Pernikahan seorang lelaki dari Lombok Barat dengan dua orang wanita sekali gus, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosal.
Ahmad Rizal, 18, merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan di Lobok, Nusa Tenggara Barat, menikahi Fitriani sebagai isteri pertama dan Maryani sebagai isteri keduanya. Kedua-dua isteri Rizal juga masih berstatus sebagai pelajar sekolah.
ARTIKEL MENARIK:Jenazah suspek dikuburkan di tanah perkuburan yang sama dengan mangsa bunuhnya, Rangga
Netizen di media sosial bukannya mengucapkan tahniah kepada tiga mempelai itu, tetapi mempersoalkan bagaimana Rizal menguruskan 'malam pertamanya'.
Sudirman, Pengetua sekolah berkenaan juga terkejut menerima perkhabaran anak muridnya itu kahwin dua, tetapi tetap mengizinkan pelajar itu meneruskan persekolahannya sehingga tamat.
"Belum ada peraturan yang menetapkan pelajar kahwin perlu dikeluarkan dari sekolah. Jadi, dia tetap boleh meneruskan persekolahan sehingga tamat. Asalkan dia sendiri memang berniat untuk bersekolah," katanya.
"Saya terkejut apabila keluarga Maryani datang dan meminta untuk dinikahkan. Isteri saya terus pengsan," kata bapa Rizal.
Menurut bapanya, Rizal bernikah dengan Fitriani pada Khamis 17 September 2020 lalu dengan mas kahwin Rp2.5 juta. Tetapi seminggu kemudian, keluarga Maryani pula datang menyatakan hasrat bernikah dengan Rizal.
Awalnya, mereka menyangka keluarga Maryani datang untuk menziarahi mereka, ternyata mereka meminta Maryani dinikahkan dengan Rizal.
Pernikahan Rizal dengan Maryani dilangsungkan pada Isnin 12 Oktober 2020 dengan mas kahwin Rp1 juta.
"Ini jodoh dan ketentuannya. Mahu atau tak, kita harus bahagia menjalaninya," kata bapa Rizal yang juga berharap anak sulungnya itu terus bersekolah sehingga tamat dan patuh kepada dua isterinya itu.
Keluarga Rizal mengakui, pernikahan itu tidak diketahui oleh pihak pejabat agama.
"Saya ingatkan Maryani dan keluarganya datang berkunjung, tetapi yang sebaliknya pula berlaku. Saya kecewa tetapi ia sudah berlaku dan saya harus cuba untuk bahagia," kata Fitriani.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment