till Jannah, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, kawin cepat anak korang mesti cantik,” tulis Zarina Zainuddin.”Cepat kahwin,” tulis Fasha Sandha.”Ya Allah sweet betul la pasangan ni,” tulis pengikut lain.
“Bagus ada public figure dijangkiti koronavirus!” – Janna Nick minta maaf terlepas cakap, salah guna perkataan
PELAKON dan pengacara, Janna Nick membuat permohonan maaf kerana terlanjur kata ketika mengacarakan program hiburan Melodi.Sebagai pengacara baharu, Janna mengakui menggunakan perkataan yang kurang sesuai sehingga penonton tersalah tafsir maksud yang cuba disampaikan.”Minta maaf… saya orang baru dalam bidang pengacaraan! Ayat yang patut diubah adalah perkataan ‘bagus’ itu.
“Sepatutnya (guna perkataan) ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena Covid-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awereness bahaya virus ini.”Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,” kata Janna semasa penutup program tersebut pada Ahad. Janna bersama rakan pengacara, Awal Ashaari.
Sebelum itu, Janna mengulas berita mengenai aktres Puteri Aishah disahkan positif Covid-19.Namun, dia tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton di laman Twitter.”Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni.”Bagus?,” sampuk Awal.
“Bukan bagus… maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital,” kata Janna ketika bersiaran langsung.Janna minta maaf tersalah guna perkataan.Sementara itu, rakan pengacara Awal Ashaari pula berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Janna itu.”Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! “Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini.”Itu maksudnya… Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ni!,” kata Awal.
Janna Nick rimas peniaga online desak buat IG review – “You all pun kena ikhlas bagi… bukan harap balasan posting”
PELAKON Janna Nick meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir peniaga atas talian yang mendesaknya memuat naik ulasan barangan yang telah diberi di laman Instagram.Menurut Janna, dia menerima pelbagai barangan serta makanan daripada pengikut dan ulasan atau review yang dibuat di laman tersebut adalah atas budi bicaranya tanpa sebarang bayaran.
“Saya terima banyak makanan dan saya okay awak nak bagi terima dengan hati terbuka takkan nak tolak kan… tapi bila ada yang tanya bila nak post kita punya, bila nak buat video kami?”Pertamanya saya buat ni percuma memang tak caj, ikhlas tapi bila dah jadi macam ni, seperti komitmen kerja pula nak kena post. Kalau anda buat bisnes online mesej nak bagi makanan, nak bagi saya rasa saya terima tapi tak boleh anggap sebagai komitmen kena post.
“Sebab ada masa saya dapat makanan rasa dia kurang sedap, jujur cakap tapi takkanlah saya nak buat story dan beritahu tentang benda ini… saya bukan tak support online bisnes tapi you all pun kena ikhlas bagi bukan mengharapkan balasan posting sebagainya, itu lebih ikhlas!Janna kongsi luahan hatinya di Instastory.Pengacara program Melodi ini berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.
Sementara itu, pelakon drama Semerah Cinta Humairah ini memohon maaf jika luahannya itu melukai hati mana-mana pihak.Tambahnya lagi, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia perlu memuat naik banyak ulasan produk di laman tersebut.Janna minta maaf jika luahannya itu menyinggung hati mana-mana pihak.
“Ada yang saya pernah post sebelum ni dan mereka tahu alamat saya terus hantar lagi barang tanpa tanya saya dulu… kemudian tanya bila nak post lagi? Kalau saya pernah post sebelum ini itu bukan bermaksud anda boleh harapkan saya post lagi.”Sebabnya saya ada banyak yang minta tolong post termasuklah kawan-kawan saya yang terdesak semasa PKP ini, dulu kerja lain dan sekarang mula buat bisnes… saya pun banyak lagi posting untuk kawan-kawan juga!
“Ada makanan diberi sedap tapi saya tak boleh nak buat sekaligus semuanya sebab saya bukan buat Instagram review kan! Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada sesiapa terasa tapi saya kena cakap juga!” ujarnya.Untuk rekod, Janna Nick memiliki 5.7 juta pengikut di Instagram dan tersenarai dalam 10 selebriti Malaysia memiliki pengikut teramai.
