KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin membuktikan rasa cintanya apabila berjanji akan menjaga keluarga Safawi Rasid selepas pemain bola sepak itu berlepas ke Portugal malam kelmarin. Janji itu ditulis Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, dalam satu ciapan di akaun Twitternya semalam
“Jangan risau, saya akan menjaga keluarga awak seperti yang sudah dijanjikan. “Semoga berjaya walau di mana awak berada. Harap awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kejayaan awak,” tulisnya. Ujar pemilik bersama jenama kosmetik Kekasih itu, dia berharap pemain berusia 23 tahun tersebut akan terus berusaha untuk lebih berjaya pada masa depan.
ARTIKEL MENARIK:Azzam baru je jadi juara big stage semalam. Mengejutkan tiba tiba TokTi tampil bagi komen pasal lagu dia. Terkedu sampai macam ni sekali TokTi komen pada Azzam.
“Saya sentiasa mahu melihat awak berada pada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. “Kekal fokus dan semoga Allah S.W.T melindungi awak,” kata Syifa. Dalam pada itu, Syifa dilihat turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam kelmarin bagi mengiringi ayam tambatan Harimau Selatan tersebut.
Safawi akan berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC secara pinjaman selama semusim. Terdahulu, pada Mac lalu, Syifa pernah dikritik warganet dan dilabel sebagai kaki kikis selepas menerima beberapa hadiah mewah seperti telefon bimbit berjenama Iphone Pro Max dan beg tangan berjenama Louis Vuitton daripada Safawi.
Adik Syatilla Melvin itu pernah dikatakan menjadi punca prestasi Safawi merudum selepas mengajak pemain Johor Daru Ta’zim berkahwin tahun ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Kosmo
Dah Menangis Dekat Rumah Dahulu. Syifa Melvin Sampai Menitiskan Air Mata Dengan Penghijrahan Safawi Rasid Ke Kelab Baru. Ini Kata Kata Syifa Buat Pemain Bola Itu.
Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin. Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah. Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa. “Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya. Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.
Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan; “All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya. Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.
Sumber: Hmetro
Ribuan ucapan tahniah, doa iringi penghijrahan Safawi ke Portugal… pesanan TMJ paling padu! – “Jika perlu apa-apa, aku sentiasa ada… just call”
RIBUAN ucapan tahniah dan juga doa membnjiri posting terbaharu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. Terdahulu Safawi yang juga anak kelahiran Dungun, Terengganu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokongnya.
“Thank you for all the memories. I will miss JDT family and all supporters. Junjung kasih Tuanku,” tulisnya pada perkongsian tersebut. Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 90,000 likes dan ribuan komen yang dilontarkan warganet dan juga selebriti. Malah Tunku Ismail sendiri turut menitipkan ucapan kepada pemain skuad Harimau Malaya itu.
“All the best Pawi. Aku doa semoga berjaya. Jikalau perlu apa-apa, aku sentiasa ada. Anytime, anywhere.. just call. Jaga diri, sentiasa ingat Allah. Pintu JDT sentiasa terbuka. All the best and good luck,” tulis Tengku Mahkota Johor itu di ruangan komen. “Selamat maju jaya, Pawi! Banggakan Malaysia!,” komen pengacara terkenal, Uyaina Arshad.
“All the best,” tulis Izham Tarmizi yang juga penjaga gol kelab tersebut. Sementara itu, ada juga warganet meluahkan rasa sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat Safawi beraksi di dalam negara. “Good luck Pawi. Kami akan merindui aksi anda Liga Super Malaysia,” tulis Faiz Najmii. Safawi akan berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.
Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini. Safawi muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas pemain muda muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu. Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.
Sumber: Mstar
Safawi Rasid dikatakan bakal berpindah dan bermain untuk kelab di Portugal. Lagi mengejutkan gaji yang ditawarkan kepada Safawi Rasid meraih perhatian ramai.