Janna Nick terpeleck masa ‘live’, netizen pula puas hati – “Mulut jahat sangat mengata orang janda”
TINDAKAN pelakon dan pengacara Janna Nick ketika mengendalikan siaran langsung sebuah program hiburan pada Ahad lalu menerima kritikan warganet. Ia bermula apabila ada segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengan aktres itu yang menggelar tetamu undangan, Elly Mazlein dengan panggilan janda.
Menerusi beberapa potongan video yang tersebar di media sosial, Janna yang mengacarakan program itu bersama Awal Ashaari menggunakan perkataan janda apabila mengaitkan pelakon itu mengenai isu perkahwinan. Warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Janna Nick yang menggelar Elly Mazlein sebagai janda.
“Bila tengok Ezlynn ni kita teringat kak Lina Pom Pom yang nak menamatkan status janda,” ujarnya.Selain tetamu undangan lain, Awal sendiri dilihat seolah-olah terkejut dengan kenyataan dikeluarkan selebriti itu.Janna juga dilihat terkedu dan bertindak menutup mulutnya kerana sedar akan pertuturannya yang disifatkan sebagai tidak sensitif.
Menerusi program yang bersiaran pada Ahad itu, barisan pelakon drama popular Kampung People seperti Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah yang dibawa menjadi tetamu jemputan.Janna kemudiannya dilihat tersungkur sebelum dibantu oleh Elly Mazlein untuk bangun.Gara-gara itu, kejadian kaki Janna yang terpeleck ketika menemu bual tetamu jemputannya itu turut dikaitkan dengan perbuatan ‘cakap lepas’ itu.
Bila tengok Ezlynn ni kita teringat kak Lina Pom Pom yang nak menamatkan status janda.
“Mulut jahat sangat mengata orang janda, padan muka jatuh tersungkur masa tengah live Melodi.”Dia ni eloknya kena saman dan kena gam macam mana Amar kena saman dulu dengan Watson Nyambek. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Karier lakonan dia bercambah pun sebab belas ihsan keluarga Sheila Rusly. Kalau tak memang menadah gerimis saja la,” tulis warganet.
Kecoh berita Janna Nick nikah di selatan Thailand – “Saya bukan bercinta dengan suami orang sampai nak kahwin lari!”
PELAKON Janna Nick menafikan dkwaan kononnya dia dan kekasih Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada Jun tahun lalu.Menurut Janna, tiada alasan untuk mereka mengadakan pernikahan sehingga ke negara berkenaan kerana masing-masing masih bujang dan mempunyai keluarga di Malaysia.
“Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin tu ada tapi tak ada la sampai nak kahwin lari… saya bukan bercinta dengan suami orang.”Kalau betul kami dah nak berkahwin pasti saya akan umumkan tarikh… tapi itu semua sekiranya segala persiapan awal telah dibuat.”Tapi dalam keadaan sekarang ni, segalanya tergendala…. jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh buat, ” katanya kepada mStar.
Pengguna Twitter sebarkan maklumat mengenai pelakon Janna Nick dan kekasih yang dikatakan kahwin lari.Pada malam Khamis, laman Twitter kecoh apabila seorang warganet mendedahkan pengacara program Melodi ini sudah berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann.Menerusi posting berkenan, pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan di Satul yang terletak di selatan Thailand.
Tindakan tegas akan di ambil kepada sesiapa yang melakukan kesalahan penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi.
Individu yang menggunakan akaun @munafiqburner itu memuat naik keratan yang mengandungi kenyataan tentang pernikahan tersebut.Menerusi muat naik itu turut terpapar maklumat peribadi iaitu nama penuh dan nombor kad pengenalan Janna dan Dini.Sementara itu, Janna Nick menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu tersebut.
Janna akui ada perancangan mendirikan rumah tangga dengan kekasih.Lebih-lebih lagi apabila maklumat mengenai dirinya pada dokumen tersebut turut terpapar kepada umum.”Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang melakukan kesalahan penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi.
“Kesalahan yang dilakukan individu itu mungkin boleh menyebabkan mereka didenda RM300,000.”Apa-apa pun selamat berpuasa dan bulan baik ni kita sama-sama doakan semoga Malaysia bebas Covid-19 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” ujarnya.Pelakon drama Leftenan Zana ini mula serius menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu berdarah kacukan itu pada November tahun lalu.Tags/Kata Kunci:
“Sebab tu malas nak kongsi benda baik”- Janna Nick kesal video taranum pun kena kritik
PELAKON Janna Nick kesal apabila video bacaan taranum yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dikritik warganet berikutan gaya pemakaian tudung yang masih menampakkan rambutnya.Janna atau Nurul Jannah Muner, 24, berkata sikap warganet yang gemar mencari kesalahan membuatkan dia enggan berkongsi perkara-perkara baik.
“Sebab tu kadang-kadang rasa malas nak kongsi benda baik-baik. Share kebaikkan pun masih ada yang mencari kesalahan,” katanya.Terdahulu, Janna berkongsi sebuah video bacaan taranum yang sangat merdu oleh seorang ustazah.Melalui video berkenaan Janna dilihat mengenakan selendang menutupi separuh kepalanya.
Janna membalas kenyataan individu yang menegur cara Janna menggayakan tudung.Dalam pada itu, pelakon Leftenan Zana ini sempat menegur individu terbabit untuk melihat perkara lebih baik daripada mencari kesalahannya.”Cuba faham point yang saya nak share dalam video ni. Saya cuma nak kongsi alunan suara ustazah. Itu la orang kata, pokok pangkal hati.”Kalau hati tu bersih, InsyaAllah awak akan lebih memerhati keindahan daripada menghidu kebusukkan,” ujarnya.
“Asalkan muka saya bersepah” – Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah
REBUT semua peluang tanpa berkira dalam soal bayaran menjadi antara kunci pelakon Janna Nick mengekalkan populariti dalam industri seni.Menurut Janna, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 24, dia tidak pernah meletakkan nilai yang tinggi bagi setiap tawaran yang diterima.
“Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah ‘demand’ dengan harga tawaran lakonan.”Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah,” kata Janna kepada mStar.Janna mahu perbaiki kekurangannya dalam bidang seni.
Janna ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada Ahad lalu.Pada acara itu Janna menang dalam kategori Artis Versatil Popular menewaskan empat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.Selain bagi kategori Artis Versatil Popular, Janna turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.
Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.
Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini berkata dia belum mencapai prestasi yang cukup membanggakan dalam kerjayanya dalam bidang seni.”Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.”Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.
Janna Nick digoda suami orang, ajak dating sambil pimpin tangan – “Awak kena pakai niqab supaya peminat tak ganggu”
PELAKON Janna Nick tidak menyangka tindakannya berkongsi kiriman mesej peribadi (DM) yang dihantar seorang lelaki di Instagram telah membongkar status pengirim tersebut.Menurut Janna, awalnya dia hanya berkongsi paparan skrin itu kerana terhibur dengan mesej yang dihantar, namun lain pula berlaku apabila lelaki berkenaan meminta dia memadam muat naik tersebut kerana bimbang diketahui oleh isteri.
“Saya bukan nak aibkan lelaki itu, cuma bila dia cakap jari saya gempal tu saya rasa kelakar… bila benda kelakar saya rasa nak kongsi dengan orang yang tengok Instastory saya.”Tapi bila dah post dia suruh padam sebab takut bini baca dan tukar nama serta gambar profil.”Jadi sekarang ni salah siapa? Salah sayakah sebab tunjuk DM dia atau salah dia sebab dah kahwin tapi masih nak DM perempuan lain,” katanya.