Safawi Rasid yang akan berpindah dan bermain untuk Portimonense SC dilaporkan bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara, lapor Harian Metro. Semuanya jika Safawi berjaya membuktikan keupayaannya bersama kelab liga utama Portugal itu. Bukan itu saja, nilai penyerng kebangsaan itu dikatakan boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah dan menjadi perhatian kelab ternama lain di masa akan datang.
Mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound bersamaan dengan RM1.6 juta. Nilai itu juga dikatakan akan meningkat sehingga RM3 juta jika dia terus beraksi bersama kelab itu atau sekiranya dilamar kelab gergasi di Eropah.
Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ketika ini hanya Safawi saja pemain dari Asia Tenggara yang bermain di liga utama Portugal itu. Tidak mustahil, dengan kemampuan dimiliki Safawi dia boleh bersaing dengan pemain lain.
“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.”
“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti. Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama.”Kata Effendi, Portimonense SC adalah pasukan yang berpengaruh jadi penghijrahan Safawi ke kelab itu adalah perkara yang membanggakan negara kita.-lobakmerah
Safawi Rasid Dilamar Satu Kelab Di Luar Negara. Ini Respon Padu Dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Tawaran Itu Agak Luar Biasa
Safawi antara penyerng muda tempatan yang mencipta impak positif pada saingan domestik dan Asia. PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan penyerng kelab itu, Safawi Rasid yang dilamar kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC.
Menerusi kenyataan di Instagramnya, Tunku Ismail menyatakan Safawi akan dilepaskan sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) berakhir Oktober depan.“Kelab akan lepaskan selepas habis league (liga), all the best Safawi,” katanya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memberikan kredit kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain berkualiti seperti Safawi.“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a superstar. Juara liga, juara Piala FA, juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat kelab Juara-Juara Asia. Syabas,” katanya.
Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, kelmarin mengesahkan skuad Harimau Selatan itu menerima tawaran rasmi untuk Safawi daripada Portimonense SC dan bersedia melepaskan anak jati Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu.“Kelab percaya tawaran ini baik untuk JDT dan Safawi, oleh itu, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.
“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran itu kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.Perkembangan Safawi itu bakal menyaksikan seorang lagi pemain negara bakal beraksi di Eropah selepas tonggak Bawah 19, Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.
JDT Terpaksa Lepaskan Safawi Rasid. Ini Kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Berita Terkini Tentang Pemain Bola Tersebut
Terkini, impian bakal menjadi kenyataan apabila penyer4ng prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.
Menerusi kenyataan di Instagram officialjohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik saingan liga berakhir.Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.
” Kelab akan lepaskan Safawi selepas habis league (liga), All the best Safawi,” katanya, yang memuat naik komen di Instagram officaljohor sebentar tadi.” Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” katanya.
Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Hal ini bermakna jika hasil perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan berjaya, dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa beraksi bersama kelab di eropah selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.
Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.
” Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” tulis kenyataan tersebut.
Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.
Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.Sekiranya Portimonense SC dapat bertahan dalam Primeira Liga, bermakna mereka akan bersaing dengan kelab handalan seperti FC Porto dan Benfica.Jika ia menjadi kenyataan, kita berpeluang untuk melihat Safawi bersaing dengan pemain terkemuka seperti Pepe (bekas bintang Real Madrid) dan Ruben Dias (Benfica).
Mengejutkan Baru Je Jadi Jutawan Tiba Tiba Ini Yang Terjadi Pada Syifa Melvin. Warganet Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Yang Terjadi Pada Dia.
Kini bergelar jutawan kosmetik di usia muda, pelakon dan ahli perniagaan Syifa Melvin berkata dia kini lebih memberi fokus terhadap bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya berbanding kerjaya seni. Tidak menafikan istilah ‘bimbo’ sering dikaitkan dengan wanita yang berpenampilan menarik, bagaimanapun Syifa berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana jika tidak tahu tentang sesuatu seseorang itu boleh cuba belajar.’
“Perempuan cantik yang dikaitkan dengan perkataan bimbo itu sudah biasa dengar sebab kadang-kadang ada yang buat ia sebagai bahan jenaka. Akan tetapi bagi saya ‘biarlah bimbo-bimbo aku pun, aku cerdik dan banyak duit. Itu penting. Malah rasanya kalau bimbo kita boleh cuba berubah dengan mencari ilmu,” katanya kepada Media Hiburan.
Orang geelar bimbo
Dalam pada itu, Syifa berkata dia pernah lagi menerima kritikan mahapun ada warganet menggelarkannya bimbo. Malah, Syifa menyifatkan kejayaan yang diraihnya ini adalah bukti kredibilitinya dalam dunia perniagaan. “Setakat ini saya tak pernah lagi menerima kritikan sedemikian secara langsung. Cuma apa yang saya boleh kongsi, apa yang kami kecapi menerusi Kekasih ketika ini adalah ‘den-dam’ terbaik,” katanya.
“Ramai Tak Tahu Saya Pernah Bangun Kerja Jam 5 Pagi, Tapi Dilabel ‘Gold Digger’
Kini bergelar jutawan kosmetik di usia muda, pelakon dan ahli perniagaan Syifa Melvin berkata dia kini lebih memberi fokus terhadap bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya berbanding kerjaya seni. Menurut Syifa, penglibatannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan berlaku secara tiba-tiba. Ujarnya, pada awalnya dia hanyalah seorang influencer dan ramai tidak tahu dia pernah menjadi juru solek.
“Jujurnya saya terjun dalam dunia hiburan tanpa disengajakan saya hanyalah seorang influencer dan pernah menjadi jurusolek selama dua tahun. Ramai yang tak tahu ketika itu, saya pernah bangun jam 5-6 pagi untuk solek pengantin tapi dilabel sebagai ‘gold digger’.
“Rasanya ia telahan yang tidak wajar dilemparkan pada saya, rasa sakit hati. Jadi dalam fasa tersebut saya ada temani Syatilla ke set penggambaran kalau ada masa terluang dan pada masa saya juga sedang belajar. Alhamdulillah saya juga ada dapat beberapa tawaran lakonan waktu itu cuma tidak boleh fokus dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Syifa berkata buat masa ini dia mahu fokus pada dunia perniagaan namun akan mempertimbangkan tawaran berlakon andai ada naskhah bersesuaian selepas ini. Berkongsi kejayaan mereka adik-beradik dalam dunia perniagaan kosmetik, Syifa berkata mereka sering menjaga hubungan baik, tidak pernah brbalah apatah lagi cemburu dengan adik-beradik yang lain.
“Tanpa sokongan adik beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik beradik. Ibu dan ayah selalu pesan, apapun yang terjadi, adik beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggungjawab untuk bantu dan saling menyayangi,” katanya.
Safawi digelar playboy. Mengejutkan bila tiba tiba Syifa Melvin tampil bersuara lantang sound balik. Terkedu sampai macam ni sekali dia sound warganet.
Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 26, mengingatkan kepada segelintir pengikut agar tidak menggelarkan bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 23, sebagai seorang playboy. Menurut Syifa, dia kenal sifat keperibadian Safawi yang sebenar memandangkan dia antara individu paling rapat.
“Kenapa dengan Safawi saja kena fikir masak-masak? Dengan sesiapa pun kena fikir. “Tak payah la cakap dia playboy. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain.
“Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana,” katanya menerusi secara langsung (live) di Instagram (IG). Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin mengingatkan agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip liar yang pernah tersebar sebelum ini.
“Disebabkan gosip-gosip tak masuk akal dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang. “Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri. “Jadi sebelum bercakap apa-apa, sila renungkan dekat diri sendiri,” katanya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK via apampink
Post a Comment