Janna berkongsi mesej peribadi yang dihantar seorang lelaki di Instastory.Sebelum itu, Janna berkongsi paparan skrin mesej gangguan yang diterima daripada seorang lelaki di laman Instagram pada Jumaat.Bagaimanapun, lelaki tersebut memohon perkongsian itu dipadam segera.”Adoi awak ni. Tak naklah kawan awak dah, padam lah. Bini saya tahu nanti perginya saya.
Janna kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Dini.“Tolonglah padam Janna, saya merayu dekat awak,” tulis lelaki itu.Sementara itu, teman wanita kepada aktor Dini Azan Schatzmann ini turut menasihati mereka yang sudah bergelar suami supaya menjaga hati pasangan masing-masing.”Ramai je lelaki yang DM tapi tak tahu kalau mereka itu laki orang ke tak! Cuma saya tak pernah layan pun.”Cuma nak ingatkan kau orang yang dah berumah tangga ni cubalah jaga hati isteri tu. Penat mereka beranak, jaga makan dan pakai tapi kau menggatal pula dengan perempuan lain,” ujarnya.
Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja – “Dia cabar… saya buat dan kami bertukar nombor telefon”
TINDAKAN berani pelakon berasal dari Pakistan iaitu Arslan Asad Butt melamar aktres Janna Nick secara langsung semasa program hiburan Melodi (TV3), Ahad lalu menarik perhatian penonton.Menjelaskan situasi yang berlaku, Arslan, 26, berkata tindakan spontannya itu hanyalah sekadar gurauan bagi menyahut cabaran pengacara tersebut.
“Semasa itu saya di set program Melodi di karnival Jom Heboh, Melaka dan Janna sendiri cabar saya untuk melamar dia secara langsung dan saya buat! Sebenarnya itu hanya gurauan dan janganlah ambil serius.”Selepas berakhirnya program itu kami tak sempat nak berborak panjang, namun sempat bertukar nombor telefon.
“Sehari kemudian saya ada mesej Janna melalui Whatsapp dan beritahu mengenai video klip ‘lamaran’ tersebut yang tular di media sosial dan kami rasa ia sesuatu yang kelakar,” katanya kepada mStar.Arslan berini cuba nasib lamar Janna ketika siaran langsung Ajak Shiro dan penonton.Arslan ditemui semasa sesi meet & greet bersama barisan pelakon drama Sara Sajeeda yang diadakan Brunch & Brasserie, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Pada Ahad lalu, Arslan diundang ke set Melodi bagi mempromosikan drama tersebut yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda (TV3).
Tiz sangat hebat, dia ajar saya memahami bahasa Melayu dan kami berkongsi banyak perkara di set penggambaran!
Semasa sesi temuramah bersama aktor tersebut, Janna bertanyakan mengenai teman wanita dan mencabar Arslan melamarnya untuk dijadikan isteri.Reaksi spontan Arslan itu mengejutkan Janna termasuklah seorang lagi pengacara Melodi iaitu Ajak Shiro.
Arslan mengagumi bakat Tiz Zaqyah.Sementara itu, bercakap mengenai drama Sara Sajeeda, Arslan berkata dia teruja apabila dapat bergandingan bersama Tiz Zaqyah dan mengakui kagum dengan bakat aktres tersebut.”Tiz sangat hebat, dia ajar saya memahami bahasa Melayu dan kami berkongsi banyak perkara di set penggambaran. Kita saling bantu-membantu.
“Sejujurnya sebelum penggambaran drama ini saya tak kenal siapa itu Tiz Zaqyah, malah tak pernah tengok gambar dia sehinggalah kami bertemu di lokasi.Arslan dan Tiz saling berkongsi ilmu mengenai drama, bahasa dan budaya.“Pertama kali berjumpa di set, rupanya dia seorang wanita yang sangat cantik, menyenangkan dan mudah bekerjasama,” ujarnya.Selain Arslan dan Tiz, drama Sara Sajeeda turut menampilkan Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Haliza Misbun, Mas Anizan, Uyaina Arshad dan Alif Muhaimin.Drama terbitan Zeel Production itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment